OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Semasa lawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Ehwal Pengguna Sabah Datuk
Jainab Ahmad untuk menjalankan pemeriksaan mengejut di Pasar Umum Sandakan
baru-baru ini dan mendapati 6 orang penjaja yang gagal mempamerkan tanda harga lantas mereka
telah diambil tindakan serta merta oleh pihak kementerian terbabit.

Beliau
berkata, menteri patut memantau harga di pasar, tetapi pada dasarnya, harga
barangan di pasar tidak jauh berbeza. Semasa menteri memantau di pasar, adakah
beliau nampak saluran paip dan kipas yang rosak sekian lama, dan kekotoran yang
lama tidak dibersihkan?
Tambah
beliau, menteri harus mengambil tindakan ke atas kenaikan tarif air, elektrik
dan harga minyak yang melampau. Apa sebabnya tarif air bagi sektor perniagaan
dan perindustrian dinaikkan dengan begitu tinggi? Harga minyak antarabangsa
telah menurun beberapa kali , mengapakah tarif elektrik tidak turun? Malah
terus menaikkan harga petrol?
Pada
pandangan Wong, menteri tidak prihatin dengan kenaikan harga minyak, tariff
elektrik dan air yang mempengaruhi kehidupan rakyat, tetapi hanya pergi ke
pasar memeriksa tanda harga dan menindas rakyat dengan peraturan-peraturan, ini
adalah tidak wajar.
Kata
beliau, pada pilihan raya umum yang bakal datang, satu undi pun tidak patut
diberikan kepada BN yang hanya reti menindas rakyat, khususnya semasa
pemerintahan BN, kerajaan menaikkan harga pada setiap barang, tetapi rakyat
pula tidak boleh naik harga.
Wong
berharap rakyat mengingati perkara buruk yang dilakukan oleh kerajaan BN, bersama-sama
menukarkan kerajaan BN yang menindas rakyat ini dengan menggunakan undi di
tangan anda.
No comments:
Post a Comment