( Ketua polis, peguam negara/speaker subahat sama?)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday October 30/2016
UNTUK menjatuhkan
pembangkang/pejuang, maka siap digunalah segala bontot, perempuan simpanan dan
segala macam seolah itulah yang merosakkan ekonomi negara bangsa.
Soal perampokan khazanah negara berbilion yang
menyusahkan negara bangsa dan membangsatkan rakyat dan Malaysia mereka diamkan,
malah yang melapor dikatakan pengkhianat.
Undang-undang yang
ada sekarang memang undang-undang bangsat sebab terus melindungi pencuri perampok
dan bukan membantai pencuri dan perosak negara bangsa.
Kita faham sumpah rahsia itu makna jangan sebarkan
maklumat yang boleh membahayakan negara tetapi apakah menyebar perbuatan
menteri yang mencuri itu dianggap khianat kepada negara bangsa atau khianat
terhadap pencuri perampok kalangan menteri kabinet yang diamanah oleh rakyat?
Apakah Islam hadhari dah islam contoh sembunyikan pencuri
dan perosak serta perampok wang rakyat? Inikah konsep ajaran yang diamalkan
negara Malaysia atau itukah yang namanya pejuang negara bangsa dan agama?
Saya tidak terjumpa dalam al quran atau hadis nabi ada
ayat kita sama melindungi pencuri dan bukankah pencuri itu hukumnya POTONG
TANGAN dan tak hairan hukum hudud semua mantan PM dan PM katakan huruharakan
negara. Huruharakan negara atau takut menteri-menteri tidak bertangan kesan kena potong tangan
kerana mencuri?
Kalangan pemimpin sekarang ini memang tujuannya mahu
melemahkan pemimpin pembangkang atau pejuang rakyat dan itu sebab segala
macam-macam AKTA mereka cipta dan salah
satu akta OSA yang tujuannya sembunyikan perbuatan buruk menteri2 yang mencuri
khazanah negara dielak rakyat tahu.
Apakah ini ajaran Islam hadhari atau Islam contoh?
Rata2nya yang mencuri khazanah negara ini mereka yang
bangsanya Melayu dan Islam agamanya sebalik yang melayu ini tuduh pula cina
perosak negara.
Siapa saja cina yang mencuri dan mengasak hak bangsa
melayu? Bukankah rata-ratanya yang mencuri dana Yapeim, Zakat, Tabung haji dan
segala macam itu bangsa Melayu dan Islam agamanya? kenapa disalahkan bangsa
lain?
Sesiapa saja yang memperkatakan yang benar dianggap
pengkhianat dan mulalah BN usaha mencari isu yang auta dan antaranya diguna BONTOT
dan kes perempuan-perempuan dan segala macam. Mereka cipta cerita yang
bukan-bukan seolah kes perempuan atau
kawin dua tiga itu merosakkan negara sedang dana berbilion tidak mereka sentuh
malah disembunyikan. Inilah kepimpinan Islam hadhari, islam contoh yang penuh
bobrok sama sekali tidak boleh dijadikan contoh.
Kes 3 mantan menteri bakal disiasat dan jelas ketua polis
negara atas perintah usaha sama melemahkan semangat pejuang dan jangan fikir
itu bakal melemahkan perjuangan dan rakyat akan bangkit nanti. Kamu siaplah!
Ketua Polis Negara, Tan Sri KHALID ABU BAKAR telah
dipetik oleh Sinar Harian bertarikh 29.10.2016 sebagai berkata :
".........Kita akan melihat dan menjalankan siasatan
sama ada bekas kakitangan kerajaan ini ada membocorkan rahsia kerajaan atau
tidak sebelum sebarang tindakan diambil....", dan
" Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan tak kira masih berkhidmat
atau tidak, apabila meninggalkan jawatan supaya berhati-hati dengan apa jua
kenyataan dibuat kerana mereka telah berikrar, angkat sumpah dan menandatangani
akuan sumpah."
Ketua polis negara itu barangkali tidak faham PERKARA
63(4) & (5) bersesama dengan PERKARA 10(4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN,
sebelum perlu membuang masa pegawai-pegawai PDRM lain, untuk kononnya menyiasat
laporan-laporan yang difailkan terhadap Ucapan TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie
Apdal dan DS Ahmad Husni Hanadzlah, di Parlimen. Masa dan tenaga PDRM lebih
baik digunakan terhadap menjaga dan menyiasat perkara-perkara lain yang
sebenar-benarnya bercorak jenayah, demi keselamatan dan kesejahteraan
masyarakat awam.
Yang Khalid maksudkan dengan "akuan sumpah
(statutory declaration)" ialah SUMPAH PERJAWATAN yang diambil oleh kesemua
ahli Jemaah Menteri termasuk PERDANA MENTERI di hadapan KE BAWAH DULI YANG MAHA
MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, yang mengandungi 2 bahagian :
Inilah sumpah tersebut
Sumpah Jawatan dan Setia
"Saya,.....setelah dipilih (atau dilantik) memegang
jawatan....................................dengan sesungguhnya bersumpah (atau
berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan
itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang
sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan MEMPERTAHANKAN
PERLEMBAGAANnya.", dan KEMUDIANNYA baru dan sumpah rahsia pula ialah
"Saya dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar)
bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada mana-mana orang sama
ada secara lansung atau secara tidak lansung apa-apa perkara yang dibawa untuk
pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai seorang
................................................................... KECUALI
SEBAGAIMANA YANG MUNGKIN DIKEHENDAKI UNTUK MENUNAIKAN DENGAN SEWAJARNYA
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN SAYA sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin
dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."
Menurut "(i)Sumpah Jawatan dan Setia", seorang
MENTERI mengangkat sumpah untuk "memelihara, melindungi dan mempertahankan
Perlembagaan", dan KEMUDIANnya baru, "Sumpah Simpan Rahsia" dan
sekiranya dalam menjalankan jawatan masing-masing sebagai MENTERI, mereka telah
mengetahui kewujudan PERLANGGARAN PERLEMBAGAAN oleh PERDANA MENTERI mahupun
KERAJAAN, maka menurut "(i)Sumpah Jawatan dan Setia", SEMESTINYALAH
Menteri/Bekas Menteri itu PERLU menurut PERLEMBAGAAN dedahkan apa yang
diketahuInya, tanpa perlu khuatir berhubung dengan tuduhan kononnya ada
perlanggaran "(ii)Sumpah Simpan Rahsia" . Fahamkah bahasa dan makna
sumpah ini dan bukankah dalam perlembagaan jelas melindungi hak-hak rakyat dan
pemimpin harus telus dan jujur?
Nah, sebagai Ketua Polis Negara, adalah salah seorang
ahli dalam Suruhanjaya Pasukan Polis menurut PERKARA 140(3)(b) PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN, dan menurut PERKARA 142(6) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN , anda juga
telah mengangkat SUMPAH PERJAWATAN yang sama, melalui mana anda, KHALID ABU
BAKAR telah juga mengangkat sumpah untuk "memelihara, melindungi dan
mempertahankan Perlembagaan. Jadi, baik ketua polis negara, SPRM, Speaker dan
yang lain harus patuh dan amanah serta fahami ayat2 berkenaan sebelum bertindak
dan memperkatakan sesuatu.
Ingatlah kamu duhai ketua polis negara bahawa kamu juga
penjawat awam dan tertakluk kepada peraturan dan sekiranya kamu ingkari akan
SUMPAH PERJAWATAN itu, anda, KHALID ABU BAKAR, boleh dan WAJIB dikenakan
tindakan yang wajar di sisi PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan undang-undang yang
berkaitan.
Soalnya sekarang apakah sesudah angkat sumpah dan
tandatangan perjanjian Sumpah Rahsia akan terus melindungi perampokan khazanah
Negara dan sesuka hatinya mencuri, sedang rakyat yang mencuri seekor ayam di
penjara dua tahun?
dan perompak pula bisa kasih dana ke anak tiri bikin filem porno, beli banglow
yang menyebabkan dua bank di Singapura tutup gara-gara 1MDB? Memang
perbuatannya setan!