MAJLIS BERSAMA KANAK-KANAK SAN KARAMUNTING WALAU SEDARHANA TAPI PENUH MAKNA....RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: RAHIMAH ASRAH
Sabahinsider14.blogspot.com

BERUCAP....Rahimah  anak-anak bakal mewarisi perjuangan pimpinan negara



BATU SAPI:- Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita  dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batu Sapi Rahimah Asrah berkata Majlis bersama Pengawas,  Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas  Sekolah Agama Negeri (SN( Karamunting walaupun diadakan sedarhana tetapi membawa makna yang besar dalam erti kata lain.

Usaha sebegini rupa yang diusahkan oleh  Ustaz,Ustazah yang diketuai oleh Guru Besar SAN sebagai pemangkin  dalam menghargai mendidik anak-anak untuk yakin diri dalam menanam semangat  cintakan ilmu bagi mengukukuhkan jati diri sebagai generasi pewaris  perjuangan bagi menegakkan kalimah Allah.

Rahimah berkata demikiian ketika memberi ucapan dimajlis tersebut sempena lawatanya ke Sekolah Agama Negeri   (SAN) Karamunting pagi tadi.
 
Beliau menambah atas perkongsian usaha dan kerjasama sebegini rupa ia bukan sekadar dituntut oleh Agama Islam  bahkan   menjurus mengeratkan siratulrahim antara pemimpin setempat dan juga pihak sekolah disamping itu dapat mendekati kepada anak-anak bagi menyelami sendiri kehendak keperluan mereka.

“Saya difahamkan anak-anak ini amat berpotensi dan berbakat dalam bidang Kurikulum mahupun KoKurikulum.. Oleh itu seharusnya kita menyediakan frasarana dan program untuk menggilap dan menonjolkan bakat anak-anak  ini agar mampu bersaing di peringkat lebih tinggi” Ujarnya.

Selain itu kata Rahimah  untuk berjaya anak-anak diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gejalah negatif yang sekarang ini mudah diperoleh melalui perkembangan media massa yang mana kita disajikan dengan ledakan maklumat tanpa batasan.

“Jika tanpa pemantauan ibu bapa tidak mustahil anak-anak  didik kita yang dikenali sebagai gen Y ini akan mudah tertipu dan akhirnya terpedaya dengan dakyah negatif yang bisa menghancurkan dan memusnahkan keamanan dan kesejahteraan negara  termasuk membinasakan diri mereka.” Katanya

Dalam konteks ini kita sebagai Pemimpin kerdil  di peringkat sekolah anak-anak ini akan mewarisi kepimpinan negara di masa akan datng.

Oleh itu, bekalan ilmu dunia dan akhirat seharusnya seimbang dan menjadi pegangan agar mereka mampu lahir sebagai pemimpin masa depan yang bukan sahaja berketrampilan tapi berakhlak mulia... 

“Kami wanita UMNO dan juga Jawatankuasa MPWK P185 Batu Sapi  yang juga bergelar ibu amat memahami hasrat ibu bapa mereka yang ingin melihat anak-anaknya  ini berjaya satu hari nanti...

Sekali lagi didoakan agar usaha sebegini berterusan demi memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.. Tahniah kepada ustaz dan ustazah yang banyak berusaha demi keselesaan anak-anak didik mereka.. kami cuma membantu mana terdaya” Jelas Rahimah



No comments:

Post a Comment