Sunday July 03/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14,blogspot.com
DUNIA politik
kita tidak semacam politik nabi yang disebut siasah. Politik nabi dari rakyat
kepada rakyat dan kala wafatnya nabi
tidak punya apa-apa selain cahaya Islam itu melebar ke seluruh penjuru alam.
tidak punya apa-apa selain cahaya Islam itu melebar ke seluruh penjuru alam.
Politik sekarang ini
ikut kamus MUSLIHAT maksudnya dan sesiapa yang bijak dengan muslihatnya biasa
merekalah yang muncul jadi juara dan kerana itulah politik sekarang ini sama
ertinya macam politik nabi dari rakyat kepada rakyat tetapi bezanya politikus
mati meninggalkan harta, kereta, isteri muda, rumah/istana yang berdiri megah.
Itulah
beza politik masa kini dan masa nabi dan itu sebab ada yang mengatakan politik
itu kotor tapi hakikat sebenar politik tidak kotor dan yang kotor itu mereka
mengakrapi dunia politik kesan tidak takut balasan Allah di akhirat nanti.
Jadi,
tepat kalau saya katakan sekali kamu mengakrapi politik di Malaysia ini maka
selangkah kita melangkah itu bermakna sudah mencipta musuh politik dan apa saja
yang ada bicarakan meski benar tetapi dikatakan tidak benar dan sesekali mereka
yang korup, kaya raya tetap disanjung mulia dicium tangan dipeluk tubuh meski
hakikat sebenar kepala koruptor yang menghentam khazanah negara hingga rakyat
miskin papa kedana.
Seperti
yang selalu saya katakan sebelum ini dalam politik tidak ada jawaban merupakan
jawaban juga dan saya tertarik katanya winston churchill bahawa politik itu
bukanlah satu permainan sebalik suatu perniagaan yang mendapat untung.
Jangan
lupa di Sabah mempunyai 23 parti dan 13 parti baru ditubuhkan dan setakat ini
ada parti yang mendiamkan diri dan di masa election di pintu rumah maka
parti-parti itu akan siap membising dan kala itu mulanya tawar menawar dan
tidak hairan sesudah election usai ada yang punya kereta ninja, mercedes dan
segala macam sedang rakyat "lantung-lantung macam uluntakuyung" bak menunggu durian
tidak jatuh.
Maknanya
dalam politik ini segala macam tingkah ada dan bolehlah juga ianya semacam
perjudian. kalau menang bisa kaya dan kalah mukanya macam
"Karamian"
dan kesan anak-anak susah dikasih makan tetapi masih ada kata-kata menarik
pembujuk konon ulat dalam batu juga bisa hidup tapi kucing saya bertanya "
hidupnya kok gimana ya?"
Demikianlah
hakikatnya
No comments:
Post a Comment