DADAH BOLEH MEROSAKAN GENERASI MUDA ....KATA ZAKARIA


Tuesday Jun 31/2016


GAMBAR KELIHATAN…..Zakaria (kiri) melawat  gerai pameran Polis Diraja Malaysia selepas merasmikan program

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:  Pendidikan pencegahan asas terhadap keburukan dadah perlu diberikan kepada anak-anak muda kita sejak dari peringkat sekolah rendah supaya mereka dapat menghindari dadah.

Penyalahgunaan dadah adalah satu masalah yang amat membimbangkan masyarakat kerana ia boleh melumpuhkan tenaga mahir anak-anak muda kita di masa akan datang.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris ketika merasmikan Ceramah dan Pameran Menangani Jenayah, Membanteras Dadah dan Keselamatan Dalam Program Belia Dan Ibubapa bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program yang diadakan kelmarin di Balai Raya Ulu Dusun, Batu 30 Jalan Labuk itu merupakan anjuran bersama Rukun Tetangga, Persatuan Ibu Bapa & Guru dan JKKK Kg Ulu Dusun.

Beliau mengingatkan masyarakat supaya faham bahawa masalah dadah bukanlah masalah orang lain sahaja tetapi adalah satu masalah yang berkemungkinan akan menjadi masalah diri sendiri dan keluarga.

Justeru itu, Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri menyeru kepada masyarakat umum supaya bersama-sama membantu Kerajaan dalam usaha membanteras najis dadah ini sehingga tercapainya matlamat negara bebas dadah.

“Penganjuran program seperti ini bertujuan memberi kesedaran kepada kumpulan sasar betapa  pentingnya memerangi penyalagunaan dadah sebagai tanggungjawab individu. Ia juga memberi kefahaman kepada mereka akan bahaya salahguna dadah terhadap masyarakat dan negara,” tambah Zakaria.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M Said serta pegawai-pegawai AADK dan PDRM Sandakan dan pemimpin masyarakat setempat.



SINGAPURA KE-7 ISLAMIK DI DUNIA ( Malaysia ke-33


Tuesday Jun 31/  2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.

BILA kita mengatakan soal negara Islamik di dunia, tentu ada yang menyebut Negara-negara  Arab termasuk Malaysia berada di barisan depan dan jelas anggapan itu tidak benar.

Seorang Professor bernama Hossein Askari dari Universiti George Washington telah membuat kajian dan beliau meletakkan Singapura no: 7 negara paling Islamik di dunia, sementara Negara Malaysia jatuh ke tempat ke;33. Kenapa begitu?

Hossein membuat kajian berkenaan negara Islamik di dunia bersama seorang penulis indeks Islamicity Scheherazade S, Rehman.

Kajian-kajian yang mereka lakukan ialah berdasarkan pengajaran Al- Quran ke dalam kehidupan seharian dalam sesuatu masyarakat.

Antara yang dinilai ialah soal kebersihan, rasuah pemimpin, ketelusan/kejujuran, kebajikan rakyat dan sebagainya dan di Singapura kelihatannya lebih baik mendekati ajaran Al-Quran itu sendiri.
Arab Saudi yang mempunyai Mekah dan Madina tidak tersenarai dalam 50 negara paling islamik di dunia.

Menurut kajian mereka Negara Ireland amat kurang jenayah, keamanan cukup terbaik, pendidikan, kebajikan diutamakan, kebersihan paling hebat berbanding negara berjenama islam dan dinyatakan negara Ireland menduduki tempat pertama.

Kelemahan utama Negara-Negara Islam ialah tidak melaksanakan ajaran Al Quran termasuk sunah/hadis nabi dan paling buruk pemimpin-pemimpin negara Islam siap menggunakan agama untuk berkuasa dan bila berkuasa nilai-nilai islam tidak dipraktikkan malah sewenang2nya dilanggar membuta tuli.

Nah, laporan professor itu secara tidak langsung menemplak negara-negara Islam seperti Malaysia dan seharusnya pemimpin Islam di dunia kembali kepada ajaran-ajaran Islam berpandukan al Quran dan hadis nabi. yang jelas hanya indah kata-kata sebalik praktikalnya auta.

Selagi ajaran Al-Quran dan hadis nabi tidak menjadi rujukan dan amalan seperti di zaman Andalusia abad ke-4 hingga ke-10, maka umat Islam akan terus jauh tertinggal di belakang dan akhirnya mereka hanya Islam di kulit sedang dalaman tidak dan tidak hairan
bakal ramai menghuni neraka.

Negara Malaysia boleh dijadikan kajian apakah para pemimpin kita yang rata-rata Islam benar islamik atau hanya mainan di mulut sedang tingkah dan olah tidak menggambarkan ajaran islam sebenar.
Mari kita bincang sama!




GARA-GARA NAK NAIK PANGKAT SANGGUP JADI PENJILAT?

Sunday May 29/2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

KALAU mahu berdiri di satu lokasi yang tinggi, cara terbaik harus berusaha sedayanya dan usaha tidak usah menindih orang lain atau kawan-kawan terdekat.

Sekarang ini ramai yang mahu ke atas dengan cara mengAMPU bodek agar diperhatikan oleh atasan dia yang boleh dipercaya sebalik jenis mengampu bodek ini hanya rajin kala sang ketua di depan mata, bila tiada maka bawahanlah diarah-arah untuk melakukan sesuatu itu. Binawi ko!

Manusia-manusia semacam itu memang banyak sangat di sekitar kita dan mereka itu bolehlah dikatakan penjilat dan apa saja yang ketua katakan selalu saja ia sokong dan katakan NGAM tindakan sang ketua padahal kekadang sokong membawa rebah kala sang ketua tidak berkuasa ia lari jauh meluru seratus meter.

Ada kekadang kalangan penjilat-penjilat ini sanggup melakukan apa saja demi sang ketua sehingga ia lupa dirinya dan maruahnya terlontar ke gaung puaka.

Di zaman sekarang ini yang namanya penjilat begitu mudah jejak kaki di puncak dan kekadang begitu cepat melintasi teman-teman lain yang memang telus dan jujur ketika menjalankan tugas.

Sesungguhnya inilah yang dinamakan akhir zaman semua orang melomba2 ke atas tanpa peduli apakah tindakan itu mengundang dosa dan sebagainya.

Baik dalam perkhidmatan Awam termasuk dunia politik akan kita lihat jenis manusia semacam itu dan malunya entah disimpan di mana dan kekadang nur di wajahnya sudah hilang terbang kesan menjadikan dirinya sebagai penjilat.
Begitulah dan hati2lah!

22 PELATIH PDK GUM-GUM TERIMA ELAUN BULANAN

Friday May 27/2016


Gambar Kelihatan.......Haji Abas (kanan) menyerahkan kunci premis baharu PDK Gum Gum kepada Rabbun disaksikan oleh Datin Raisah serta tetamu lain

 

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
 
 
GUM-GUM:-  Seramai 22 pelatih pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gum Gum menerima elaun mereka dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Penaung PDK Gum Gum Datin Hajjah Raisah Haji Jubar di sini kelmarin.
 
Acara yang telah diadakan di premis baharu PDK Gum Gum di Kampung Seri Manis, Batu 16 Jalan Labuk turut menyaksikan penyerahkan kunci premis oleh pengerusi JKKK Kg Seri Manis Haji Abas Haji Labassa kepada pengerusi PDK Gum Gum Rabbun Haji Anggari.
 
Hadir bersama ialah Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M Said, Guru Besar SK Seri Manis Bistari Asoi, pegawa-pegawai Jabatan Kebajikan Am Negeri, Bahagian Sandakan termasuk mantan Penolong Pengarah Jailani Majit.
 
Majlis berkenaan turut meraihkan kenaikan pangkat Jailani yang akan berpindah ke ibu pejabat Jabatan Kebajikan Am Negeri di Kota Kinabalu.
 
Datin Hajjah Raisah yang juga isteri kepada Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, turut berkesempatan menyambut Hari Guru bersama guru-guru serta semua ibu bapa anak-anak istimewa PDK Gum Gum .
 
Dalam ucapan, Datin Raisah menasihati PDK Gum Gum agar bantuan yang disaluran oleh kerajaan dapat digunakan secara berhemah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini.
 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Am yang banyak membantu kewujudan premis PDK Gum Gum bahari ini dan berharap semua yang terlibat dapat meneruskan komitmen jitu serta sentiasa memberikan idea-idea dan cadangan bernas untuk kebaikan pembangunan PDK Gum Gum.
 
Sementara itu, warga Unit PPM DUN Gum Gum memberikan kejutan kepada Datin Raisah dengan menghadiahkan kek kepada beliau sempena sambutan Hari Jadi beliau pada majlis yang sama.

ADUN KARAMUNTING WILL BE OFFICIATE TENNIS TOURNAMENT 2016 ORGANISED BY SDTA


Friday May 27/2016

Fenando (4th right) with participants of the  recent Sandakan Closed Tennis Tournament
 
 BY: SONTOLOYO KONTOLEH
www.sabahinsider14.blogspot.com
 
SANDAKAN:  A total of 154 players and 12 officials from seven districts will be converging in Sandakan for the 30th Sabah Inter affiliate Tennis Tournament 2016 to be held this weekend.
 
The games will be played at the Sandakan District Tennis Association (SDTA) and Sandakan Golf and Country Club courts, SDTA president Fernando D. Rulloda said yesterday.
 
Fernando said the participating teams are Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Labuan, Kudat and Keningau.
 
“The tournament which is a Sabah Tennis Association event and hosted by SDTA, will feature top tennis players from throughout the State,” he added.
 
Karamunting State Assemblyman Charles O. Pang will officiate the prize presentation ceremony at the SDTA clubhouse in Mile 2 ½ Jalan Utara on May 30, Fernando said.
 
“Sandakan is represented by 33 players and two team officials for the Junior Boys, Men, Veteran Men and Ladies categories,” Fernando said.
 
The Sandakan team line-up:
 
Junior Boys– Hiew Kee Jun (captain), Mark Rueben, Mohd Azizan Baharudin, Ibnudanish Faiq Ibnuhaili, Ngui Larm, Aaron Tsia Junn Len and Johnaton Chan.
 
Men – Donald Lee (captain), Adrian Tan, Ahmad Redzuan Abu Bakar, Suhailie Aliuddin, Iruwan Amboragang, Silvester Lawai, Johannes Belili, Jonathan Lee, Gary Leong, Rozhan Md Daud, Desmond Chang and Abdul Halim.
 
Veteran Men – Simon Wong (captain), Johnson Koh, George Soiking, Peter Poon, Rabahim Masdik, Joseph Wong and Chin Min Boak.
 
Ladies – Chua Sing Ying (captain), Marian Chua, Jariah Herman, Wong Lay See, Joanna Wong Sau Lin, Tina Lee and Joanna Thung.
 

 

SEA TURTLES LAYING EGGS DURING DAY LIGHT


 Friday May 27/2016

BY: SONTOLOYO KONTOLEH
www.sabahinsider14.blogspot.com

The honorary wildlife wardens of Taman Hadiah turtle hatchery on Pulau Libaran have been getting unexpected visitors during the last two mornings.

At 11am on 24th May, a green turtle came ashore to sector 2 of the island and laid 80 eggs.

At 8am on 25th May, a green turtle came ashore and again to sector 2 and laid 61 eggs.

This is a new phenomenon and it has not occurred since Taman Hadiah turtle hatchery was set up 3 years ago.

Mr. James Ahlin, the advisor to FOSTER (Friends of Sea Turtles Research and Education) says that sea turtles, green or hawksbill or even leartherback have been reported to nest or lay eggs during day time throughout the world. In fact, olive ridley lay eggs during the day and all at once!

Mr. Harun William, the honorary wildlife warden who has been with Taman Hadiah turtle hatchery since it started has experienced hawksbill turtles coming ashore to lay eggs on 3 occasions before. But that was one over years ago.

“On three occasions I have seen hawksbill coming ashore to lay eggs before but that was more than a year ago and I have not seen any green turtle coming ashore during day time before. I am not sure why this is happening,” says Harun.

Taman Hadiah turtle hatchery is part of a turtle conservation program made available through the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) with the Sabah Wildlife Department. The program includes creating awareness for the locals and visitors on the conservation value of sea turtles, undertaking research projects with the goal of better understanding the life cycle of sea turtles surrounding the Libaran island area and to make available research programs on sea turtle for international and local students.

Since FOSTER started work on Libaran island, turtle landings on the island have seen a marked increased and during November 2011 till December 2015, 21,672 baby turtles have been released into the ocean from Taman Hadiah of which 14,851 are Green Turtles and 6,821 are Hawsbill Turtles.

Mr Alexander Yee, the president of FOSTER is encouraged by the incident. “Regardless if its green or hawksbill turtles, I am just glad sea turtles are coming ashore to lay their eggs. It is indeed encouraging to see an increased in eggs laying incidents. We will continue to be on Libaran to protect and conserve our seas turtle.”



CERPEN MINGGU INI "SEDIH SANGAT"

Thursday May 26/2016

CERPEN KARYA:  ISMAILY BUNGSU


SAYA mahu singgah beli roti di kedai sebelah tadi dan kala masih dalam kereta ternampak dia bercakap-cakap tapi tiada siapa temannya bercakap.
Sesekali dia duduk di kerusi dan dia peggang gelas dalam gelas dan ia berdiri mundar mandir tanpa ia tahu saya sedang perhatikan dia.

Di meja itu ada satu gelas lagi dan itu juga minumannya dan sesekali taukeh kedai memanggil dia dan dia meluru pergi dan rasanya dia pembantu di kedai minum itu.

Lokasi di Kepayan Ridge sebelah hospital Queen tak jauh rumah/librari saya.

Saya suka wataknya dan teringat saya selalu macam dia kala ngajar akting dan olahan suara di universiti dan itu sebab saya suka sangat memerhatikan sesuatu yang lain.


Orang-orang  yang seperti dia ini banyak bantu saya untuk tahu watak sebenarnya dan memang kekadang terasakan saya ini orang gila tak siuman dan murid yang saya ajar juga jelas belajar macam mana orang gila bicara, berjalan dan senyum serta sedih maknanya anak murid saya juga belajar macam mana jadi orang gila.

Tapi hari ini saya sedih sangat melihat dia dan memang saya suka sangat orang begini menambah ilmu buat saya. Saya ada seorang pekerja di perumahan sama watak tapi rajin.

Pernah suatu waktu ketika saya di wisma merdeka ada yang teriak memanggil nama saya dan bila saya menoleh memang dia orang sedikit tak siuman.

Yang menegur memang saya kenal dan dia kenal saya sebab tiap petang ketemu dia di padang merdeka dan saya memang ada latihan teater di situ sedang dia selalu tidur lepak di sana.
" kenapa?" 
" Bang, bagi saya wang, saya mahu makan" katanya dan saya kasih dia rm15 dan sesudah ucap terima kasih sambil cium tangan ia segera pergi sedang orang ramai di wisma merdeka memerhatikan saya kesan berkawan dengan orang tak siuman dan pakaian berbau busuk.

Kes kedua pula ketika saya makan kfc di center point datang seorang pemuda pingka namanya JJ( ramai kenal) dan dia dekati saya minta duit dan dia memang kenal saya dan saya kenal dia. Dulu ikut latihan teater dalam grup PEMBELA datuk jumat pengerusi.

Lalu saya bagi wang dan tiba2 pekerja KFC halau dia dan saya kata jangan halau sebab dia bukan gila cuma sedikit otak tak betul tapi dia tidak jahat.

Saya arah dia duduk dan dan belikan KFC dan dia makan sambil ngomong/katanya " saya tak gila kenapa saya dihalau?" lalu saya katakan jangan peduli mereka, sudahnya saya dan JJ diperhatikan oleh ramai orang dalam kedai makan KFC itu/saya juga tidak peduli kesan bukan bersalahpun.

Sekuriti datang mahu halau dia tengah makan dan saya nasihati sekuriti biar dia habis makan dan saya bertanggungjawab jika apa-apa terjadi sebab saya kenal dia dan selalu datang rumah saya di likas dulu untuk makan guna alas perutnya.

Begitulah tiga cerita yang cukup menarik dan saya sedih. Kalaulah saya begitu, apakah saya juga dihalau atau apakah kawan2 akan mendekati saya atau jauh menghindar kesan saya gila?


Ya allah lindungilah mereka dan doa Allah letakkan mereka di syurga sebab bukan itu mahunya mereka.

Sedih rawan hiba kala ingat semuanya itu dan petang ini sekali lagi perasaan sama terasakan dan saya jadi sebak sekali.
Salam petang penuh kasih sayang sesama.


SJAM ANJUR SEMINAR KEPIMPINAN KADET NEGERI SABAH 2016


Thursday May 26/2016


BY: CREW OF ST JOHN AMBULANCE


二零一六年五月二十一日,星期六, 山打根

沙巴州圣约翰救伤队青年日活动和讲座

圣约翰救伤队于521日,为配合全州青年日的活动,今早在市区操场参加开幕礼。

当天下午,圣约翰救伤队也在四里一间酒店举办了为期1天的讲座。此次讲座总共获得了一百五十(150)位来自沙巴州的圣约翰救伤队队员参与。这讲座是给予全州圣约翰救伤队青年的活动之一。

讲座会除了由圣约翰官员主讲外,也邀请讲师讲解激励队员的领袖自律专题。
根区圣约翰救伤队总监陈川宇代表区主席拿督邝国华主持开幕仪式并代读讲词。

拿督邝在讲词表示,此讲座会符合今年青年日的主题-‘未来就是现在The Future is now)。可以提升队员领袖素质,培育领袖人材。拿督邝希望青年的队员把自己茁壮起来,要坚持自己的立场,主动学习,增强自己的基本急救知识,以贡献社群,这才是现时青少年队员所要面对的挑战。

此外,他也感谢州圣约翰救伤队协助及全力支持筹委们,筹办这给了队员受益良多,意义重大的讲座会。

拿督邝也不忘感谢出席的各区代表。

May 21, 2016, Saturday, Sandakan
Sabah Youth Day St. John Ambulance Activities and Seminar
On May 21 (Saturday), in line with the statewide Youth Day activities, St. John Ambulance Sabah attended the opening ceremony  at Padang Bandaran Sandakan (Sandakan Town Field).



In the afternoon, St. John Ambulance  organized a one-day seminar in a hotel situated at Mile Four. The seminar was participated by a total of one hundred and fifty (150) members from St. John Ambulance Sabah. This seminar is a part of the activities specially organized to cater  St. John Ambulance youth statewide.  A speaker was also invited to  talk on “self-disciplined leadership  in voluntary  movement” .

Area Commander , Mr Tan Chuan Joo  represented the  President of the St. John Ambulance Sandakan, Datuk Kong Kok Wah to officiate the opening ceremony.

Datuk Kong in his speech, delivered by Mr Tan, said the seminar is  very suitable with  this year's Youth Day theme - 'The future is now' .

He hopes  this can help improve the quality of the team leaders, by cultivating St. John youth leaders’  talent.  Datuk Kong urged young St. John members  to enhance their knowledge of basic first aid,  in order to serve the community.  This  is also a challenge that they have to face in the society today.

He also thanked the Sabah State St. John Ambulance in assisting and financially supporting  the organizing committee in making this significant seminar a success.
Datuk Kong also thanked  the representatives from all over  Sabah who attended this seminar.


21 Mei 2016, Sabtu, sandakan
Aktiviti Hari Belia dan Seminar Kepimpinan Kadet St. John Ambulans Sabah
St. John Ambulans Negeri Sabah menghantar anggotanya menghadiri majlis perasmian di Padang Bandaran Sandakan sempena  dengan Hari Belia Negeri Sabah pagi ini.

Pada sebelah petang, St. John Ambulans Sabah juga menganjurkan seminar sehari di sebuah hotel di Batu Empat. Seramai seratus lima puluh (150) orang ahli St. John Ambulans dari seluruh Sabah mengambil  bahagian.  Seminar ini adalah salah satu aktiviti khas untuk  belia St. John Ambulans.

Ceramah seminar ini disampaikan oleh pegawai-pegawai  St. John. Seorang  pensyarah jemputan juga dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kepimpinan Sukarela”

Presiden St. John Ambulans Sandakan Datuk Kong Kok Wah, diwakili oleh Pemerintah Kawasan Sandakan  En. Tan Chuan Joo merasmikan seminar sehari ini.

Datuk Kong dalam ucapannya berkata, seminar ini sangat sepadan dengan tema Hari Belia tahun ini - 'Masa depan bermula pada hari ini”. Beliau berharap kualiti kepemimpinan St. John dapat ditingkatkan dengan memupuk bakat kepimpinan. Datuk Kong menyeru belia St. John meningkatkan pengetahuan pertolongan cemas untuk menyumbang balik kepada masyarakat.   Ini adalah cabaran masa kini yang perlu mereka hadapi.


Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada St. John Ambulans Negeri yang membimbing dan membantu dari segi kewangan untuk  Jawatankuasa pelaksana sehingga seminar ini dapat dianjur dengan berkesan dan jayanya.
Datuk Kong juga mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil dari setiap  daerah di Sabah.

MP BATU SAPI VISITED THE KINDERGARTEN TO INSPECT NEW PROJECT

Thursday May 26/2016

Picture Show……..Linda (5th from right) and other officials inspect the newly constructed concrete road

 
BY: SONTOLOYO KONTOLEH
www.sabahinsider14.blogspot.com

BATU SAPI:-  :   Sung Siew Kindergarten near Taman Indah Jaya is now accessible from a newly constructed concrete road.

Prior to the construction of the new road, kindergarten pupils had to use the passage at Sung Siew Primary School to get to their class.

Batu Sapi Member of Parliament Datuk Linda Tsen Thau Lin utilized her MP Fund to undertake the project including erecting a gabion wall along this stretch of the road.

She had responded to a request from the school Board of Directors led by chairman Datuk Daniel Chu to build an access road to the kindergarten.

Linda recently visited the kindergarten to inspect the newly completed project. The road is more than 200 feet long.

She was accompanied by Head Liaison Officer of Batu Sapi MP Office Kong Nyuk Thou, Chu, members of the Board of Directors and kindergarten officials.

Meanwhile, Chu thanked Linda for her promp


ZAKARIA ZIARAHI BEKAS PENYELIA KESELAMATAN DISERANG STROK OM PETRUS

Thursday May 26/2016

Gambar Kelihatan….Petrus mengucapkan terima kasih kepada Zakaria kerana menyumbangkan kerusi roda untuk beliau.

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

GUM-GUM:-  Seorang bekas penyelia keselamatan sebuah kawasan perumahan di Gum Gum yang diserang strok, telah diziarahi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris baru-baru ini.

Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda yang baharu untuk Petrus Bin Ola di rumah beliau di Kampung Gum Gum.

Warga emas yang berusia 78 tahun itu , telah diserang strok pada jam 10.45 malam , Mei 8 lepas. Beliau telah dihantar oleh ahli keluarga ke Hospital Duchess of Kent untuk menerima rawatan.

Apabila mendapat tahu berhubung kejadian tersebut, Zakaria telah pergi ke rumah Petrus untuk melihat keadaan Petrus serta berjumpa dengan ahli keluarganya.

Petrus kelihatan menangis tersedu-sedu apabila bersalam dengan Zakaria sambil mengucapkan terima kasih kepada Zakaria atas keprihatinannya.

Hadir bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz dan pemimpin setempat.




SEORANG PESAKIT MENDAPAT PENGHORMATAN DARI PEMIMPIN POLITIK DAN AKTIVIS


Wednesday  May 25/2016

OLEH: AZMIE AZMAN
www.  sabahinsider14.blogspot.com

SEBAGAI seorang pemimpin politik tidak kira mana-mana parti  orang yang sudah bergelar Yang Berhormat tidak kira mereka  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (MP) mereka adalah wakil rakyat.

Sebagai seorang yang bergelar wakil rakyat ia tidak tertumpu kepada soal pembangunan dan ekonomi semata-mata sebaliknya  juga memikirkan tentang soal kebajikan rakyatnya perlu diutamakan.

Itulah sikap  seorang wakil rakyat walaupun daripada parti pembangkang namun berjiwa rakyat yang sentiasa tersemat dihati sanu barinya.


Dato Seri Paduka Dr. Kemellia Hassan Pengerusi Ahli Lembaga  portal The Sabah Insider.Net yang juga merupa ahli korperat dan aktivis masyarakat berkata sikap wakil rakyat seperti Yang Berhormat Stephen Wong Tien Fatt yang juga Ahli Parlimen Sandakan memang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan sama ada pegawainya, mahupun masyarakat  setempat dalam apa jua mereka berdepan pelbagai masalah.

Walaupun Wong melawat menjengok cuma tangan kosong itu sudah cukup sebagai penghormatan kepada si pesakit  si pesakitpun tidak mengharapkan apa-apa buah tangan untuk dihadiahkan.

Pada Ahad lepas Wong bersama rombongannya  telah melawat di wad Hospital  bagi menziarahi  Shaimon S Jumadi Editor Kanan portal The Sabah Insider.Net yang dimasukan ke wad Hospital Duchess of Kent Sandakan kerana radang paru-paru berair selama  enam hari bermula dari 18hb hingga 23hb  May 2016.


Disitulah kita lihat keikhlasan seorang pemimpin walaupun daripada pembangkang  tetapi begitu prihatin untuk menjengok pesakit tidak kira bulu warna kulit dan pangkat juga bangsa dan agama.

Sementara Shaimon S Jumadi yang ditemui dirumahnya juga melahirkan  ucapan terima kasih  kepada Dato Kemellia Hassan yang sudi datang dari jauh khususnya dari Kuala Lumpur  dengar saja beliau di tahan di wad sudi datang ke Sandakan semata-mata mahu mengziarahi Shaimon yang terlantar di wad hospital.

“Dato Kemellia Hassan buka saja  sebagai boss saya tetapi juga sebagai kawan karib sukar nak cari kawan seperti Dato Kemellia” katanya.

Apapun Shaimon bagi pihak keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengenali dirinya sudi menjengok semasa beliau terlantar di wad Hospital.

Tak lupa juga Shaimon ucapkan jutaan terima kasih kepada seorang jururawat pelatih tahun pertama  iaitu Nieza Bella  kerana memberi layanan yang cukup baik semasa beliau di rawat diwad berkenaan.

Terima kasih juga kepada Frankie Poon dan Basith NC Osman kerana sudah datang melawatnya.





TIGA KELUARGA DILANDA ANGIN KENCANG KG BATU 12 DAPAT BANTUAN BAHAN PEMBINAAN.....ZAKARIA



Wednesday 25/2016\



Gambar Menunjukkan…..Zakaria (tengah) menyampaikan bantuan bahan pembinaan kepada tiga keluarga di Kampung Banting sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai UPPM Gum Gum dan Pejabat Kebajikan Am Sandakaan


0LEH: SONTOLOYO KONTOLEH
www.sabahinsider14.blogspot.com


GUM-GUM:-  Tiga keluarga di Kampung Banting, Batu 12 Jalan Labuk dimana bumbung rumah mereka mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang pada Mei 8 lalu, telah menerima bantuan bahan pembinaan dari Pejabat Kebajikan Am Sandakan baru-baru ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah menyampaikan bantuan berkenaan kepada wakil keluarga di rumah Ketua Kampung Kamal Karim.

Rumah terbabit adalah milik Ketua Kampung Kamal Karim, Nasri Jikri dan Norsidah Nasir.

Hadir bersama ialah Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Sandakan Jailani Majit, Sumitro Sayam dari Unit Kebajikan Produktif dan Komuniti Sandakan, Abdul Wahid Mohd Amin, Penolong Pegawai Pembangunan Masyrakat Pejabat Kebajikan Am Sandakan, Kamal M Said, Pemimpin Pembangunan Masyrakat DUN Gum Gum dan Rosly Aziz, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum.

Sebahagian dari bumbung rumah terbabit rosak setelah ditiup angin kencangjam lebih kurang 1 petang pada 8 Mei 2016. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Ketua Kampung Kamal Karim mengucapkan terima kasih kepada Zakaria serta Pejabat Kebajikan Am Sandakan atas keprihatinan dan bersyukur kerana mendapat bantuan bahan pembinaan tersebut.

Menurut Kamal Karim, ini merupakan kali kedua bumbung rumah beliau rosak ditiup angin kencang sejak menetap disitu sejak 20 tahun.


SEMUA KEROSAKAN PERHENTIAN BUS KAWASAN BATU SAPI AKAN DIBAIKI SEGERA .....KATA LINDA TSEN

Wednesday May 25/2016




Gambar Kelihatan…..Linda (tengah) meninjau keadaan perhentian di sepanjang Jalan Cecily

OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot. 


BATU SAPI:-   Lapan perhentian bas di sepanjang Jalan Cecily yang rosak dan berada dalam keadaan usang akan dibaiki dalam tempoh terdekat.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin selepas beliau meninjau kemudahan awam di Jalan Cecily ketika program turun padang beliau baru-baru ini.

Beliau berkata tujuh perhentian bas akan dibaiki manakala satu lagi yang terletak berhampiran SJK (C ) Lok Yuk akan diganti dengan perhentian bas yang baharu.

Menurut Linda, beliau telah mengarahkan kakitangannya untuk melaksanakan kerja berkenaan dalam tempoh terdekat demi keselesaan dan keselamatan penduduk-penduduk.

Beliau akan menggunakan peruntukan  Ahli Parlimen beliau untuk mebuat kerja-kerja pembaikan serta pembinaan kemudahan tersebut.

Turut hadir dalam tinjauan ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.