KUPASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
KEWUJUDAN Cukai Perkhidmatan Barangan (Goods Services
and Tax/GST) yang dilancar pada 1hb
April 2015 masuk ke tujuh belas hari (17) para pengguna mahupun para peniaga agak keliru dengan
kenyataan-kenyataan yang diutarakan oleh FOMCA dan Datuk Ahmad Mazlan mengenai
isu GST.
FOMCA menyatakan selepas pelaksanaan GST
barang-barang naik 30% sementara kenyataan Ahmad Mazlan selepan GST harga akan
turun satu lagi kenyataan yang keluarkan oleh Kementerian Perdaganan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bahawa sebanyak 8,282 pelbagai jenis
barangan akan turun harga diseluruh Negara.
Dalam pada itu pengguna khususnya rakyat susah hendak memikirkan yang mana satu
kenyataan yang boleh diguna pakai sebab sudah 17 hari GST dilaksanakan kita
sebagai pengguna tidak nampak apa-apa perubahan mengenai harga barangan yang
dikatakan akan turun malahan banyak harga barang-barang keperluan harian naik
antara dari 40 sen sehingga RM4.00.
KELIRU...Mana satu yang betul kenyataan FOMCA atau Ahmad Mazlan isu GST
Sudahlah begitu sejak GST dilancarkan
sesetengah peniaga telah mengambil kesempatan untuk menaik harga barang hingga
70 peratus tanpa memikir risikonya.
Menjual rojak
buah-buhan nasi lemak dan sebagainya di beberapa kiosh pun telah
terikut-ikut mengenakan GST.
Sebagai sebuah kerajaan yang jujur yang
mendapat mandate rakyat coba cakap yang telus ikhlas betul kah selepas GST
harga barang-barang akan turun boleh kah Datuk Ahmad Mazlan dan KPDNKK
senaraikan nama-nama jenis barangan 8,282 yang bakal turun.
Para pengguna yang berbilang kaum di Negara ini
tidak kira mereka golongan miskin tegar ataupun golongan kelongmerad ingin merasai dan menikmati harga barang
turun.
Ini terbukti gara-gara GST hingga The
Champion Bawl Clubpun turut mengenakan GST terhadap pelanggannya tetapi tiada
resit rasmi yang bercetak machine hanya menggunakan tulisan tangan boleh
percaya kah cara segitu rupa.
Saya fikir nanti kempen Pilihanraya Umum ke
14 (PRU-14) isu utama untuk mengguling kerajaan BN antara topic utama isi GST
dan kedua pengeluran Kad Pengenalan kepada PATI .
Saya tidak nafikan soal pembangunan sejak BN
memerintah di Sabah bermula dari tahun 1994 sehingga sekarang memang
banyak pembangunan perdana tumbuh macam
cendawan contoh macam jalan raya tetapi dari segi kehidupan rakyat yang miskin
bertambah papa kedanah yang kaya bertambah kaya apa lagi wujudnya GST.
Di Singapura ada GST tapi pendapatan mereka
subulan gaji paling rendah RM3,000.00 itu baru gaji tukang masak gaji para
pegawai kerajaan tentunya lebih dari RM3,000.00 di Negara Malaysia baru mula menikmati gaji tinggi
pekerja-pekeja di Supermarket RM800.00
sebulan kecuali kerja dengan Jabatan kerajaan gaji agak lumayan tapi mereka
bekerja dengan syarikat-syarikat ada dibayar gaji RM500.00 sebulan walaupun
penyelarasan gaji diseragamkan namun ada
syarikat tidak mampu membayar lebih RM800.00.
Apa-apapun fikir-fikirkanlah adakah
pelaksanaan GST membawa berkat kebaikan kehidupan rakyat seharian ataupun GST
benar-benar membeban rakyat dan peniaga keputusanya ialah PRU 14 nanti.
No comments:
Post a Comment