OLEH: AZMI AZMAN

Zakaria meminta
mangsa-mangsa kebakaran untuk bersabar kerana usaha-usaha kini sedang dilakukan
untuk mendapatkan agensi-agensi kerajaan menyalurkan bantuan kepada mereka.
"Saya sudah
berhubung dengan Pengarah Majlis Keselamatan Negara , Negeri Sabah dan beliau
akan menyediakan bantuan yang akan diberikan kepada mangsa," tambah
Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri,
kelmarin selepas dimaklumkan berhubung kebakaran tersebut.
.jpg)
Zakaria memberitahu
bahawa beliau turut akan momohon kepada Kerajaan untuk memberi bantuan kepada
mangsa-mangsa kebakaran.
Beliau juga meminta
Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu-individu tampil untuk
bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa terbabit.
Seramai 35 orang
kehilangan kediaman dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh buah rumah kelmarin.
Mangsa-mangsa kini ditempatkan sementara di Dewan Gum Gum dan akan dibekalkan
bantuan makanan oleh pihak Jabatan Kebajikan Sandakan.
Penguasa Jabatan Bomba
dan Penyelamat Zon Sandakan Andree Anddre Andrew berkata pihaknya menerima
panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi.
Tiga jentera dan dua
buah kenderaan utiliti bersama 14 anggota bomba yang diketuai beliau
telah bergegas ketempat kejadian.
Menurut Anddre, mereka
tiba dilokasi pada jam 9.08 pagi dan memulakan operasi pemadaman dan berjaya
mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah lain pada jam 9.37 pagi.
Punca kebakaran dan
kerugian masih dalam siasatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian
tersebut.
No comments:
Post a Comment