MERDEKA DI SAMBUT TAWA DAN TANGIS

DARI: MASTIKA NGUN FALSYAH
Rabu 0gos 31/2016


MERDEKA kali ini hanya sama pada ejaannya tapi bukan pada semangat dan suasananya.

MERDEKA kali ini disambut antara tawa dan tangis. MERDEKA kali ini di iringi harapan dan impian. MERDEKA kali ini ada tanggungjawab digalas harus diperjuangkan .

MERDEKA kali ini mungkin Merdeka yg terakhir buat bnUMNO,pemimpin dan konco2nya. MERDEKA kali ini sangat bermakna pada Rakyat Jelata dlm menuntut Hak Merdeka yg jati .

 MERDEKA kali ini untuk menuntut Merdeka drpd penderitaan,kepayahan,kemiskinan,penganiayahan,rasuah,dedakan,pengampu dan kepelbagaian bentuk yg belum merdeka sepenuhnya drpd kerajaan Kuku Besi yg ada sekarang !!

MERDEKAKAN TANAH TUMPAH DARAH KITA DARI KERAJAAN KUKU BESI DARI TERUS MENJAJAH UNTUK KEMERDEKAAN DIRI MEREKA SENDIRI !! MERDEKA KALI INI ' WE DONT LUV YOUR PM' bnUMNO!!!


Sebab itu Merdeka kali ini sangat berbeda ianya suatu perjuangan Menuntut Kemerdekaan oleh rakyat bukan menyambut hari Merdeka tapi kita ti

RESAPI MAKNA 31 AUGUST 1963 HARI KEMERDEKAAN


OLEH: SORAYA KIGIS
Rabu Ogos 31/2016

1.HARI yang amat mengelirukan ada yang tidak faham apa sebenarnya dirayakan oleh rakyat terutama Sarawak pada hari ini.
Apa yang kita dihidangkan sambutan hari kebangsaan negara tetapi Malaysia ujud pada 16 September 1963.

2.Kini kita berada di Kota Marudu dan tahun lepas di Kundasang untuk menyambut kemerdekaan Sabah yang jatuh pada 31 Ogos 1963,apa kesilapannya rakyat Sabah merayakan hari kebebasan mereka dari penjajahan British pada tarikh ini yang ke 53 tahun. Adalah paling malang dan menyedihkan hati sebilangan penduduk negeri ini,larangan dan tidak diikitraf oleh kerajaan malahan permit untuk berhimpun mengingati masa lampau dan menghormati jasa jasa pemimpin yang terdahulu yang berkorban demi negeri Sabah tidak dilayan.....

3.Kalau hanya semangat tanpa kita melihat ke hadapan dan merenungi kembali kesilapan yang lampau tidaklah membawa makna pada solidiriti kita tunjukan pada hari ini kalau hanya pentas untuk menanam populariti dan mencari pengaruh demi keuntungan untuk kumpulan dan diri sendiri.

4.Pemimpin pemimpin pejuang rakyat Sabah sudah dianggap matang setelah menjangkau kemerdekaan ke 53 tahun dan mengalamai empat pertukaran kerajaan negeri dan kebanyakan mereka masih dalam sap sap parti pembangkang hari ini, terus berjuang walau beberapa kali masuk bertarung tetapi tewas di tangan parti yang berasal dari luar.

5.Apakah ranjau sepanjang jalan ini tidak cukup menginsafi diri mereka mencari satu jalan yang tanpa onak dan duri agar harapan rakyat yang dahagakan kebebasan dari neo-penjajahan spritual dan mental terbebas untuk menikmati erti kemerdekaan yang hakiki.

6.Simpatilah pada rakyat yang berharap pada pemimpin,gandinglah tangan dan letaklah mereka ke tempat yang selayaknya. Pada masa yang sama pemimpin juga perlu mengoreksi diri di antara mereka dan mengorbankan sedikit kepentingan diri demi mencapai matlamat yang diharapkan oleh rakyat.

7.Rentasi halangan agama,bangsa,suku,budaya dan kepentingan untuk memecahkan blok penyatuan pemimpin dan parti tempatan untuk berhadapan dengan parti gergasi yang jauh lebih sempurna dan kuat dari kita tapi yakinlah semangat yang kekar dengan kepimpinan yang berkesan InsyaAllah kemenangan akan berpihak pada kita.

MERDEKA....MERDEKA...MERDEKA


MERDEKA : HANYA LONTARAN KATA KOSONG SEMATA


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Rabu Ogos 31/2016

KALAU di negara Indo mereka raikan hari merdeka penuh semangat dan rata2 mereka cukup memperlihatkan jati diri kepada negara bangsanya.

Kelihatan orang Indon bukan saja kata diucap dengan kata-kata bersemangat penuh kesedaran tetapi merdeka itu mereka hayati jauh ke dalam dan dilihat tingkah laku mereka jelas cukup kuat dengan jati diri dan beda dengan bangsa kita yang hanya hebat melalui kata-kata sebalik jiwa anak bangsa kita kosong dan tidak menghayati makna merdeka itu.
Kenapa jadi demikian?

Pernahkah kita berbicara tentang pejuang-pejuang yang berusaha memerdekakan Sabah ini dari kesan penjajahan inggeris/jepun dan kembali ke inggeris?

Apakah kita kenal yang namanya pejuang Albert Kwok, Charles Peter, Chau Chau Kong, Kong Sze Fui, Li Tet Phui, Raja George, Panglima Ali, Jules Stephen?

Sebelumnya Mat Salleh, Antanom, Kamunta. Mat Sator. Mat Daud, Timus, Santara, Langkap, Gunting. Lingam dan banyak lagi? Anak bangsa kita buta semuanya ini sebab tidak diajar atau pemimpin sendiri buta sejarah tetapi tidak buta projek mega kayakan diri.

Lalu di zaman merdeka apakah kita benar-benar kenal siapa Tun Mustapha, Tun Fuad dan banyak lagi?

Yang jelas bangsa kita sekarang ini hanya tahunya mendapatkan kesenangan dan kekayaan yang orang2 terdahulu usahakan dan segera berbondong2 merampok khazanah negara tanpa peduli mereka yang bersusah payah memerdekakan negara.

Selalu saya lihat dan perhatikan kala menteri berucap di padang terbuka tidak menyebut nama Tun Mustapha dan Tun Fuad, jauh menyebut nama-nama lain yang sama berjuang memerdekakan Sabah. Hal ini cukup menyedihkan dan yang selalu dikaitkan pemimpin yang berucap asyik mengutuk pembangkang.

Jelas para pemimpin yang ada sekarang ini tidak begitu peduli hal merdeka dan dalam kepala mereka hanyalah mahu cepat kaya dan bertanya projek mana yang belum masuk ke kantung anak bini, kroni dan suku sakat mereka.

Memang mereka ini tidak berhati perut! Kalaulah Tun Mustapha masih hidup dan Tun Fuad masih ada tentu mereka sendiri cukup berdukacita kesan perbuatan dan tingkah laku pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini.

Bayangkan saja rumah Tun Mustapha yang di Tanjung Aru, t


DALAM ISLAM PENTINGNYA TUGAS DAN AMANAH


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Rabu Ogos 31/2016

SELALU dalam hati ketika bertugas semestinya niat kita dapat gaji ikhlas kerana Allah tanpa memikir siapa majikan kita.

Islam, malah agama lain juga mengajar jujur dan ikhlas kala melaksanakan tugas dan kerana itulah kejujuran penting diutamakan.

Ada kekadang bila diamanahkan hanya memikirkan gaji setiap bulan sedang amanah itu tidak mereka peduli dan tidak pernah memikirkan suatu waktu akan ditanya di akhirat.

Atau kesan tidak amanah, yang kita dapat diguna untuk biayai makan anak bini itu menjadikan tidak berkat dan bila tidak berkat ada saja balanya yang diterima ketika hidup kita sebab yang kita makan sumbernya tidak halal mendarah daging di tubuh dan kesannya bencana.

Selalu sesuatu yang kecil itu seperti membawa pulang pencil milik pejabat itu dianggap tidak apa tetapi yang sedikit itu selalu membesar dan akhirnya diambil yang lagi besar dan itu juga dianggap tidak apa dan akhirnya berbilion lesap.

Makanya bila kita diamanahkan, maka selalulah kita fikirkan kesan tidak amanah itu selalu membawa kecelakaan bukan saja di dunia malah di akhirat nanti bakal ditanya dan semua kita kena bertanggungjawab kesan kesalahan masing-masing.

Mudah-mudahan kita ini terhindar dari melakukan apa saja yang tidak baik dan dapatkan hasil yang kita makan itu dari kerja-kerja yang halal dan itu diharap ada berkatnya.


MERUJUK KENYATAAN MENTERI


( Terkait yang disuarakan MP Kimanis)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday August 31/2016

MEMANG peruntukan buat Kementerian Kemajuan Luar Bandat dan Wilayah  KKLW yang Datuk Seri  Shafie ketua berbilion/peruntukan untuk KKLW dan itu untuk seluruh negara bukan semata Sabah.

Sabah dan Sarawak termasuk semuanya dan DS kena lihat semua negeri dan harusnya adil kala bertindak.

Meski demikian Sabah dan Sarawak kena utamakan sebab Sabah dan Sarawak jauh sangat tertinggal terutama yang di luar bandar seperti Pitas, Kota Marudu, Ulu Kinabatangan dan sebagainya.

Negeri Sabah dikuasai oleh kepimpinan negeri bawah Musa Aman sementara DS Shafie hanya menyalurkan peruntukan ke Negeri dan itu kuasa kepimpinan negeri untuk laksanakan.
Yang jelas memang semua MP2 di Sabah dapat peruntukan dari KKLW yang DSSA ketuai.
\Perlu dijelaskan sebelum ini KKLW hanya disediakan peruntukan yang amat sedikit tetapi kesan DSSA duduki dan DSSA minta tambahan/diutamakan luar bandar maka peruntukan itu meningkat tetapi sesudah tahun2 selanjutkan peruntukan itu dikurangkan kesan masalah kewangan negara dan kes 1MDB sendiri.

Nah, peruntukan yang banyak kian berkurangan yang sedikit sebanyak menjadikan perancangan awal terganggu.

Disentuh kawasan Kimanis ini memang banyak peruntukan dibagi dan untuk MP sendiri ada yang melebih RM500,000 sepertinya dimusim lalu sekitar RM1.5 juta dan ini khas untuk MP Kimanis, sebalik dia lupa di sana pembinaan rumah PPRT, Jalan kampung, Tangki biru, letrik lebih puluhan juta dan ini barangkali terlepas pandang.

Meski demikian KKLW tidak boleh memberikan peruntukan yang sama kepada MP-MP tertentu di Sabah sebab ada di daerah memperlukan peruntukan yang lebih misalnya Kota Marudu keperluan air diutamakan RM100 juta tetapi terbantut 3 tahun kesan atasan mahukan kroninya mendapat itu kontrak dan MP Kota Marudu tahu keadaan ini.

Demikian juga Tenom yang jauh ketinggalan banding Kimanis yang agak baik sedikit dan banding daerah lain seperti Tongod, paitan, Kalabakan, Ulu Sipitang, Ulu Pitas dan sebagainya dan ini kita kena utamakan yang lagi mundur. Makna kena lihat keperluan semasa agar pembangunan seimbang dan untuk seimbangi hal ini memerlukan masa yang lama.

Selain peruntukan dari KKLW saya rasa kerajaan negeri bawah MUSA juga memang mempunyai peruntukan khas dan tentulah begitu senang MP Kimanis mendapatkan peruntukan banding MP-MP lain untuk mengadu kepada ketua Menteri Sabah.

Satu hal yang perlu dijelaskan di sini bahawa memang ada orang-orang UMNO dan bukan orang UMNO menemui DSSA sendiri di Kuala Lumpur untuk memohon peruntukan dan Shafie meluluskan berdasar keperluan semasa yang mendadak dan kemudian peruntukan itu disalurkan kepada pejabat daerah tetapi kesan yang berkenaan bukan kroni, maka ada yang ditangguh-tangguhkan dan kemudian diberikan kepada yang lain dan inilah masalahnya. Yang lain berusaha, yang lain potong dan dapat.

Kesan Sabah bukan kuasa Shafie  ketika ia duduki kerusi KKLW maka memang agak sukar tetapi terus juga peruntukan itu diberikan dan yang melaksanakannya ialah mereka yang berkuasa di Sabah dan DSSA tidak terlibat.


20 PERKARA & MA63


( tak perlu forum/laksana terus)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday August 31/2016

Add caption
SAYA akui fakta 20 perkara sebab itu usul 5 parti ke IGC dan setelah diteliti ia yang disetujui ada dalam PERJANJIAN MALAYSIA 63. Jadi, dari segi undang-undang antarabangsa yang diguna pakai ialah MA63 itu bukan 20 perkara.

20 perkara itu hanya memorandum yang ketua2 lima parti berbincang sama dan itulah ketetapannya tetapi jangan lupa kelima-lima parti itu juga yang meluluskan enakmen di DUN Sabah yang melupuskan beberapa perkara dalam 20 perkara itu.

Misalnya hal agama sudah ada enakmen dilulus dalam tahun 1973 menjadikan Islam agama rasmi(perkara 5A Perlembagaan Sabah) dan kesannnya persekutuan terpaksa memansuhkan perkara 161C dan 161D untuk menyeleraskan peruntukan perlembagaan persekutuan dengan perlembagaan negeri sabah.

Yang di atas kena fahami betul-betul dari segi undang-undang dan kena kaji semua enakmen-enaknen yang dilulus oleh DUN Sabah sejak parti perikatan memerintah tahun 1963 dan bercakap tanpa tahu hal berkenaan maka sama macam bercakap membabi buta.

Malaysia ditubuhkan kesan PERJANJIAN 63 itu sendiri dan jika hal ini diungkit, maka bukan caranya menguar-uarkan di media atau diadakan forum perlu rakyat tahu atau diadakan perbincangan sesama rakyat, tetapi cara yang betul bawa usul di parlimen dan bahas serta indos dan lulus.

Sebelumnya mesti juga DUN Sabah usul dan bincang serta indos saja dan jika benar serius 2/3 DUN Sabah lulus dan kemudian Parlimen sama setuju maka laksanakan saja perjanjian 63 itu.

Jika sebaliknya tidak bersetuju, maka perlembagaan Sabah dan Malaysia kena ubah seperti yang ada sekarang dengan persetujuan 2/3 Dun Sabah dan juga 2/3 Parlimen sebab yang hidup dan tentukan masa depan negara bangsa kita ialah yang ada sekarang ini bukan yang hidup tahun 1963 masa merdeka semata.

Jika ada apa-apa yang terjadipun atau ketidakpuasan tidak lagi merujuk kepada MA63 tetapi PBB lebih merujuk kepada keputusan akhirnya rakyat iaitu REFERENDUM memilih dua perkara saja sama ada YES or NO keluar Malaysia dan ini sama dengan tindakan Timur leste.

Soal apakah keluar malaysia itu tindakan baik atau sebaliknya itu bukan isunya di sini dan kita kena fikir semasak-masaknya sebelum bertindak.

Berhujah berdebat panjang lebar sampai bila juga tidak akan selesai sebab rata-rata mereka ini berhujah demi kepentingan politik masing=masing agar rakyat anggap mereka pejuang sejati tetapi hakikatnya hanya untuk kepentingan diri dan bukan hakikat sebenarnya.


KIMANIS O KIMANIS


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday August 31/2016

RM500 ribu memanglah sedikit buat orang kaya yang bergelar jutaan tetapi yang sedikit diperkatakan, sebalik yang berjuta tidak pernah dihebohkan dan inilah namanya politik.

Ada yang sejuta lebih diambil dan didiamkan tidak pula diperkatakan dan sengala bantuan yang berpuluh juta seperti rumah PPRT, Jalan kampung dan sebagainya didiamkan.

Disamping peruntukan diberikan kepada MP memang ada peruntukan disalurkan kepada orang kampung yang datang ke Kuala Lumpur minta kelulusan.

" Ada yang saya luluskan dan kemudian peruntukan dikirim melalui saluran Pegawai Daerah tetapi ada yang dikatakan harus mendapat kelulusan YB/MP berkenaan dan kesan orang kampung tidak sekongkol, maka kelulusan tidak diberi dan yang lain pula melaksanakan dan ini cukup menyedihkan" Kata DS Shafie Apdal.

Sepatutnya sebagai pemimpin tidak perlulah menahan sesuatu kebaikan yang bakal dilaksanakan di suatu kawasan dan pilih bulu itu sebenarnya membantutkan pembangunan.

" Di Selangor apa saja program yang diusul oleh kerajaan BN dan jarang ditolak oleh kerajaan negeri dan demikian juga di pinang, sebalik kenapa pula di daerah sendiri ada yang menolak dengan tujuan agar orang sendiri yang kendalikan?" katanya lagi dan ini cukup mengecewakan sekali.

Kesan masalah-masalah  inilah ada kalanya peruntukan tidak disalurkan ke pegawai daerah tertentu kesan halangan-ha YB tertentu dan ini tidak melibatkan daerah-daerah  lain di Sabah yang rata-rata memberikan kerjasama kecuali projek-projek yang berjuta selalu diperhatikan atasan untuk elak yang bukan kroni mendapatkannya.

Masalah-masalah  seperti yang diperkatakan menjadi hambatan sesuatu projek dilaksanakan di daerah-daerah tertentu tetapi kekadang masalah itu dilontar kepada orang lain sedang kuasa terletak di tangan kerajaan negeri sendiri dan YB-YB yang mewakili rakyat di sesuatu kawasan.

NEW FEDERALISM, NEW DEAL

Press Statement by DAP Sabah on 30 August 2016:

BY ADMIN.

PICTURE SHOW..... Lim Kit Siang speaking at Press Conference 

BASED  on the latest official statistics, the BN Government claimed that poverty in Malaysia has almost been eliminated. As of 2015, only 0.6% of households in Malaysia were below the official poverty line (defined as households earning less than RM1,180 for Sabah). Unfortunately, however, most of the poor households in Malaysia are Sabahans.

The Statistics Department’s figure showed that 50% of workers in Sabah earned less than RM1,100 per month, which is RM500 less than the national average. This is barely above the statutory minimum monthly wage fixed at RM920. Clearly, Sabahans earned a lot less than ordinary Malaysian workers elsewhere in Peninsula Malaysiaa and Sarawak. The hardships were compounded by expensive goods and costs of living that remains the highest in Malaysia.

Ordinary Sabahans, up to 500,000 households in total, are finding it difficult to make ends meet every month. This cannot be a proud achievement as we approached the 53rd year of forming Malaysia.

We in the DAP are keenly aware of the economic difficulties and stress faced by the rakyat in Sabah. The problems plaguing Sabah are symptoms of a flawed and ailing federation, Malaysia to which our forefathers subscribed to 53 years ago in Kuala Lumpur. For all the inequalities in wealth and power between East and West Malaysia, Sabahans generally feel disappointed and deprived.

Some of these negative feelings evolved into “anti-Malaysia / anti-Semenanjung” sentiments. In DAP, we remind ourselves to deal with the problems with empathy and a deep sense of duty to untangle its root causes and to eventually chart a new path for a better Sabah and Malaysia.

As a party of ideas and ideals, the DAP has to be prepared to lead the debate on how to correct the flawed and ailing federal political system in Malaysia. Our relationship with Putrajaya has to change from being a subservient ‘state’ to being genuine equal partner which was promised to our forefathers at Independence. Only with a reformed and working federation could Sabah’s development hurdles be overcome.

The wellbeing of Sabahans hinges upon political reforms that must include devolution of power from Putrajaya.

To this end, the DAP leaders met in Kota Kinabalu from 29th to 30th August 2016 to discuss about policy advocacies and upcoming political campaigns. Our aim was to keep the pressure on the ruling party Barisan Nasional by advocating for new policies in addressing the systemic imbalance and inequalities across the South China Sea.

The discussion was led by the Sabah DAP Chairman Stephen Wong (MP for Sandakan) and the participants include about 20 Sabahan DAP grass root activists as well as prominent leaders from Sarawak and Peninsula Malaysia.

Our discussion has touched upon the following points:
1. The DAP must pay attention to economic hardships faced by ordinary people. We have to advocate for policy alternatives that will solve people’s problems. To deal with especially the injustices and imbalances between East and West Malaysia, how do we fight for more power and resources to be decentralized away from to the local and state government in Sabah.
2. The DAP machinery to work harder on the ground to improve constituency services, build local networks and to understand and speak for ordinary citizens.
3. The DAP to overcome the baggage of identity politics, getting away from being seen as an “Anti-Malay”, Anti-Islam” or often heard in Sabah, West-Malaysian party. We strive to be an inclusive party for all. We uphold Sabahan’s pride and honor. We respect Sabah’s right and we want to build a better Sabah through constructive reforms in federal government.
4. The DAP to bring forth the concept “New Federalism, New Deal” that aims to make Sabah and Sarawak as genuine equal partners with Peninsula Malaysia in a healthy and working federation that empower Sabah to develop and thrive on our own terms.
5. Under the new framework of a New Federation, Sabah will enjoy a wide range of autonomy in deciding matters that are best dealt with at the local and state level including policing, health care, education, transport, commerce, telecommunications, etc.
6. The DAP to continue uphold native rights especially on native customary land rights so as to secure sustainable livelihood for the native communities who in many cases were unduly pressured to give up their land and culture.
7. The DAP to stand firm behind the principles of the Batu Sumpah oaths, including freedom of religion, state power over land matters and commitment to respect the adat and culture of the native people of Sabah; and
8. The DAP to rethink our own party organisations and mechanisms so that it can epitomize a functional federalism in promoting the spirit of consensus building and equal partnerships.
DAP leaders who attend this forum:
DAP Parliamentary Leader-cum-MP Gelang Patah Lim Kit Siang
DAP Sabah Chairman-cum-MP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
DAP Sabah Advisor-cum-MP Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Phin
DAP National Political Education Director-cum-MP Kluang Liew Chin Tong
DAP Sarawak Chairman-cum-MP Bandar Kuching Chong Chieng Jen
DAP Sarawak Political Education Director-cum-MP Sibu Oscar Ling
DAP Sabah Election Campaign Director-cum-Sri Tanjong Assemblyman Chan Foong Hin

,JAMBATAN KAYU RUNTUH LORI 10 TAN TERJUNAM JATUH KEBAWAH KG 5 NABAWAN


OLEH: JOSEPH P ANDAU (KB)
Tuesday  August 30/2016

KENINGAU:- Satu kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah lorry 10 tan  terjatuh dari atas jambatan kayu di jalan Kampung Nabawan 2  pagi tadi.

Mujur dalam  kemalangan itu tidak mengorbankan  nyawa pemandu lori tersbut.


Sepatutnya jambatan kayu di Kampung 5 Nabawan itu sudah lama di naik taraf kerana ia merupakan jambatan dan jalan utama untuk semua jenis kenderaan melalui jalan  tersebut.

Dimana kah tanggungjawab ADUN Nabawan dan Ahli Parlimen Keningau  kenapa membiarkan perkara begitu berlaku bukan kerajaan BN tidak mempunyai peruntukan berjuta-juta ringgi diuntukan untuk membangunan di Sabah.



Kalau cakap Sabah adalah negeri yang paling termaju kenapa sebuah jambatan kayu kerajaan BN tak mampu menaik tar

BILA DIKUTUK HINA, SHAFIE HANYA KETAWA ( sambil ia kata itu hak mereka tidak mengapa)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa 0gos 30/2016

DATUK Seri Shafie Apdal menelefon saya dan memang kala ia telefon kami akan bicara banyak hal dan kelihatannya ia agak santai tak kesah sangat apa orang lain kata.

Terus saya katakan yang mesyuarat UMNO di Johor semacam gelanggang menghina kutuk DSSA oleh pemimpin atasan dan ketika saya jelas ia hanya ketawa sambil mengatakan " biarlah mereka menghina dan kita jangan peduli sebab itu hak mereka" Katanya.

Ada seorang Menteri mengatakan yang DS Shafie tidak bijak dan BODOH dan ketika mendengar apa yang saya sampaikan lalu ia kata " biarlah dia mengatakan begitu sebab dia memang bijak dan tak perlulah kita peduli hal itu" Tambahnya lagi dan saya terdiam jelas DSSA ini jenis penyabar.

DSSA minta saya menjelaskan kepada pemimpin atasan agar tidak perlu khuatir sangat "....saya bukan kuatpun dan lagi tidak ada kuasa untuk kasih projek.." Katanya sambil ketawa dan di situ saya lihat tahap kesabaran DSSA yang menyebabkan saya berfikir dan terdiam.

Disamping kesabaran itu ia sama menasihati saya agar apa saja hinaan dan kutukan yang mereka lemparkan tidak perlu dibalas dan katanya cara Nabi/Rasul memimpin harusnya menjadi teladan untuk kita mendekati rakyat.

" Kita perlu terus ke depan dan selepas 31 Ogos ini, kita akan bergerak dan soal parti itu nasihati kawan-kawan agar bersabar dan akan diumumkan bila sampai waktunya nanti dan kita tidak perlu gopoh " katanya lagi.

Memang banyak yang kami bicarakan dan barangkali yang lain disimpan dulu dan saya sempat menyatakan bahawa peluru yang ada kita simpan dulu dan sampai masanya baru kita guna untuk menembak secara berhemah.

" Bijak " Katanya dan kami sama-sama ketawa dan ketawa DSSA meski dicontrolnya tetapi itu cukup saya tahu.


WAJAR RAKYAT BISING-BISING LAUNGKAN SABAH BOLEH SABAH FOR SABAHAN

      

OLEH: E SORAYA EGG
Tuesday August 30/2016

1.UMNO di Semenanjung berpecah, siapa pernah menyangka berpecah sebegitu teruk dan Sabah sudah mulai tahap kesedarannya terhadap hak mereka semakin tinggi.

2.Apakah kita kekal sebagai fix deposit untuk kepentingan kestabilan politik di Malaysia Barat yang kecelaruannya kini berada pada tahap gaban dan amat sukar dibetulkan?

3.Dalam situasi ini kita tidak perlu dibuai dengan janji tetapi harus memperkemaskan diri untuk memperbetulkan langkah politik yang silap yang diambil oleh pemimpin terdahulu seterusnya membentuk satu kuasa politik sebagai benteng kuasa tawar-menawar yang berkesan dan suara kita dihormati dan dihargai.

4.Kita hanya menuntut hak kita, Simpanan deposit kita yang telah digunakan untuk pembangunan di Malaysia Barat semasa era-era pemerintahan sebelumnya. Tidak salah mengambil hak dan pelaburan kita selama ini beserta keuntungannya sekali.

5.Selama 53 tahun Sabah bagai hamba menagih janji selaras dokumen perjanjian penubuhan Malaysia dimana hak hak kita perlu ditunaikan tetapi sebaliknya malahan ada yang diselindungi dengan berbagai alasan.

6.Adalah tidak adil bagi Sabah semasa UMNO di ambang sakaratul barulah mendengar sedikit keluhan rakyat Sabah dan hak mereka sudah mulai ditanggapi yang sepatutnya sudah dinikmati telah lama dulu.

7.Sebenarnya kita amat berterima kasih kepada aktivis politik,ngo dan individu yang tak pernah putus asa terus mendesak putrajaya terhadap tanggungjawabnya.

8.Keberkesanan pemimpin dan kerajaan Sabah sekarang adalah dianggap gagal kerana sejak 1994-2016 hanya menimbul koleksi persepsi negatif dan semakin jauh di hati rakyat.

9.UBAH SABAH,SABAH BARU adalah satu harapan baru rakyat yang diterajui oleh pemimpin SABAH FOR SABAHAN mendepani zaman pengemudi negeri.....


MERDEKA O MERDEKA SABAH PALING TERMISKIN DALAM MALAYSIA

MERDEKA O MERDEKA
( Sabah maju 90% kata Musa Aman)

OLEH: NURLUYANA ABDULLAH  (Selasa Ogos 30/2016)\



HARI ini 30 hb Ogos dan makna espk tanggal 31-08-2016  tarikh Sabah merdeka.

Saya kurang pasti siapa yang umum Sabah merdeka dan di mana lokasinya serta jam berapa diumum merdeka itu.

Ya, berdasar gambar kita merdeka 31 ogos tetapi tidak pula ada gambar siapa yang umum merdeka dan kalau di padang merdeka memang tiada, lalu di mana lokasi merdeka itu?

Yang saya tahu baca sejarah hanyalah 28 Ogos, 1963, gobenor Sabah menggantikan MEMBER SYSTEM kepada MINISTERIAL SYSTEM dan sistem itu berkuatkuasa mulai 31 Ogos, 1963.

Menurut peraturan itu Sabah mempunyai seorang Ketua Menteri dan 6 orang menteri dan setelah merdeka nasihat mereka hendaklah diterima oleh gabenor Sabah dan disebut hari merdeka itu diundurkan dua minggu sesudah itu. Nampak?

Untuk makluman tokoh-tokoh yang dilantik ketika itu ialah Donald Stephen sebagai ketua menteri, Khoo Siak Chiew, Pang Tet Tshung, GS Sundang,Harris Salleh, Said Keruak, Richard Yapp dan Tun Mustapha duduki kerusi Yang DiPertua Negara.

Kenapa kemerdekaan 31 itu samar sebab kesan pemberontakan Berunei berlaku di Kuala belait pada 8 Disember, 1962 diketuai oleh AM Azahari/ketua parti Rakyat Berunai. dan kemudian pemberontakan oleh Indonesia dengan slogan Ganyang Malaysia dan seterus tentangan Manila.

15hb September, 1963 Gabenor Sir William Goode telah menaiki kapal perang HMS Lion dan sesudah itu barulah Sabah menjadi sebuah negara yang merdeka.

16 September itulah sebenarnya berlakunya adat istiadat yang telah dilakukan di Padang Bandar Kota Kinabalu di mana perisytiharan penubuhan negara Malaysia dan dibacakan di khalayak ramai. Yang dipertua Negara dan ketua Menteri Sabah yang baru menjalankan istiadat bersumpah peggang jawatan masing-masing

Perhimpunan DUN mengandungi ahli-ahlinya seorang speaker dan 32 ahli yang dipilih serta tidak lebih 6 ahli yang dilantik dan perhimpunan itulah yang mencipta undang-undang  diluluskan oleh Ketua negara Sabah.  Benarkah merdeka 31 Ogos?

Sama ada benar atau tidak, maka itu bukan isunya tetapi apakah kita ini benar-benar  sudah merdeka atau masih belum merdeka kesan dikuasai oleh orang lain dan Sabah macam sama seperti di zaman Inggeris atau Jepun?

Apakah kekayaan yang Allah kasih sejak nenek moyang kita benar-benar kita miliki atau cucu cicit Antanom itu merempat hidup dan masih hidup susah di kampung tidak punya paip air dan tenaga letrik masih lemah?

Lalu bagaimana suku kaum Rungus, Kedayan, Brunei, Bajau, Irranun dan bangsa-bangsa lain dan apakah memang di jalan2 di Paitan, Ulu Sook, atau Tomani Tenom atau Kinabantangan sudah ada jalan berkembar seperti di Semananjung Malaysia?

Apakah Sabah ini masih termiskin seperti dikatakan oleh bank dunia atau ada yang masih ke hutan menembak babi hutan, rusa atau kijang dan sebagainya? Hati2 tertembak kepala menteri yang mencuri balak di Sook.

Rasanya ketika mengucapkan perkataan kemerdekaan itu jangan lupa lihat kampung sendiri dan berapa orang anak bangsa kita menganggur dan berapa orang yang lulus universiti tidak punya pekerjaan dan kemudian lihat apa saja pembangunan di kampung masing2.

Dan tanya juga apakah memang harga getah meloncat tinggi harga atau bagaimana harga kelapa sawit kita yang ada sekarang dan apakah GST itu telah menurunkan harga barang katanya Ahmad Mazlan?

Bila bercakap soal gaji, maka di hotel2 di Sabah gaji permulaan biasa RM950 dan tolak EPF dapatlah sekitar RM750, lalu bagaimana mahu berbelanja beli beras, tambang bas, pakaian dan sewa kamar? Musa tentunya tahu.


Musa Aman tidak merasakan keadaan ini barangkali dan aneh kalau di Kuala lumpur yang mula kerja bidang berhotelan ada yang RM1,800 sebulan dan Sabah seperti yang dikatakan dan memang adillah kelihatannya.

Lalu, inikah yang namanya merdeka? Saya cukup malu ke luar dan berada di padang merdeka sambil mengucapkan kata sama merdeka dan ketika itu kita lihatlah para pemimpin kita tidak menyentuhkan hal merdeka dan nama Tun Mustapha, Donald Stephen sudah berulang kali merdeka tidak disebut.

Yang saya dengar hanyalah BN/Najib kutuk pembangkang di hari merdeka dan seolah mereka itu malaikat yang cukup baik kepada rakyat dan katanya terpikat dengan gunung kinabalu serta merasa megah hanyalah permainan kata-kata yang indah untuk membuli Sabahan.