Wednesday December 02.2015
( anak kerabat Wanita Kelantan ambil kesempatan)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
APApun
jawaban, meski ikut cara tatakelola tadbir betul tindakan tetapi membelanjakan
sekitar RM730 ribu untuk 3 projek di Amerika, Paris dan Australia dari segi
moral TATAP tak betul, apa lagi kala Malaysia dalam kesusahan dana yang semakin
menyempit kesan hutang negara membengkak dan kasus 1MDB.
Lebih
teruk lagi bila famili Wanita UMNO Kelantan duduki kerusi di YaPeim dengan
bergaji/selaun sekitar/mencecah RM90 ribu sebulan dan juta setahun dan ini
memang KETERLALUAN tak masuk akal normal.
Setelah
laporan dibuat kesan KEDAPATAN maka famili yang bergaji melampau itu segera
digantung dan disiasat dan saya yakin ini akan terlepas seperti kes suaminya
Sharizat yang menyentuh lembu.
Yapeim
ditubuhkan khas bantu pendidikan anak-anak yatim dan keluarga miskin yang mahu
berniaga dan hasil dana didapatkan dari rakyat serta ahli-ahli korporat yang siap menderma untuk dapat pahala
dengan niat membantu anak-anak yatim dan
yang miskin berniaga.
Kesan
disebut anak yatim dan orang miskin yang mahu berniaga, maka ramailah ahli-ahli
korporat dan rakyat sederhana menderma
dan ada yang rela gaji dipotong setiap bulan untuk maksud membantu dan ganjaran
dari Allah.
Setelah
wang dalam tabung menimbun bilion, maka adalah pemimpin yang memerintah melihat
dengan MATA BESAR dan kemudian melantik anak kerabat suku sakat untuk duduki
jawatan penting dalam YaPeim itu dan saya lihat Yapeim digunakan untuk ambil
kesempatan kayakan dan senangkan diri keluarga suku sakat kroni terdekat.
Inikah
pemimpin yang boleh kita peggang janji dan boleh diamanahkan untuk menaga harta
anak-anak yatim dan orang susah? Ini baru dana anak Yatim dan orang miskin,
belum lagi dana lain yang bukan milik anak-anak yatim dan orang miskin.
Di
mana saja ada kesempatan mereka semua membuka mata lebar-lebar dan kepala otak
mereka siap bagaimana caranya untuk mengambil kesempatan secara ikut
undang-undang yang benar meski dari segi
MORAL langsung tak boleh diterima akal lojik kecuali akal setan.
No comments:
Post a Comment