BY ADMIN
SANDAKAN:- Ahli Parlimen
Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt
berkata apabila harga minyak antarabangsa
mencatatkan kenaikan, kerajaan menaikkan tariff lektrik. Pada tahun 2014,
tariff elektrik SESB di Sabah mencatatkan peningkatan 16.9 peratus manakala
tariff elektrik TNB di Semenanjung pula hanya 14.89 peratus. Apabila harga
minyak antarabangsa menurun baru-baru ini, kerajaan hanya mengumumkan penurunan
yang sedikit iaitu sebanyak 3.5 peratus di Sabah manakala di Semenanjung pula
sebanyak 5.8 peratus. Kita dapat melihat wujud dua perbezaan yang ketara di
sini.
Persoalannya, mengapa tariff
elektrik di Semenanjung menurun lebih banyak daripada tariff di Sabah sedangkan
tariff di Sabah dinaikkan paling tinggi jika dibandingkan dengan seluruh
negara? Adakah Sabah dibuli? Hal ini amat tidak wajar berlaku kerana Sabah
mencatatkan jumlah kemiskinan paling tinggi di Malaysia. Ini menunjukkan sikap
dan polisi kerajaan BN yang tidak adil antara timur dan barat Malaysia.
Salah
satu bukti yang menunjukkan berlaku ketidakadilan antara timur dan barat
Malaysia adalah melibatkan capital contribution yang dikenakan oleh SESB ke
atas pemaju di Sabah jauh lebih tinggi daripada Semenanjung. Sebagai contoh,
satu unit rumah dikenakan capital contribution sebanyak RM3300 manakala di
Semenanjung hanya RM250, wujud perbezaan 13 kali ganda. Mengapa ini boleh
berlaku? Jelas, ia satu polisi menganaktiri dan mengeksploitasi Sabah.
Saya
berharap, menteri berkenaan memberikan perhatian dan bertindak segera terhadap
isu ini. Ia bukan isu politik tetapi isu yang melibatkan seluruh rakyat Sabah.
Kemudian,
saya difahamkan pula bahawa semua alasan atas kenaikan ini adalah kerana SESB
mengalami kerugian.
Perlu diingat, SESB merupakan anak syarikat di
bawah TNB yang mempunyai 80 peratus saham dan TNB telah mencatatkan keuntungan yang
besar. Dalam tahun 2014, TNB telah mencatat keuntungan sebanyak RM6.1 billion
ringgit, oleh itu ia perlu bertanggungjawab
ke atas SESB dengan membantu SESB dalam semua aspek.
Di samping itu, SESB juga telah
mencatatkan keuntungan sebanyak RM16 juta pada tahun lalu, jadi, adalah sangat
tidak munasabah jika SESB mengenakan caj yang tinggi ke atas pemaju dan pembeli
rumah.
Di sini
saya ingin tegaskan bahawa TNB bukan sebuah syarikat peribadi yang seperti
syarikat Sendirian Berhad biasa. Ia merupakan syarikat yang bersifat nature monopoly dengan membekalkan keperluan yang
paling asas kepada rakyat. Ia mempunyai tanggungjawab masyarakat atau social
responsibility.
Justeru saya minta Menteri mengambil isu ini dengan serius dan
mengendalikan isu elektrik Sabah dengan baik dan adil. Saya juga menggesa
supaya perkhidmatan elektrik di Sabah di bekalkan dengan baik dan mencukupi.
No comments:
Post a Comment