OLEH: LEE KON
CHOI@ABDULLAH LEE
SHAIMON S JUMADI
Zakaria (tengah) bersama
pegawai lain sedang meneliti laporan cadangan menaiktaraf Pasar Tamu Gum Gum
semasa lawatan kerja beliau kelmarin
GUM-GUM Pasar Tamu Gum Gum dan Dewan Serbaguna Gum Gum
yan terletak di Batu 16 Jalan Labuk akan dinaiktarafkan untuk dijadikan salah
satu lagi destinasi tarikan pelancong di Sandakan.
"Kawasan Gum Gum
ini terletak dalam hab pelancongan di Sandakan dimana terletaknya beberapa
destinasi tarikan pelancong terkenal seperti Pusat Pemuliharaan Orang Utan
Sepilok," Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji
Mohd Edris memberitahu media selepas mengadakan lawatan kerja untuk meninjau
projek-projek pembangunan di kawasan beliau kelmarin
Turut hadir ialah
Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Haji Awang
Supain, Pemimpin Pembangunan Masyrakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai
Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz, pegawai-pegawai MPS serta pemimpin
masyarakat setempat.
Cadangan menaiktaraf dua
kemudahan ini bersesuaian memandangkan kedudukan strategik kawasan Gum Gum yang
terletak dalam kawasan pelancongan di Sandakan,kata Zakaria.
Kita berharap dengan
menaiktarafkan Pasar Tamu Gum Gum yang berkeluasan 36,000 kaki persegi (150 x
80 meter persegi) akan dapat mempromosikan produk-produk tempatan dengan
menarik lebih pelancong untuk mengunjung ke situ, tambah Zakaria.
“Kita juga bercadang
menganjurkan program tamu besar peringkat negeri di Pasar Tamu Gum Gum apabila
siap kerja-kerja menaiktaraf nanti dan ini (pasar tamu besar) akan disenaraikan
dalam kalendar Festival Sandakan sebagai satu acara tahunan peringkat daerah
selepas itu,” katanya lagi.
Menurut Zakaria,
pemohonan akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk mendapatkan peruntukan
bagi melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf Pasar Tamu Gum Gum dan Dewan
Serbaguna Gum Gum.
“Anggaran kos untuk
menaiktaraf kedua-dua kemudahan ini ialah antara RM 1 hingga RM 2 juta, tambah
Zakaria.
Satu lagi projek
pembangunan yang dicadangkan untuk DUN Gum Gum ialah mewujudkan Pekan Baharu
Gum Gum, kata beliau.
“ Buat masa ini,
cadangan projek masih ditahap pembincangan awal diantara Majlis Perbandaran
Sandakan dan Jabatan Perancang Bandar Negeri. Minggu depan kedua-dua pihak ini
akan mengadakan satu lagi mesyuarat,” kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.
No comments:
Post a Comment