JEMUR UDANG KERING DIPIJAK-PIJAK ANJING...JIJIK/JOROK BETUL


Oleh: ABDUL GHANI HARON

JIJIK UDANG KERING ...Jemu Dipijak-Pijak Anjing Boleh Tahan


SAYA  biasa ke Kuala Gula,Perak membawa keluarega makan ketam lembut dalam sebuah restoren dalam sungai.Tersesaat jalan,lalu tiba ke kawasan orang Cina menjemur udang dan ikan buat kering.Mereka kelihatan mencelup atau membasuh udang yg direndam dalam air parit yg seperti air acar rumah kita dikampung,sangat jijik.

Jemuran ini dibuat disepanjang tepi jalan dan mana saja ada kawasan.Saya tersesat ke sebuah tokong dan kelihatan anjing berlari lari atas jemuran udang dan ikan selain ada yg tidur berguling atasnya.Bila tiba di restoren,saya bertanya hal itu pada kawan yg selalu datang,mereka mengatakan itu kebiasaan,dan mereka memang tak makan udang dan ikan kering.Teringat juga semasa menghadiri mesyuarat di Pulau Pangkor dulu,dari bilik hotel jelas kelihatan anjing berlari atas jemuran udang,Saya tak beli dah udang kering kalau bukan made in melayu.

Ada orang sangat suka makan gelama masam,tenggiri masam, dan temenung(kembung) lengat.Memang sedap makan dg nasi panas atau nasi kerabu.Hukum ikan yg diperam atau dimasak dg najisnya tidak dibuang dahulu adala haram dimakan kerana najis akan bercampur dg isi.Ikan yg biasanya kecil seperti bilis sahaja diharuskan.

Dengan  itu ikan gelama masam,tenggiri dan temenung lengat tidak boleh dimakan jika tidak dibuang perutnya sebelum diperam atau dilengat.Diutara telah ada orang melayu buat gelama masam halal dg membuang perutnya.Bertanyalah dulu pada penjual sebelum membeli.Ini bukan soal perkauman tetapi soal orang bukan Islam yg mengeluarkan makanan tidak meperduli aspek kebersihan,tidak terikat hal halal haram.

Perkara ini saya utarakan kerana kita kadang kala tak sedar memakan benda haram.Tabiat makan ikan masin dan ikan masam ini telah lama berlaku,dan ia dibuat boleh orang bukan Islam yg tidak mengambil kira soal halal haram kerana agama mereka tidak ada masalah tersebut.

Soal nak rendam dalam air longkang,mereka tak peduli dan tak rasa bersalah,soal anjing nak berlari dan kecing dlm jemuran,mereka tak peduli.Yg jadi soal,pada kita.Kita patut memilih.kita patut sediakan makanan kita sendiri,kita patut menyelidik sesuatu yg nak dimasukkan dalam perut kita kerana ia akan menjadi darah daging,kerana kita terikat pada halal haram..

Perangai ambil mudah itulah yg menyebabkan seorang kawan Cina saya berkata ,”Lu Melayu cakap tarak makan babi aa,lu makan lagi manyak dari kita loo,dlm kicap ada tulang babi,dalam mee dan kuewteow ada minyak babi, ,ada keropok goreng guna minyak babi,ada biskut campur lemak babi,ada kuah rojak campur darah babi.Lu cakap tarak makan kotor aa,ikan kering rendam dlm kotor punya air,udang jemur tepi jalan anjing tolong jaga,lu tau ka kuah rojak cina pakai darah ayam, itu sebab warna merah tua dan sedap,,sos cili pakai...aiya,manyak mau cerita laa.Sendiri pike loo.

Sudahlah  begitu beberapa ekor anjing berjalan diatas udang-udang yang jemur memijak mijak udang itu bagusnya punya taukey .
  
NAK PASTI MAKANAN BERSIH DAN HALAL,SEDIAKAN SENDIRI.JIKA TIDAK,PASTIKAN ANDA TAHU IA BENAR-BENAR BERSIH DAN HALAL.
ABD GHANI HARON


No comments:

Post a Comment