OLEH: ISMAILY BUNGSU
Saturday October
01/2016
ESOK sejarah bermulanya tahun baru Islam yang diambil dari
hijrahnya nabi dari Mekah Ke Madinah kerana mahu dibunuh oleh orang-orang kafir
Quraish ketika itu.
Tahun baru Hijrah adalah 1 Muharm 1432
bertepatan esok hari kebetulan ahad. Di negara arab memang tahun hijrah itu
diguna pakai dan beda dengan kita.
Makna hijrah itu kita kena teliti apa
maksudnya dan rasanya baik juga semula kita lihat dan perhatikan dan biasanya
hijrah itu makna yang jelas hijrah dari satu hal kurang baik menjadi lebih
baik.
Hijrah dimaksud di sini bukan saja bermaksud
pindah, tetapi juga pertukaran sikap/tingkah/cara dan tindakan diri kita yang
buruk dan menjadi baik atau insaf untuk semula ke jalan Allah dan itu lebih
diutamakan banding pindah dari satu lokasi ke satu lokasi.
Nah, kali ini saya tidak berbicara soal itu
tetapi soal hijrah dari parti politik ke parti politik dan saya tidak mahu
gunakan perkataan KATAK sebab itu menghina sifatnya sebab saya selalu melihat
positifnya dan saya mahu kita berhujah secara baik dan sopan tidak menghina
sesama.
Esok 1 Muharam makna waktunya terbaik kala
hijrah dan apakah esok ada yang hijrah dari satu parti ke satu parti? Kita
lihat dan kalau adapun mungkin kebetulan dan kalau ada kita doa sesuatu yang
baik buat mereka.
Selama ini saya tidak pernah menghina mereka
yang hijrah dari satu parti ke satu parti sebab itulah namanya kebebasan di
negara yang mengamalkan demokrasi dan sama sekali tidak boleh kita salahkan
sebab tiada undang-undang yang melarang menghukum mereka yang hijrah.
Melarang individu yang hijrah dari satu parti
ke satu parti itu tidak benar seolah menyekat kebebasan, malah melanggar
peraturan dan perlembagaan yang meletakkan diri bebas ke mana saja mahunya
pergi.
Bila disebut perkataan KATAK ( maaf ini
perkataan akhir di nota ini) selalu saja dikaitkan dengan dua tokoh kita dan
sekarang sudah ada semacam penambahan dan barangkali kita usaha berfikir secara
positifnya.
Memang kalau disebut Dr Jefrey Kitingan yang
asyik berpindah parti, maka dialah yang selalu diperkatakan orangnya dan saya
melihat tidak salah ia berbuat demikian sebab dia hijrah tidak ke parti BN yang
mungkin boleh dikatakan mendapat habuan.
Dia pernah di PBS, AKAR, PBRS, PKR dan STAR
dan entah apa lagi dan hijrahnya ke parti2 berkenaan tidak mendapat apa-apapun
atau tidak mendapat habuan dan cara itu saya tidak lihat ada salahnya.
Seperti pesilat untuk meraih kemenangan,
selalu saja pesilat itu berundur untuk menyusun langkah sebelum menyerang dan
saya nampak itulah cara Dr. Jefrey Kitingan berpolitik.
Dr Jefrey sebenarnya mahu mencari tapak yang
sesuai untuk ia menyerang sebab parti-parti yang ia sertai rata-rata tidak sesuai
dengan kemahuan dan keinginannya selama ini dan barangkali parti STAR sebuah
parti yang sesuai dengan keinginan bercakap apa saja dan perjuangan apa saja.
Lalu itu tentunya tidak salah dan itu sebab selama ini tidak pernah saya sentuh
sikapnya itu meski ramai yang mengutuknya. Dia kawan baik saja sama seperjuangan
dan sama masuk keluar kampung berceramah pidato politik.
Hijrah DS Panglima Lajim juga lebih kurang
sama dan kala di PBS dia melihat PBS sukar mahu hidup dan sukar membantu rakyat
kalau terus bertahan sebab WANG DISATUKAN itu kuasanya kerajaan persekutuan dan
keadaan PBS ketika itu nyawa2 ikan dan terbukti PBS sendiri akhirnya sertai BN
dan ramailah mendapat kerusi jawatan menteri di negeri dan juga persekutuan.
Inilah hakikatnya dan yang mendapat jawatan itu terserah apa mahu dikatakan.
Bila DS Lajim lihat di UMNO tidak berubah dan
terus memiskinkan Sabah dan Sabahan terus merupakan negeri termiskin dan
pendidikan asas tersorot, maka ia hijrah pula ke KEADILAN dan kala hijrah ke
keadilan, ia meninggalkan kerusi menteri gaji beribu dan kemudian meninggalkan
banyak keistimewaan yang jarang orang lakukan dan hijrah itu sebenarnya menuju
bala dan rugi dan apakah itu salah demi perjuangkan rakyat?
Nah, dalam keadilan beribu-ribu dananya habis
untuk bangunkan parti dan ini pernah saya katakan kepadanya bahawa gunung kalau
dicangkul akan merata jadinya macam padang jarak padang tekukur atau kepala
bisa botak jadinya alias bisa gila sewel memikirkan.
Nah, berdasarkan apa yang saya nyatakan di
atas jelas kalau dilihat positifnya itu tidak salah dan yang salahnya itu kesan
hijrah mereka dapat habuan berjuta atau janji kerusi menteri dan segala macam
dan itu tidak baik samalah maksudnya menjual negara bangsa.
Kemudian kita perhatikan pula hijrahnya DS
Shafie Apdal. Kalau dikira Shafie insan
paling setia terhadap kepimpinan tetapi Shafie sebenarnya lebih setia kepada
pengundinya. Shafie menangi kerusi itu amanah dan amanah itu satu tanggungjawab
yang cukup berat.
Shafie hanya bertanya di kabinet soal dana
1MDB dan ia minta penjelasan dan kalau salah diambil tindakan dan pertanyaan2
itu tidak disukai oleh Najib dan kesannya Shafie bercakap di umum, lalu
difitnah konon DSSA sekongkol dengan pembangkang satu pentas bersama dan itulah
kesannya dia dipecat dari kabinet yang memang hak PM dan kemudian digantung
sebagai Naib Presiden dan keahlian dan akhirnya Shafie sendiri letak jawatan
dan keluar meninggalkan UMNO parti yang ia sayang sangat.
Nah, sekarang ini Shafie masih ahli bebas dan
partinya cuma tinggal menunggu kelulusan ROS untuk luluskan LOGO dan Nama parti
dan itu kena sabar menunggu.
Nah, kasus yang dikatakan itu juga dinamakan
hijrah dan tidak salah samalah istilahnya kalau kita beristeri dan isteri
selingkuh, maka harus ditinggalkan sebab dayus namanya dan bila disebut dayus
makna dosa besar dan samalah juga dengan parti kalau atasan buat
kemungkaran/korup/curi dana rakyat, maka harusnya ditinggalkan/kalau tidak itu
namanya sama subahat dan berdosa bakal dihukum di akhirat nanti kebetulan
pemimpinlah yang pertama masuk neraka jika tidak amanah.
Terkait YB Darell juga sama kesan ia
merasakan setelah bertahun-tahun PKR tidak dapat merubah keadaan, maka tidak
salah dia beralih angin dengan harapan akan dapat merubah keadaan setelah plan
A tidak ketemu kejayaan dan mungkin saja plan B akan membawa kejayaan dan itu
semuanya sudah difikirkan dan lagi ia tidak ke BN sebalik sama ke pembangkang
dan sayangnya sama parti PKR masih tersimpan di lubuk hatinya tetapi ia mahu
bertapak di satu lokasi yang lebih baik dan itu tidak salah.
Demikian pandangan dan pengertian saya kala
melihat dari d
lobang dunia positif soal hijrah dan bila disebut hijrah itu maka terkait
muharam dan apakah esok akan ada yang mahu hijrah?
Jika ada yang mahu hijrah, diucapkan selamat
hijrah dan selamat maju jaya dan barangkali ada juga kebaikannya atau hikmahnya
kesan hijrah itu dan mudah-mudahah ketemu esok.
Salam tahun baru Islam yang kita namakan
Muharam.