SOROTAN DARI MEJA EDITOR KANAN
SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14.blogspot.com
SEBAGAI seorang ahli UMNO sama ada
diperinkat negeri, Bahagian, Cawangan dan juga diperingkat akar umbi harus
menyokong kedua-dua pucuk pimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga
kepimpinan negeri Datuk Seri Musa Hj
Aman.
Kerana kedua-dua pucuk pimpinan bukan
saja merupakan pemimpin yang berkeliber mereka juga seorang pemimpin yang berjiwa rakyat banyak membangunkan
dalam pelbagai aspek perdana pembangunan asas di dalam Negara dan juga negeri.
Jujur saya katakan sebagai ahli UMNO kawasan Beluran yang juga
selaku Ketua Bahgian UMNO Beluran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sugut yang menang bertanding pada PRU13 lalu saya terus memberikan sokongan
padu yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan Pengerusi Perhubungan
UMNO/BN Negeri Sabah yang juga selaku Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Musa
Hj Aman.
Sejak Musa dilantik sebagai Ketua
Menteri dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri Sabah banyak berubah wajah dalam aspek
pembangunan asas sama ada di kawasan luar Bandar,kawasan Bandar juga kawasan
dipersisiran pantai.
Biarlah saya berterus terang saja
saya memberi kenyataan terbuka di Portal The Borneo Sabah Insider.Net
ini bukan bertujuan untuk membodek atau
nak angkat kaki kepada Ketua Menteri Sabah akan tetapi apa yang saya perkatakan
ini dengan hati yang telus dan ikhlas memang menjadi realitinya kepimpinan Musa
sebagai Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sabah
harus dikekalkan sehingga beliau sendiri mengundur diri, kerana beliau sebagai
pemipin negeri memang tiada tolok bandingan jika dibandingkan dengan lain-lain
pemimpinian6ya sukar untuk dicari ganti
Disini saya ingin mengajak rakan-rakan
seperjuangan dalam UMNO mahupun Komponen BN marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu yang tidak berbelah
bagi terhadap pucuk pimpinan Datuk Musa untuk terus menerajui kepimpinan
sebagai pemimpin nombor 1 dalam Sabah untuk terus mentadbir kerajaan BN sebagai
wadah perjuangan politiknya dipersada politik tanah air.
James Ratib berkata panjang lebar kepada Editor The Borneo Sabah Insider.Net
semasa menjamu selera makan tengahari selepas upacara merasmikan Mesyuarat Agung
Tahunan Ke 22/2015 Persatuan Nelayan Sandakan (PNK) di Dewan Masyarakat
Sandakan pagi tadi.
No comments:
Post a Comment