CAFE PASIR EMAS DAPAT SIJIL PENERAFAN KERBESIHAN DARIPADA MPS

OLEH: SHAIMON S  JUMADI

JAMES WONG.....Serah Sijil Penerafan Kebersihan Primes Makanan



SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah menyampaikan sijil penerafan kebersihan premis makanan kepada beberapa restoran dan kafe di bandar ini kelmarin.

Ia berikutan usaha MPS yang melaksanakan operasi penggredan ke atas setiap premis supaya garis panduan sedia ada sentiasa dipatuhi para pengusaha apabila menyediakan makanan di premis masing-masing.

Untuk itu, Kafe Gimsa Pasir Emas Cafe yang terletak di Pasir Putih, Jalan Bokara mendapat pengiktirafan sebagai sebuah kafe sangat bersih sekali gus menjadikannya yang pertama mendapat penarafan A daripada pihak MPS.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong menyampaikan sijil penafaran kepada pemilik kafe berkenaan dalam satu majlis ringkas yang dihadiri bersama oleh Pengerusi Jawatankuasa Unit Kebersihan Awam MPS iaitu Lily Au dengan jawatankuasanya.

Bercakap kepada pemberita semasa ditemui, Lily berkata pengiktirafan yang dibuat terhadap premis kafe ini mengambil kira mutu dan kebersihan premis sentiasa terjamin di samping penyediaan makanan teratur.

Katanya, penggredan merangkumi pelbagai tahap kebersihan seperti aspek pengendalian makanan yang selamat selain persekitaran bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran.

"Kafe Ginza adalah merupakan premis makanan yang pertama mendapat penarafan sangat bersih atau A yang membolehkan ia menjadi contoh kepada premis-premis lain di daerah ini.

"Premis yang kedua turut menerima penarafan A ialah Restoran Nusantara di Bandar Megah, Batu 7. Kebersihan restoran ini juga memang memuaskan hati ... selepas ini, kami akan bergerak ke sana untuk menyampaikan pelekat A kepada pemiliknya," kata beliau berseloroh.

Beliau menambah penarafan dibuat terhadap premis-premis makanan adalah melalui proses pemeriksaan yang telah pun dijalankan jawatankuasa unit kebersihan sepanjang pelaksanaan operasi penggredan.

Menurutnya, penggredan merangkumi pelbagai tahap kebersihan dibuat terhadap lebih 500 buah premis makanan di seluruh daerah ini.

Beliau berharap para pengusaha premis makanan dapat memberikan kerjasama dengan mempertingkatkan tahap kebersihan termasuk memastikan makanan yang disediakan adalah 

selamat untuk dimakan.

Ini katanya, timbul rungutan dan aduan kononnya sesetengah premis makanan tidak mengikut garis panduan sedangkan pihaknya sudah pun mewar-warkannya menerusi pendekatan 

tertentu agar pentingnya menjaga kebersihan demi kepentingan semua pengguna.

Tambahnyan, penggredan akan dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan pihak kerajaan supaya pengusaha premis sentiasa mengikuti garis panduan daripada segi penyediaan 

makanan dan sebagainya.

"Selain penyediaan makanan, kawasan premis seperti tandas umpamanya mestilah juga bersih di samping tidak boleh menghalang laluan. Pemantauan yang dibuat bukan sahaja di 

dalam premis mahu pun luar, tetapi juga belakang premis pun akan diperiksa sekali.

"Penggredan yang dikuatkuasakan ini penting supaya kita dapat menjaga alam sekitar memandangkan keadaan di pelupusan sampah semakin penuh, jadi kitar semula sangat 

penting," ujarnya.

Katanya lagi, dengan adanya penggredan terhadap premis makanan sudah pasti membantu pengguna terutamanya pelancong dalam dan luar negara menikmati suasana premis yang 

lebih bersih sekali gus merancakkan sektor ekonomi di bandar ini.

Ini kata Lily, tidak dinafikan bahawa kerancakan ekonomi yang pesat apabila pengusaha premis makanan sentiasa menitikberatkan kebersihan di setiap premis masing-masing.


No comments:

Post a Comment