Saturday July 02/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
Tanpa tahu tugas dan peranan kedua kerajaan maka jelas
seolah buta mata dan buta hati dan itu sebab komen selalu main gasak seperti
orang baru keluar dari gua hantu.
Secara rengkas saya katakan bahawa kerajaan persekutuan
yang menangi lebih 112 kerusi parlimen dengan sendirinya kuasai Putrajaya dan
pemeggang amanah WANG DISATUKAN termasuk GST, pendidikan, Kastam, Imigresen,
JPN, Kehakiman dan segala macam yang terpenting termasuk polis dan tentera.
Kuasa kerajaan negeri amat terhad dan itu sebab PBS
menang dalam tahun 1985 hidup dalam keadaan susah sebab dana kena minta
kerajaan BN yang diamanahkan.
PBS parti lokal memang menang bergaya tetapi gagal kuasai
112 kerusi MP maka BN permainkan mereka dan ketika itu hingga sekarang dana
disalurkan ke Jabatan Pembangunan Negeri Sabah dan sama macam di Trengganu dan
Kelantan royaliti minyak dijadikan WANG IKHSAN kerajaan BN kuasai. Kamu nampak
itu?
Ya kerajaan Pinang dan Selangor dikuasai oleh kerajaan
negeri tetapi kedua kerajaan merupakan kerajaan yang banyak sumber pendapatan
kesan industri hingga simpanan berbilion sedang Sabah meski bawah Kerajaan
Negeri dan Persekutuan segala hasil dirampok dan Sabahan penerima anugerah
termiskin sekali dalam Malaysia.
Ingat, BN memang bijak untuk terus berkuasa maka mereka
lebih rela Sabahan termiskin sebab miskin sabda nabi membawa kekufuran dan bila
kufur BR1M dan tangki biru cukup bermakna buat mereka tetapi mereka lupa
pemberian itu sebenarnya menyebabkan mereka termakan budi dan BN bantai korek
dana rakyat susah miskin kaya melalui GST.
Kita jangan terpedaya bila membicarakan hal ini dan perlu
di jelaskan di Sabah ada 23 parti semuanya dan 13 parti baru di daftar dan saya
sendiripun tidak begitu jelas 13 parti yang baru diluluskan itu dan hingga
sekarang ada yang tiada pejabat, tiada keahlian dan barangkali JKnya pun asyik
bercakaran.
Jadi antara 13 parti itu termasuk yang 10 sedia ada itu
ada yang menjadi BARUA dan macai BN untuk memecahkan undi dan menurut atasan
ada ketua parti mendapat upah juta-juta dari pemerintah/orang tertentu dan
peranan mereka hanyalah untuk memecahkan undi dan membiarkan BN menang menolak
PH menang.
Nah, itu sebab di Sabah ini merupakan negeri yang terkaya
parti iaitu 23 parti dengan sendiri mudah pecah dan perintah.
Kenyataan saya ini jelas bila selalu saja mereka suarakan
agar undi parti lokal dan tolak PH dan mereka minta PH hanya tumpu di Malaya
dan jangan sekali tandingi 60 kerusi DUN dan 25 kerusi MP dan permintaan itu
jelas TAMAK.
Sebalik parti Nasional yang mereka katakan parti Malaya
TAMAK dan itu tidak mereka fikirkan bahawa parti PH itu dipimpin oleh orang
lokal yang sudah bertahun-tahun dalam PR/PH dan punya 11 YB di DUN belum dikira
kerusi Parlimen di Sabah.
Setakat ini parti Pembangkang lain hanya satu kerusi
sahaja iaitu dimenangi kerusi DUN yang dimenangi oleh Star melalui Dr Jefrey
sedang kerusi Parlimen satupun tidak mereka menangi.
Katakanlah PH ikut rentak mereka menyerahkan 60 kerusi
DUN dan 25 kerusi Parlimen maka jelas itu memudahkan BN dan BN ketawa
terbahak-bahak sebab macai mereka nanti berjaya menipu PH dan kalau begitu baik
terus menyokong BN lagi mudah dan biarlah BN perintah sampai kiamat.
Pendirian saya jelas bahawa parti lokal kena sepakat
duduk sama dan bincang baik2 dan kita lihat di mana kekuatan mereka dan
misalnya di Penampang tentulah dikuasai oleh PKR dan di bandar pula biasanya
milik DAP dan kawasankawasan lain seperti Keningau/pedalaman dan kawasan Kiulu
itu bolehlah milik mereka sebab mereka boleh menang di sana dengan bantuan PH
nantinya.
Katakanlah DS Shafie meninggalkan UMNO dan dia mencari
tapak lain atau bakal ketuai parti baru nanti bersama mantan TPM atau Mukriz
atau ada usaha lain di Sabah maka itu kita kena bincang kemudian sebab DSSA
boleh merubah politik di Pantai Timur yang kuasai Tawau, Semporna, Lahad Datu
dan Sandakan.
Kita lihat nanti bagaimana dan sikap tamak tidak harus
ada di kalangan hati politikus dan yang harus ada dalam kepala ialah memikirkan
masa depan negara bangsa dan sekaligus anak cucu cicit kita tak kira apa agama,
fahaman dan budaya serta kulit yang berbeda.
No comments:
Post a Comment