Sunday July 03/2016
KARYA: ISMAILY BUNGSU
SEPULUH lebih
tahun lalu seorang mantan menteri sakit dan lalu saya ke rumahnya dan bawa dia
ke kilinik arwah Dr Aziz di lantai bawah MUIS Kota Kinabalu dan di situ dia
dirawat secara tradisional.
Ketika
dia dirawat di depan arwah Dr Aziz Ahmad, seorang menteri itu bercakap dengan
saya dan katanya kenapa ketika dia jadi menteri saya tak mendekatinya, lalu
kenapa sesudah sakit tidak berkuasa yang saya baik sangat terhadapnya.
Saya
terdiam dan arwah dr Aziz/sepupu saya menatap mata saya dan saya tak dapat
menjawab, cuma sesudah berfikir saya jelaskan yang dia/Datuk sebuk sangat dan
lagi saya tidak berkepentingan mahu ketemunya.
Itulah
alasan saya!
Ada
lagi seorang YB UMNO di Tawau dan kala dia bujang dan berkerja di Kota Kinabalu
selalu melepak di rumah saya di rumah sewa kerajaan/Nosmal Court Kota Kinabalu
dan bila dia mahu pulang selalu saya hantar ke rumahnya di flat jalan singnal
Hill Kota Kinabalu sebab dia tak punya kereta dan tidak pandai memandu.
Ketika
dia duduki kerusi setiausaha politik di Kementerian Kebudayaan dulu sesudah
lima bula dia telefon saya dan minta datang ke kamarnya.
"
Saya sudah di sini lima bulan lamanya dan kenapa Haji tidak mahu jumpa saya,
kan kita kawan baik dulu. Bersalahkah saya?" Katanya dan saya terdiam tak
dapat menjawab.
Ketika
itu alasan sama saya berikan iaitu yang saya segan dan tidak ada juga hal
penting untuk diajukan dan dia menatap mata saya dan yang terlepas kata dari
mulutnya ialah "kita kawan dan haji baik sama saya dan sebagai kawan mana
boleh saya lupa bha" katanya dan dia memang masih YB UMNO di Tawau
sekarang. Bagus juga kalau YB membaca nota saya ini.
Banyak
teman-teman saya duduki kerusi menteri dan di atas tinggi melangit tetapi
perangai saya bila seseorang itu di atas saya mula menghindar dan menjauh sebab
saya kekadang sedar diri, namanya mendekat tidak sekali sebab yang ditakuti
kelak diperkatakan mahu MENGINGUL projek cepat kaya dan itu cukup memalukan
buat saya dan tidak akan terjadi.
Begitulah
lumrahnya manusia kala kita berada di atas maka rata-rata kita bakal dicari dan
ramailah yang datang berbondong dan puji mereka melangit tinggi dan apa saja
sama ada baik atau tidak baik akan dikatakan cara datuk itu terbaik dan hebat
dan itulah namanya bodek kita lihat ada di mana-mana yang kekadang tahi juga
mereka kata ubat.
Saya
ini selalu dalam keadaan SONGSANG iaitu bila kawan susah saya siap berkawan dan
mendekati selalu tetapi bila dia sudah jadi menteri atau apa saja jawatan
tinggi maka saya siap menjauh dan kekadang ketemu di jalanan saya siap
menghindar elak berbicara.
Ketika
saya duduki kerusi penting di kementerian dulu/bila saja PBS dan USNO bersatu
maka ramailah yang ketemu menteri minta peruntukan dan paling saya tidak suka
ada mengatakan yang dia sepupu menteri dan pernah saya minta orang itu jumpa
saya di lain waktu sahaja sebab menjual nama menteri memang saya tidak suka.
Yang
berkenaan tiba-tiba ketemu Encik Amat Yusuf/pegawai tadbir sekarang setiausaha
Hasil Bumi Sabah/kala itu kamarnya Amat Yusuf sebelah kamar saya dan Amat
mengatakan yang berkenaan ketemu dia mengatakan saya jahat tak melayan.
Memangpun sebab menggunakan nama menteri.
Sesudah
seminggu ada seorang dari Semporna ketemu saya dan mengatakan minta bantuan
membeli gong/kulintangan tetapi dia menjelaskan dia tidak punya surat sokongan
menteri dan tidak kenal menteri dan ketika itu saya bertanya berapa jumlah
dipohon dan dia kata RM5,000 sahaja dan saya nasihati dia tulis surat
permohonan dan tidak usah sebut harga dan minta datang keesokannya.
Esoknya
dia datang ketemu saya dan saya katakan yang saya bagi peruntukan sebanyak
RM10,000 dan dia terkejut lalu tangkap tangan saya dan cium tetapi saya
mengelak tak mahu dan lima tahun lalu dia ada add facebook saya ( lupa namanya)
dan bertanya apakah saya kenal atau tidak dan memang tidak kenal dan dia
ceritakan semuanya di facebook cerita itu. Barulah saya tahu dan dia jenis
mengenang budi.
Demi
Allah inilah cerita sebenar dan kerana itu bila kita berkuasa jangan sekali sombong
dan bila kita mahu sesuatu jangan sekali menjual nama orang kenamaan dan itu
tidak baik terutama kalau memang tiada kaitan langsung.
Bagi
saya sama ada orang kenang atau kenal atau tidak saya tidak mengapa sebab dalam
hidup ini saya tidak perlukan apa-apa lagi sebab saya sudah punya segalanya dan
sampai kiamat tidak akan merempat dan meminta-minta.
Salam
ramadan
No comments:
Post a Comment