SELAMAT TINGGAL TAHUN 2015 KITA MELANGKAH KE TAHUN BARU 2016 AZAM BARU

Thursday December   31.2015

OLEH: ISMAILY BUNGSU

HANYA tinggal beberapa jam saja lagi kita ketemu tahun 2016 dan tentu saja kita harusnya mengucapkan selamat tinggal tahun 2015 dan tentunya tidak akan kembali melihat jejak-jajak di tahun itu kecuali segalanya menjadi ingatan kita semua kekal abadi.

Barangkali sebelum menjejaki tahun 2016, sebagai bahan terakhir untuk saya tinggalkan di tahun 2015 tentu saja saya berusaha memperkatakan dan mengharapkan yang ditahun 2016 ini kita sesama kita lebih banyak mendengar banding berkata-kata.

Memang selama ini selalu saja kalangan kita hanya mendengar satu pihak dan bila tidak mendengar pihak lain, maka jelaskan keadaan semuanya dalam gelap dan bila gelap kesan amarah, lalu terlontar kata-kata seolah menyalahkan seseorang itu yang memang tidak bersalah.

Misalnya si Ali melaporkan sama ketuanya yang si Baba mencuri dan sang ketua tanpa mendengar cerita dari Ali terus mengatakan yang Ali memang mencuri, padahal hakikat jelas si Ali ketemu benda yang hilang bukan mencuri.
Makanya sang ketua harus mendengar dari banyak pihak untuk mahukan keadaan lagi jelas dan tepat.

Nah, berdasarkan apa yang saya nyatakan menjelaskan lebih banyak mendengar itu rasanya lebih baik agar kita dapat tahu kedudukan perkara sebenarnya dan itu sebab Allah mencipta satu mulut dan lidah dan dua telinga yang tujuannya agar manusia seperti kita ini harusnya lebih banyak mendengar banding berkata-kata.

RJ BOTKIN pernah menyatakan bahawa orang yang pandai mendengar itu beruntung malah lebih beruntung banding orang yang pandai berkata-kata.

Sementara ahli falsafah yang namanya WILSON MIZNER pernah juga menjelaskan pendengar yang baik tidak sahaja popular di mana-mana tetapi yang jelas ia menjadi orang yang banyak tahu.

Barangkali begitulah, seharusnya diwaktu-waktu mendatang kita usaha sama lebih banyak mendengar atau bertanya jika tidak tahu atau menyelidik sesuatu dan itu pasti membawa buahnya yang mantap dan berkualiti.

Usaha elak bercakap banyak terutama berbicara yang sia-sia  sebab sekali kita berkata maka itu sabda Nabi bak ketemu di depan banyak sangat singa dan harimau.

Selamat tahun baru duhai teman-teman  saya di semua akaun fbook saya termasuk semua ahli-ahli  dalam grup facebook yang juta jumlahnya.

Sesungguhnya saya senang kala semuanya menjadi kawan baik saya selama ini dan siap membaca apa saja lontaran pemikiran saya selama nian.

Yang baik dari Allah dan yang tak baik dari saya sendiri dan jika ada silap, mohon sepuluhjari ku tadahkan dan maafkanlah saya agar kuranglah beban kelak saya bawa ke akhirat nanti kala mati.
Salam kasih sayang kekal abadi.


ESOK KITA MELANGKAH KE TAHUN BARU 2016


Thursday December  31. 2015


OLEH:NURLIAYANA ABDULLAH

TERASAkan tahun 2015 itu hanya sebentar saja berlalu dan esok atau untuk sekian jam kita akan menjejaki tahun 2016 yang kata orang entah bagaimana nasib seterusnya kala kehidupan kita di tahun 2015 ini penuh hitam berbelam.

Tahun 2015 jelas memperlihatkan matahari panas di atas kepala kita kesan warnanya hitam itu selalu saja di sekitar kita. Bayangkan saja harga sawit merundum dan harga getah menjunam yang saya lihat kesan orang tengah mengambil kesempatan dalam kesesakan yang sudahnya rakyat cukup menderita.
 
Sesudah sawit dan getah terus menyeksakan harga, serentak sama ringgit jatuh sejatuh-jatuhnya nya dan jatuhnya mata wang di dunia memang semuanya terlibat tetapi kesan teruknya jelas berlaku di negara kita Malaysia kesan masalah 1MDB dan hal-hal  lain yang menyebabkan pelabur lari dan enggan singgah di Malaysia.

Kenapa jadi demikian petaka yang kita terima di musim datangnya tahun 2015 dan tentunya kita semua tahu soal jawabannya demikian ada dalam benak diri kita sendiri.

Paling sakit dan menyakitkan bila mana kesan hutang yang berhimpun bengkak bernanah dan yang berkenaan tidak punya inisiatif bijak mendepani keadaan alias gagal untuk mencari sumber lain bagi menampung ekonomi negara, maka tiada pilihan lain dipotong subsidi dan kemudian GST mula mencekek leher rakyat dan kitapun melihat pancungan berganda hingga rakyat terus miskin papa kedana meraba-raba seperti sibuta baru saja keluar dari gua hantu puaka.


Kesan yang saya katakan di atas, maka kita sebenarnya dalam bencana dan tahun-tahun  mendatang ini kita siap lagi menerima perjanjian TPPA yang sama maksudnya dengan perjanjian perdagangan perjanjian hindia Timur yang asalnya perdagangan dan berubah menjadi penjajahan dan ketika itu Melayu dalam cengkaman dan Islam terbantut hadirlah undang-undang  barat pembunuh undang-undang  syariah yang menakutkan mereka kalangan bangsa laknat.

Nah, kelihatannya tahun 2016 di ambang pintu dan untuk beberapan jam lagi kita bakal melangkahkan kaki kita di tahun baru yang belum menjanjikan apa-apa dan kita kelihatannya bakal berjalan dalam gelap samar malam seperti seorang tua yang siap menunggu mati segan ketemu Illahi.

Pantai tanjung Aru seperti selalunya akan kita saksikan anak-anak muda yang lupa diri mandi di pantai tanpa apa-apa yang mereka kata konon membuang sial bala dan itu sebenarnya kesan budaya yang selalu saja datang meliar di kalangan anak bangsa kita dan akhirnya anak bangsa kita kehilangan moral akhlak yang mulia yang diwariskan oleh nabi junjungan kita.
Kenapa jadi demikian?

Kita kembali kepada sistem cara pemerintah kendalikan negara dan di tivi selalu saja dihidangkan dengan segala macam hiburan yang sama sekali tidak membawa apa-apa makna, lagi banyak buruknya banding kebaikan yang kita cari. Keadaan ini memang sungguh menakutkan dan dimusim mendatang kita siap hadapi luka perit kesan halaman sosial yang terbuka tanpa batas penuh makian kutukan kesani syaitan berlompatan gembira kala itulah yang dijanjikan tika sirna dari syurga.

Segalanya menjadi terus mengesani kehidupan kita bila sistem politik negara bangsa kita menjadi tidak menentu kala ramai kalangan pemimpin yang diamanahkan kehilangan padoman dan mereka beraba-raba berjalan dalam kegelapan tanpa cahaya dan akhirnya mereka sendiri tersesat sambil lontaran=lontaran  kata mereka seperti orang gila sasau dan perlu dihantar ke rumah sakit hilang ingatan di Bukit Padang atau Tanjung Rambutan..

Kata-kata pemimpin kita sering saja bercanggah, yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan dan ada pula yang menyamakan diri mereka tak jauh beda dengan sifat Tuhan yang satu, sedang beribu-ribu malaikat terkesima mendengar suara-suara dari bumi terlontar ke langit dan benarlah seperti dikatakan melalui langit mendung tuhan dibayang mengeleng-gelengkan kepalanya. Iya, langit semakin mendung sebuah karya yang cukup mengejutkan rakyat di negara indon sedikit masa dulu.

Memang kelihatannya yang kita diami ini semakin tua dan usia kita dan alam ini juga sama seperti kehilangan akal kesan usia yang sudah sampai waktu untuk kembali kepada-Nya. Apakah kita susah bersiap sedia menerima hakikat ini?

Kalau menurut tafsiran kenyataan-kenyataan-perempuan  nabi bermula hijrah, maka inilah waktunya akan ditiup sangkakala dan ketika itu perempuan-perempuan  bunting tidak lagi peduli anak dalam kandungannya, gunung-gunung  berterbangan di angkasa, api menyala-nyala, bumi yang kita pijak menjadi lautan api dan suara-suara  getir menakutkan terus ada di sekitar kita, kekadang dalam kegelapan dan kekadang dalam panas api yang berjuta kali panas.

Apakah kita sudah bersiap sedia menerima kenyataan ini dan marilah kita bersama mengingatkan kesan keadaan ini dan tahun 2015 telah mengheret kita ke lembah yang menyakitkan dan tahun 2016 sudah di ambang pintu dan sama berjanji untuk berada di laluan illahi penuh insaf dan sedar diri.

Ya, Allah ampunkan segala dosa2 kami dan mudahkanlah perjalanan ini untuk menuju syurga firdaus seperti yang dijanji.
Salam tahun baru


HAKIM MAHKAMAH TIDAK ADIL BUNUH Perompak Kerana Pertahankan Diri… Zulkifli Bakal DIGANTUNG MATI? Dimana Keadilan..!


Thursday December  31.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 BAKAL DIHUKUM....Gantung Sampai Mati kerana mempertahan diri.

NAMPAKnya Hakim Mahkamah Tinggi dan para Juri sekarang main hentam keromoh bila menjatuhkan hukuman terhadap seseorang sama ada sabit keselahan atau sebaliknya.
Kisah terbaru di mana Zulkifli 50 yang membunuh  sampai mati seorang perompak kerana ingin mempertahankan nyawa sendiri termasuk nyawa keluarga serta menyalamatkan harta benda bakal menerima hukuman gantung sampai mati.
Zulkifli dari Kampung  Labohan Kartih Terangganu  yang ditahan reman atas perintah mahkamah di bawah seksyen 304.2  kemudian dibebaskan atas ikat jaminan  RM15.000 berapa hari saja keluar daripada tahanan  reman lantas ditahan semula di bawak seksyen 302 atas tuduhan Mahkamah dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Yang paling menyedihkan sekali kes tukar ke seksyen 302 jika sabit kesalahan boleh DIGANTUNG SAMPAI MATI. Tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
Ini jelas Hakim Mahkamah dan para Juri  sekarang ini suka mempersenda-sendakan undang-undang dengan niat sesuka hati kalau mahu menjatuhkan hukuman walaupun pada dasarnya kesalahan atas membunuh perompak sebagai penjenayah yang amat berbahaya untuk mempertahan dirinya serta keluarga bakal menerima Hukuman Gantung Sampai Mati di mana letaknya keadilan
Rakyat di Negara ini sudah hilang rasa hormat dan keyakinan terhadap Hakim Mahkamah dan para Juri kerana suka memperlekihkan undang-undang
Tentang kes  Zulkifkli itu akan dibicarakan semula di mahkamah yang dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 23 hari dari sekarang. Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?
Apa mahkamah mahu menanggung isteri dan anak-anak hero ini? Apa undang-undang mampu menyelamatkan 4 beranak ini yang pada bila-bila masa pintu nipis rumah itu ditendang dan dimasuki perompak?
Buat masa ini kami sangat terkedu dengan apa yang berlaku. Sangat sedih dan terperanjat.
Perbicaraan pada 24 Januari nanti berlangsung pada hari Ahad, dimana Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu namun hari cuti buat kebanyakan negeri. Kami mengharapkan agar para pembaca sudi bersama kami menyatakan solidariti buat keluarga Zulkifli dengan hadir ke perbicaraan tersebut di Kemaman, Terengganu.
Maka mohon 3 perkara dari kalangan pembaca yang dihormati sekalian. Pertama, sebarkan seluasnya berita ini, raih simpati semua orang untuk membela nasib Zulkifli dan keluarga.
Ketiga, bersiap sedia untuk memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada keluarga ini bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
SALAHKAH PERTAHANKAN DIRI DI MALAYSIA?

Di dalam kaedah hukuman jenayah Islam, pembunuh yang membunuh tanpa sengaja atau membunuh tanpa niat, apatah lagi demi untuk mempertahankan diri hanyalah dikenakan ‘diat’ yang mana diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Antara kesalahan yang diwajibkan hukuman diat sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqaha ialah:
1- Membunuh dengan sengaja lalu ia dimaafkan oleh waris orang yang dibunuh
2- Membunuh tanpa sengaja, seperti membunuh perompak yang cuba membunuh kita
3- Membunuh seperti sengaja, seperti niat ingin membunuh tetapi tidak menggunakan alat yang boleh membunuh. Contohnya menggunakan telefon bimbit untuk memukul kepala si mati.
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah mensyariatkan hukuman diat sebagaimana firmanNya:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً ۚ وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ إِلَّا أَن يَصَّدَّقُوا ۚ فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Maksudnya: “Dan tidak pantas bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali kerana tersalah tidak sengaja. Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah, hendaklah ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana…” (surah an-Nisa’: 92).
Antara maqasid syariah di dalam pensyariatan hukuman diat adalah demi untuk merealisasikan keadilan di antara sesama manusia. Islam bukanlah agama yang zalim. Islam tidak menghukum seseorang itu berdasarkan kecuaian dan juga ketidaksengajaannya, sebagaimana yang disebut di dalam satu hadith:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ إِنَّ اللهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ (رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه)

Maksudnya: Dari Ibnu Abbas RA daripada Nabi SAW bahasawanya baginda telah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku kekeliruan, kealpaan dan apa-apa yang dipaksakan terhadap mereka…” (hadith riwayat Ibnu Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

UMNO-BN…BERDOSA KALAU BAYAR ZAKAT TAK MELALUI PUSAT ZAKAT” PUNGUT CUKAI BABI-ARAK PELACURAN DAN PERJUDIAN ADALAH HALAL

   
Thursday December  31. 2015

HARAM...Para Pemimpin UMNO-BN 90 peratus terlibat makan duit haram cukai babi-arak-pelacuran dan perjudian mereka kata semuanya  halal dasar ahli kumpulan neraka


OLEH: ISMAILY BUNGSU

BAIK dana YApeim termasuk ZAKAT selalu saja kita dengar disalahguna kuasa.

Wang zakat diguna untuk membayar guaman seorang menteri agama dan kemudian disusuli pula dengan sejumlah wang Yapeim yang juga diguna oleh menteri sama.

Sebelum ini memang sudah banyak sangat wang zakat disalahgunakan oleh pihak-pihak  tertentu sedang ramai yang benar-benar  memerlukan tidak diberikan dan keadaan ini cukup tidak menyenangkan kita.

Baik dana Yapeim termasuk zakat adalah milik orang ramai termasuk didermakan oleh dermawan-dermawan  yang mendapat keberuntungan dan tujuannya membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mengembangkan perniagaan dan juga pendidikan anak-anak yatim.

Lalu begitu heboh dengan segala bukti ditunjukkan dan ini cukup mengecewakan kita sebagai rakyat Malaysia.

Nah, kesan kejadian yang sama maka kebanyakan rakyat tidak lagi percaya soal pengurusan keduanya yang dikendalikan oleh orang-orang UMNO sendiri dan kesannya pengerusi dan yang lain di Yapein letak jawatan dan ini menambahkan lagi ketidak percayaan rakyat.

Sesudah itu ada pula yang mengakui bijak pandai membuat hukum konon tak membayar zakat melalui kerajaan merupakan satu dosa. Dari mana dia mendapat hukum itu?

Apakah menjadi satu dosa kalau tidak membayar zakat melalui sang buaya yang siap menelan bayaran itu?

Kalau ada rakyat tak mahu membayar zakat kepada kerajaan saya kira tidak mengapa dan terbaik bayar saja terus kepada yang miskin secara langsung dan itu tidak mengapa asal niat kita jelas dan Tuhan yang satu tahu apa saja niat kita.

Memang ada usaha membuat hukum undang-undang  untuk memujuk rakyat kembali percaya kepada pengurusan dana yang selalu saja diselewengkan.

Percayalah, tidak akan senang hidup kamu yang selalu saja menyalahgunakan wang rakyat dan bala pasti kamu terima kesan wang itu tidak berkat dikerjakan untuk dijadikan santapan anak bini.

Allah mahu tahu segalanya. Baik cepat atau lambat akan nampak juga balanya nanti.
Selamat tahun baru.

Kebanyakannya para pegawai dan kakitangan kerajaan Persekekutuan dan Negeri 80 peratus terlibat dengan gejala rasuah dan pecah amanah  ini tidak nafikan tergamak makan duit tabung anak-anak Yatim makan duit zakat fitra.

Cukai  jualan babi cukai jualan arak cukai pelacuran dan cukai pusat-pusat perjudian itu mereka tidak ambil kira semuanya halal bagi para penyokong UMNO-BN akan tetapi kalau orang Islam yang membayar zakat tidak melalui Pusat Zakat anjuran kerajaan dicap sebagai  haram


80 PERATUS PEMIMPIN UMNO-BN KORUP DAN MAKAN HASIL HARAM

Thursday December  31. 2015

OLEH: NURLIAYA ABDULLAH

SAYA selalu membaca nota yang mengelar diri mereka alim ulama dan mengatakan haram hukumnya menjatuhkan kerajaan.

Kerajaan yang semacam mana haram dijatuhkan? dan itu tidak dijelaskan secara tepat.

Memang haram menjatuhkan kerajaan yang baik dan kerjaan yang peduli rakyat jelata tetapi halal hukumnya jika berusaha menjatukan kerajaan yang mungkar dan khianat sama rakyat.

Apakah kerajaan yang sekarang memang bagus dan tidak khianat terhadap rakyat? Kita sendiri boleh memberikan jawabannya.

Apakah di mana-mana judi, tipu, korup, pelacuran dan segala macam itu sesuatu yang bagus ikut perintah Allah?

Lihat saja di Kota kinabalu berapa banyak premis judi yang dikatakan halal dan haram. Lihat saja di genting highland ada pusat judi yang dipelopori oleh orang Melayu beragama islam sendiri dan rata-rata  dari orang kuat UMNO sendiri.

Kemudian kala bercakap soal korupsi, kita lihat saja mana menteri2 atau ketua-ketua menteri yang hidupnya sederhana dengan gaji sekitar 20k sebulan?

Lihat saja Ketua-Ketua  Bahagian rumah mereka macam istana dan ada menteri besar baru dua tahun duduki kerusi menteri besar sudah punya istana di sekitar 27 juta.

Kita lihat saja awalnya bercakap duit sumbangan ke parti harus masuk ke akaun parti dan tidak ke akaun peribadi dan tidak lama kemudian dimasukkan pula 2.6 juta ke akaun peribadi dan kemudian dikatakan itu tidak salah?

berapa bilion wang rakyat Malaysia lesap kesan pengurusan yang tidak betul kesan projek dikasih secara anugerah tanpa tender dan yang dapat anak bini, kroni keluarga terdekat yang mahalnya berlipat ganda.

Inikah rupa bentuk pemimpin yang harus kita sokong atau kita jatuhkan dan adakah Allah memerintahkan kita untuk menyokong kerajaan yang jelas dan terang korup. menipu dan membohong?

Memang menjatuhkan kerajaan yang baik hukumnya haram tetapi kita boleh saja menilai sendiri apakah kerajaan yang ada sekarang ini benar-benar  telus dan ikhlas?

Kenapa Sabah yang kaya dengan sumber asli termasuk Sarawak menjadi negeri TERMISKIN sekali rakyatnya di Malaysia dan Sabah duduki nombor wahid dan Sarawak no empat di Malaysia? sudah terang bersuluh pula.

Tidakkah kita malu menerima anugerah itu dan kemudian ditambah dengan anugerah pendidikan asas paling tersorot di Malaysia disamping Sabah merupakan negeri paling ramai memohon miskin tegar katanya orang kebajikan Sabah padahal negeri terkaya sumber asli. ke mana saja hasil-hasil  Sabah dan Sarawak itu?

kenapa jadi demikian? apakah ini salah rakyat atau memang salah kerajaan yang tidak bijak memimpin negara bangsa kita?

Memang kalau berhujah dengan orang pemerintah akan terus mempertahankan kemunafikan ini sebab mereka khuatir kalau kerajaan sekarang tumbang mereka akan hadapi susah dan tidak boleh tidak untuk demi kesenangan mereka terus menyokong Najib seolah Tuhan yang memberikan rezeki buat mereka sebab beras yang ada kata mereka kesan pemerintahan umno meski di Brunei dan Indonesia  dan negara lain tiada UMNO tetapi terus punya beras.

Terserah kepada pandangan rakyat sama ada kerajaan yang ada sekarang ini harus dipertahankan atau diruntuhkan sebab hanya rakyat sahaja yang berkuaasa melalukan apa saja yang dimahukan.

Marilah kita berhujah secara ikhlas tanpa memikir diri itu penyokong kerajaan atau sebaliknya tetapi usahalah berfikir dan bertindak demi negara bangsa anak cucu cicit kita mendatang.

Salam hormat dan kasih sesama


BAL-BALAN DAN PENANGGALAN MEMANG WUJUD SEHINGGA KEHARI INI

Thursday December 31. 2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

RENTETAN dari cerita Bal-balan dan  Penanggalan pernah terjadi di Kampung Inabah Semporna sekitar tahun 1990 an di mana Penanggalan   telah kesiangan  dan terdampar.

Sebenarnya Bal-balan  dan Penanggalan dia mula terbang sekitar jam 9.00 malam balik kerumah sebelum jam 4.00 subuh lepas azan Subuh mereka sudah tidak bermaya di mana dia berada disitulah hingga kesiangan.

Berbalik kita cerita Penanggalan di Semporna yang kesiangan itu  kepalanya dengan anak perutnya tersangkut pula diatas pagar berhampiran dengan rumah orang.

Tiba-tiba penghuni rumah itu terdengar jeritan macam orang kesakitan rupa-rupanya badan dan anak perutnya di patuk oleh beberapa ekor ayam.

Menurut penduduk itu suara jeritan itu meminta tolong (tolong jangan patuk sakit-sakit) sekali  seorang penduduk itu  mendekati suara itu dia terlihat seorang perempuan cantik berambut panjang mengurai tetapi tiada badan hanya kelihatan usus-usus dan anak perutnya saja.

Lantas  dia memanggil anaknya suruh ambil cangkul dia sudah tahu  bahawa makluk itu adalah penanggalan dia ambil penanggalan itu dia kubur hidup-hidup di sebelah rumahnya.

Kisah arwak nenek perempuan saya pada tahun 1962 sebelum berhijrah ke Sandakan  ini berlaku di Kampung Jawa Lahad Datu.

Pada satu hari dekat mahgrib datang seorang berbangsa Bajau menjual ikan merah murah saja harganya sekati baru RM3.00 nenekku belilah ikan itu.

Sekali digoreng ikan tersebut mula  dari jam 6.00 pm hingga jam 8.00 malam ikan itu tak pandai garing, maklumlah rumah kampung hanya menggunakan lampu pom dan lampu lenter guna minyak tanah.

Hati nenek saya tergerak   sambil berkata kenapa ikan  yang digoreng sudah hampir 2 jam tidak pandai garing  dia ambil sebiji limau purut dibelah dua kemudian dipadamnya lampu lenter itu kemudian  diperah limau itu diatas ikan itu apa akan terjadi  terhadap ikan itu,sekali dipasangnya lampu semula tiba-tiba di kelihatan bahawa ikan itu bertukar jadi jari-jari tangan  dan lengan manusia inilah ikan buatan bal-balan dan penanggalan.

Mulai dari hari itu kalau ada orang datang menjual ikan mereka pergi ke dapur bakar daun bawang kering kalau orang itu ada ilmu bal-balan maka dia tak berani dekat terus lari (belusir).

Di Semporna dan di Lahad Datu  berhati-hati kalau membelikan kalau isangnya cuma dua atau tiga itu menandakan bukan ikan sebenarnya

Pantang larang kalau memancing ikan tolong jangan kira berapa sudah dapat ikan kalau dikira sampai siang ikan tak matuk umpan habis saja kalau dapat seekor sampailah kepaginya.

Bal-balan dan penanggalan pandai menyamar jadi bidan kononnya dia membantu orang beranak-bersalin awas kalau diberi peluang habis anak bayi dimakan tembuninya hisap darah emak itu.

Suara kalau kita dengar suara bal-balan  jauh itu menandakan dia  dekat rumah kita tetapi kalau bunyi kuat )Kuek-Kuek) dia jauh pantangnya jangan suka mengambil daun pisang kalau disebelah malam kerana bal-bal suka bersembunyi dicela-cela pokok pisang kalau terjumpa mangsanya tiada peluang hidup lebih lama.

Itulah sebabnya kalau ada orang mati di jaga diletakan cermin orang baru bersalin perempuan  semua cela-cela dinding di pasang  batang limau berduri.


Dibatu 10 Jalan Sungei Batang dahulunya dikenali sebagai Kampung Bal-balan sebab ramai penduduknya orang kagayan  suka jadi-jadian memegang ilmu hitam  sekarang ditukar nama baru Kampung Pampang  adapun bal-balan cuma satu dua orang saja orang masih mengamalkan ilmu hitam bal-balan atau penanggalan.

WANITA UMNO DEDAH PUTERI UMNO RELA DINODAI PEMIMPIN UMNO UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN

Terkini: UMNO Bergegar Dengan Pembongkaran Puteri Jadi Pemuas Nafsu Pemimpin

Wednesday December 30.2015

Written by Reporter of Suara Kami

AWAS PUTERI UMNO.....jangan jadi mangsa buas nafsu para pemimpin UMNO


CERITA  panas yang kini menghantui puak-puak UMNO ialah mengenai isu keganasan seks segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu sarakah tersebut. 

Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Malah perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail. 

Beliau sudah beberapa kali menasihatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadikan Puteri sebagai pemuas nafsu sebagai ganjaran jawatan. Malah, Ketua Puteri UMNO iaitu Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga ada mengingatkan ahlinya agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. 


Kenyataan yang sama turut diluahkan oleh salah seorang lagi pemimpin Puteri UMNO iaitu Bibi Sharliza Mohd Khalid. 

Beliau pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu supaya budaya politik seks dikalangan puteri ditangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi. Ramai Puteri UMNO Jadi Habuan Masa Pemilihan Sebenarnya kemungkaran yang berlaku membabitkan pemimpin dan puteri UMNO ini banyak berlaku ketika setiap kali kempen pemilihan parti.

 Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini memang benar ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat pusat. Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. 

Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat pusat, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. 


“Duit I dah ada..” Apa yang mereka minta dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. 

Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dongeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? 

Sebab itulah kebanyakkan para Putrei UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. Inilah realiti yang pernah didedahkan sebelum ini sebenarnya.


Bukti, cuba lihat sendiri baju puteri UMNO yang terkoyak akibat cuba untuk melarikan diri daripada menjadi mangsa kerakusan pemimpin [Sebenarnya kes yang berlaku dalam pendedahan ini telah tersebar dengan meluas di internet sejak beberapa tahun lalu. Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga


Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan. Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?.

Sebenarnya kami juga difahamkan kejadian ini sememang berlaku dan tidak perlu dinafikan lagi oleh puak-puak UMNO. Mereka memang sudah miliki segalanya, cuma kepuasan seks sahaja yang dimahukan apabila kuasa sudah bermaharajalela di jiwa. Justeru itu kita tidak hairan dengan kejadian pembunuhan melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO seperti Altantunya, Noritta Samsuddin dan ramai lagi. Itulah hakikatnya.


Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini. Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi. 


Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya ada juga putri UMNO yang sudah terlanjur melakukan seks dengan para pemimpin tertinggi UMNO kerana ditawarkan pelbagai jawatan tinggi di jabatan-jabatan kerajaan mereka rela mengorbankan jiwa raga dan merebahkan tubuh badan mereka diatas katil yang empuk.  POSTED BY SUARA KAMI PORTAL ONLINE



SARANG BAL-BALAN-PENANGGALAN DI BATU PUTIH DAN SNGAI KOREK



Wednesday  December 30.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

PENANGGALAN....Suka dengan perempuan bersalin kerana ia akan makan tembuni.

CERIITA pasal hantu orang kurang yakin  maklumlah di zaman ICT-IT mana   ada hantu itulah tanggapan seseorang yang tidak mempercayai adannya hantu walaupun pada hakikat sebenarnya memang ada hantu.

Bal-balan (balan-balan)  tidak sama dengan penanggalan yang disebut bal-balan ia kalau terbang ke awang-awang sepenuh tubuh badannya  dibawa terbang tetapi  penanggalan  kalau terbang kepalanya bersama-sama anak perutnya yang terburai copot keluar  daripada tubuh badannya.


Peranan dan tugas-tugas bal-balan dan penanggalan serupa saja sukan makan mayat ambil anak perutnya suka hisab darah paling  dia suka perempuan bersalin  selain di makan baby ia juga suka makan tembuni itu adalah  kegemarannya.

Saya ringkas saja cerita bal-balan dan penanggalan ini di mana sarangnya ialah di Batu Putih dan Sungai Korek Batu 7 Jalan Airport.

Dua Kampung ini memang terkenal sebagai sarang dan lubuk penanggalan dan bal-balan sebab ramai suku Kagayan tinggal di situ.

Pantang larang jangan sesekali kalau diwaktu malam menyebut bal-balan atau penanggalan  berbahaya kepada manusia yang menyebut nama itu mereka  sebut saja  orang atas.

Kalau malam kelihatan penanggalan berterbangan di awang-awang seperti api dan tahi bintang itu adalah penanggalan kalau bal-balan tidak kelihatan.

Bal-balan dan penanggalan dia bukan hantu cuma orang yang mempunyai pegangan ilmu hitam kalau mati memang susah hendak keluar dari badan seseorang itu yang mempunyai ilmu hitam kecuali bila orang itu nak mati terpaksa ilmunya diturunkan kepada anak-anaknya  ini sudah menjadi kewajiban



Cerita tentang bal-balan atau penanggalan bukan cerita dongen tetapi ada kebenarannya bal-balan dan penanggalan memang  wujud sekarang sebab orang jadi-jadian sama juga seperti Perakang kebanyakan yang memegang ilmu ini adalah suku Bugis, sementara Toyol pula ramai di kalangan suku Jawa yang membelanya suku Kagayan terkenal dengan peliharannya Penangalan dan Balan-Balan. 

SEJARAH HITAM MENIMPA SUNGAI TELUPID TRAGEDI BANJIR KILAT


Tuesday December 29.2015


SEJARAH HITAM...Sungai Telupid pernah berlaku banjir kilat dan menghanyutkan beberapa buah kenderaan tragedi pada tahun 1988




OLEH: SHAIMON S JUMADI

KITA menginbau sejenak kisah tragedy air melempah ruah deras diibaratkan Tsunami datang daripada ulu sungai Telupid bersebelahan  jambatan

Sungai Telupid itu terdapat longgokan batu-batu  besar airnya jernih dan cetek (tuhur) dikenali tempat mencuci kenderaan terus masuk kedalam sungai tersebut.

Pada satu ketika pada tahun 1988  ramai orang sedang mencuci  pelbagai kenderaan,  tidak ada rebut tidak ada hujan dan angin salah seorang yang berada dalam sungai itu terdengar sesuatu suara bunyi ganjil yang lain orang tidak perasan langsung suara bunyi macam derasan air mereka tidak memperdulikan  asyik saja mengelap-ngelap kereta.

Suara bunyi arus air deras semakin dekat yang lain baru perasan kemudian mereka mula beredar  seorang demi seorang untuk naik kederat  tetapi kenderaan mereka masih lagi berada di tebing sungai itu.

Lebih kurang lima minit macam itu mereka terlihat air datang dari ulu dengan arus deras  melambung tinggi terus meluru kebawa membanjiri sungai tersebut.

Sementara beberapa orang yang tidak sempat menyelamatkan kenderaan sebahagiannya  dihanyutkan oleh arus deras mujurlah dalam tragedy itu tiada  mengorbankan nyawa  yang  berlaku.

Gambar hiasan saja

Ekoran daripada fenomena itu sehingga ke hari ini tiada seorangpun yang berani turun ke bawah untuk mencuci kereta lagipun keadaan  disekeliling tebing sungai itu kelihatan semak samun oleh tumbuhan rumput-rumpai liar.





SUNGAI NELAPAK-NUNUK RAGANG ADA CERITA MISTERI SEBALIKNYA


Tuesday December 29.2015

SUNGAI CETEK....Tapi berbahaya 




OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14.blogspot.com

Bercakap di air  tentang terjun atau sungai-sungai yang cetek  di mana  sebatang sungai yang  agak terpanjang  selain sungai Kinabatangan yang menembusi kuala sungai Labuk  iaitu sungai Maliau  dan sungai Nelapak.

Sungai Nelapak yang banyak lingkarannya merupakan air yang jernih ia memang paling sesuai untuk tempat beriadah tempat berkelah tetapi sayang sekali sungai itu tiada orang yang pergi bermandi manda apa lagi kitapun tidak kelihatan ada perahu kepunyaan orang kampung Nelapak dan Kg Nunuk Ragang yang berhampiran.

Biasanya kalau sungai seumpama itu adalah tempat mencari ikan dan pelbagai spisis habitat hidupan air tawar sebagai  sumber hasil pendapatan orang-rang kampung berkenaan sama ada dipasarkan atau untuk makan sendiri.

Dalam perjalanan  balik dari Kota Kinabalu saya sempat singgah sebentar  di Kampung Nunuk Ragang dibelakangnya ialah terdapat sungai Nelapak.

Saya bertanyakan salah seorang penduduk Kampung Nunuk Ragang kenapa tidak kelihatan sebiji perahu orang kampung untuk memancing atau menjala udang.

Kata mereka sungai itu memang cetik tetapi banyak orang sudah mati lemas disebabkan oleh hantu air (gelap) kedua pernah satu hari beberapa orang Jabatan Hutan berkemah di tepi sungai itu tidak semana-mana tiada hujan tiada angin tiada rebut tiba-tiba air dari ulu datang dengan deras macam kelombang mujur mereka sempat naik kedarat untuk menyelamatkan diri kalau tidak sudah tentu mereka semua mati dihanyutkan air deras yang tidak diduga tiba-tiba datang itu.

Inilah puncanya lima keluarga mati lemas akibat didatangi air deras datang dari ulu.

Pernah terjadi di sungai Telupid  ramai mereka mencuci kereta masuk didalam sungai yang cetik itu tidak semana-mana juga air deras datang dari ulu rupa-rupanya hujan diulu mereka  sempat menyelamatkan diri tapi  tidak sempat  menyelematkan kereta-kereta mereka ada yang dihanyutkan oleh air derat tersebu