OLEH: AZMI AZMAN
LEE KON CHOI@ABDULLAH
LEE
GAMBAR KELIHATAN Hj Hamsan
(duduk tengah) mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri oleh Zakaria
(kanan, ditepi Hamsan) di Wisma Perbandaran
SANDAKAN: Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain telah mempengerusikan mesyuarat perbincangan penyediaan pelan pembangunan Pekan Gum Gum di Wisma Perbandaran kelmarin.
Mesyuarat berkenaan
turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji
Mohd Edris, pegawai-pegawai dari MPS, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah,
Jabatan Air, Polis Di Raja Malaysia dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat
(UPPM) DUN Gum Gum.
Cadangan pembangunan
Pekan Gum Gum yang diilhamkan oleh Datuk Zakaria ini, kini ditahap
penyediaan pelan.
Pegawai Bahagian
Perancangan Fizikal, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Shahrum Radzlee Mohd
Samlih telah memberi taklimat berhubung cadangan pelan yang telah
disediakan oleh pihaknya sebelum dibentang bersama mereka yang menghadiri
mesyuarat.
Pelan Pekan Gum Gum
terletak didalam kawasan liputan Pelan Tempatan Sandakan dan jarak jaringan
perhubungan jalanraya dari Pekan Gum Gum ke Pusat Bandar Sandakan adalah sejauh
30 KM.
Keluasan keseluruhan
kawasan Pekan Gum Gum setelah mengambilkira perluasan kawasan sempadan adalah
228 ekar. Pekan ini dibahagikan kepada beberapa pembangunan gunatanah seperti
perumahan, perniagaan, kemudahan awam, perkhidmatan dan industri.
Kawasan komersil terdiri
daripada kawasan perkedaian, tapak tamu dan cadangan pembangunan komersil akan
datang , manakala kawasan perumahan dibahagikan kepada dua jenis kepadatan
iaitu perumahan berkepadatan tinggi dan berkepadatan sederhana.
Kawasan tapak industri
pula dicadangakan di kawasan simpang keluar ke jalan utama Telupid –
Sandakan.
Pembangunan Pekan Gum
Gum ini akan menaiktarafkan kehidupan masyarakat di kawasan Gum Gum disamping
mewujudkan peluang perniagaan kepada mereka dan juga peluang pekerjaan kepada
anak-anak muda di situ.
Antara cadangan dalam
pelan pembangunan ini adalah pembinaan kemudahan awam seperti bangunan yang
menempatkan jabatan-jabatan Kerajaan, mini hospital, balai polis dan balai
bomba.
No comments:
Post a Comment