OLEH: SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com
BATU
SAPI: Sumbangan sentiasa disaluran terhadap mana-mana badan pertubuhan tajaan kerajaan
mahupun badan-badan NGO lainnya yang memerlukan.
Dengan adanya pemberian
sumbangan dan bantuan itu tadi ia membolehkan satu-satu badan pertubuhan itu
dapat menjalankan pelbagai aktiviti kemasyakatan dengan jayanya.
Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj
Samsudin Yahya berkata demikian ketika berucap dimajlis penyampai sumbangan
kerusi kepada KRT Taman Poh Hing baru-baru ini.
“Saya percaya dengan adanya
sumbangan kerusi hasil sumbangan daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian
Batu Sapi Rahimah Asrah KRT Taman Poh
Hing akan dapat bergiat aktif menjalankan peranannya untuk menjaga taman ini dengan
sebaik-baiknya” Ujarnya.

“KRT yang merupakan agensi pertubuhan tajaan
kerajaan pengerusi dan semua ahli-ahli jawatankuasa yang pilih agar dapat
menjalankan tugas-tugas dengan penuh didikasi untuk menyampaikan maklumat kepada pihak-pihak tertentu sekiranya di
Taman mereka mempunyai masalah-masalah yang berkait rapat dengan penduduk
setempat. Tambahnya.
No comments:
Post a Comment