OLEH: CREW DAP
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong berkata, menurut kajian yang dibuat,
beliau mendapati berbanding dengan negara lain yang mengamalkan “Westminster System”, seperti England, Australia, India dan lain-lain,
Kabinet Malaysia amat gemuk dan banyak dana awam akan dibazirkan, tetapi
kecekapan pentadbiran pula tidak dipertingkatkan.
Beliau
berkata, berbanding dengan Kabinet sebelum ini, walaupun 4 orang menteri
termasuk Timbalan Perdana Menteri telah gugur, tetapi bilangan anggota Kabinet
tidak dikurangkan, malah telah bertambah dari 35 orang kepada 37 orang,
Timbalan Menteri pula ditambahkan kepada 31 orang berbanding dengan Kabinet
yang lalu 27 orang. Hampir satu pertiga daripada 222 orang MP di dalam Parlimen
kini. Dalam kata yang lain, BN terdapat 133 orang MP, lebih daripada separuhnya
telah dimasukkan ke dalam Kabinet, ini merupakan kejadian yang menghairankan
bagi negara yang mengamalkan sistem kabinet.
Wong
yang juga Pengerusi DAP Sandakan memberi
contoh, populasi England berlipat ganda ebih banyak berbanding dengan negara
kita, skala ekonomi juga 3 kali ganda lebih besar daripada negara kita,
bilangan MP (650 orang) lebih kurang 3 kali ganda negara kita, tetapi Kabinet
England hanya terdapat 22 orang menteri(termasuk PM dan Menteri Kewangan), tetapi
negara kita pula Jabatan Perdana Menteri sahaja telah mengandungi 12 menteri,
lebih kurang sama besar dengan kabinet Japan (16 menteri), ini adalah tidak
masuk akal.
Selain
itu, berbanding dengan Australia, populasi Australia kurang daripada negara
kita, saiz tanah adalah 10 kali ganda lebih besar daripada kita, tetapi
bilangan anggota Menteri dalam Kabinet Australia adalah 19 orang, Timbalan
Menteri 11 orang, jumlah 30 orang. Bagi negara India pula, populasi sebanyak
1.2billion adalah 40 kali ganda berbanding dengan negara kita, mempunyai 545
MP, tetapi kabinet hanya 32 orang Menteri sahaja, kurang berbanding dengan
Kabinet Malaysia.
Kabinet
Australia dan England juga tidak mempunyai Jabatan Perdana Menteri yang
mengakibatkan masalah kabinet terlalu ramai anggota dan pelbagai masalah kerumitan
prosedur timbul. Misalnya, Kementerian Pengangkutan negara kita tidak
bertanggungjawab atas perkara berkaitan dengan pengangkutan awam, tetapi
diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Awam di bawah Jabatan PM, manakala
ESSCOM bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri, tetapi diselaras oleh Menteri
Jabatan PM. Disebabkan terlalu ramai anggota kabinet, mengakibatkan sistem
pentadbiran kurang cekap .
Dari
segi gaji pula, gaji tahunan Menteri di Kabinet England adalah lebih kurang
130ribu, jumlah gaji tahunan bagi 22 orang menteri termasuk PM dan Menteri
Kewangan adalah 3 juta British Pound (GBP). Berbanding dengan 37 menteri di
Malaysia, gaji pokok tahunan adalah lebih kurang RM170ribu, setiap tahun dana
awam sebanyak RM6600ribu adalah untuk pembayaran gaji mereka, ini tidak
termasuk elaun-elaun lain seperti elaun rumah, kereta, petrol dan lain-lain.
Jika gaji bulanan menteri adalah RM55ribu secara purata, maka dalam setahun
menteri dalam kabinet telah memakan dana awam sebanyak RM24.7juta.
Oleh
yang demikian, tidak kira dari segi populasi, ekonomi atau keluasan tanah, saiz
kabinet negara kita adalah tidak masuk akal berbanding dengan negara lain. Bilangan
menteri yang ramai tetapi tidak efisien. Wong berpendapat bahawa kabinet ini adalah
semata-mata untuk membahagikan jawatan-jawatan menteri kepada warga BN dan
UMNO, untuk mengukuhkan kuasa PM, ini tidak berhubungkait dengan kepentingan
rakyat.
Wong
juga mengkritik, calon menteri juga tidak dilantik mengikut kebolehan, tetapi
hanya untuk menenangkan pihak yang berkenaan dalam BN. PM melantik empat orang
anggota PAC menjadi anggota Kabinet, semata-mata untuk menghentikan siasatan
1MDB.
Walaubagaimanapun,
Kabinet ini terlalu gemuk kerana ia digunakan untuk menjalin hubungan dengan
pemberian jawatan menteri. Sedangkan negara kita menghadapi hutang yang banyak
dan ekonomi merosot, kerajaan tidak jimat tetapi menambahkan beban kewangan
negara, ini menunjukkan kabinet ini hanyalah untuk memanjangkan hayat politik
UMNO.
No comments:
Post a Comment