OLEH: KAMARUL AZMAN


Menurutnya, jika satu juta rumah dalam jangka masa setahun, ini bermakna
setahun sebanyak 200,000 ribu rumah yang mahu dibina.
“Pada waktu itu, saya sendiri
telah membuat pecah tanah di Felda Emas untuk rumah generasi kedua, tetapi sehingga
sekarang, mana rumah yang dibina?” soalnya di dalam parlimen sewaktu sesi
perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen hari ini.
Katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO, apabila ditanya,
bermacam-macam jawapan yang ada.
“Waktu diberi penerangan saya berpuas hati, tetapi bila lama kelamaan
saya sudah tidak puas hati. Sebab itu saya bangkitkan di sini,” ujarnya.
Jelasnya lagi, kini beliau sendiri malu apabila ada yang bertanya di
manakah dan apakah perkembangan projek tersebut.
“Tapi sekarang saya malu, orang tanya mana rumah, setahun setengah belum
ada, sudah masuk dua tahun masih tidak ada
“Jadi saya minta Yang Amat Berhormat campur tangan, janji ditepati. Kita
tidak mahu janji-janji menggunung tapi apa pun kita tidak buat
“Kita minta Kerajaan Persekutuan, kalau boleh apa yang perlu untuk Sabah
dibagi kepada Sabah. Kontraktor-kontraktor, jangan ada satu pun daripada
semenanjung. Malulah kita, orang Sabah malu, kontraktor kecil malu,” katanya.
No comments:
Post a Comment