OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: RAHIMAH ARSAH
KARAMUNTING:- Setiap kampung mahupun dikawasan perumahan dimestikan menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela
untuk membantu sekiranya berlakunya sesuatu bencana seperti kebakaran disesuatu
tempat.
Memandangkan kes kebakaran kini kerap berlaku ramai orang telah kehilangan harta benda yang
dikumpul bertahun-tahun lamanya adalah
wajar disetiap kawasan perumahan mahupun perkampungan menubuhkan Pasukan Bomba
Sukarela sebagai persedian kalau berlaku
sesuatu malapetaka yang tidak diundang itu.
Ketua Pergerakan Wanita Bahgian UMNO Batu Sapu Rahimah Arsah
berkata demikian ketika beliau membuat lawatan sambil menyaksikan pasukan bomba
sukarela Kampung Karamunting kelmarin.
Katanya setiap ahli mahupun pasukan bomba sukarela akan
diberi latihan intensif oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat bagaimana cara-cara memadam api sekiranya
sesuatu tempat itu kebakaran seperti
kilang-kilang dan juga rumah-rumah.
Rahima berkata Pasukan Bomba Sukarela dan Penyelamat
Kampung Karamunting yang dipengerusi oleh Puan Oliah Juwita yang mempunyai ahli seramai 30 orang memang
sentiasa mengikuti latihan yang dijalankan oleh Pasukan Bomba dan penyelamat.
“Saya amat menghargai peranan dan sumbangan Puan Oliah merupakan satu-satunya pengerusi
wanita untuk pasukan sukarela Bomba dan Penyelamat di Malaysia,
kita berbangga dengan semangat yang ditunjukkan dan membuktikan wanita mampu
menyumbang bakti pada negara walau apa bidang sekali pun... Alhamdulillah
semoga usaha membawa kebaikan demi Tanah air tercinta” Rahimah.
No comments:
Post a Comment