OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kerajaan Persekutuan yang berpuas hati
dengan pelaksanaan GST, dan dijangka kerajaan akan memperoleh pendapatan tambahan
sebanyak RM22 billion.
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong menyangkal dakwaan itu tentang pendapatan tambahan tersebut sebenarnya
kebanyakan adalah daripada golongan miskin sahaja.
Beliau
berkata, menurut statistik rasmi, kini terdapat 80% orang tidak layak membayar
cukai pendapatan, ertinya kebanyakan orang mendapat gaji bulanan kurang
daripada RM2500. Beliau berkata, golongan ini menghadapi tekanan kehidupan yang
berat, pelaksanaan GST akan mengakibatkan pendapatan boleh dibelanja golongan
ini berkurangan.
Kata
beliau, golongan ini tidak berupaya untuk membayar cukai, bermakna mereka juga
tidak mencapai tahap untuk membayar cukai, kerajaan harus membantu untuk
menambahkan pendapatan, supaya mereka mampu membayar cukai, bukanlah wujudkan
sistem cukai yang “adil”, menyebabkan semua orang tanpa mengira kaya atau
miskin juga perlu membayar cukai, menambahkan beban orang miskin.
Wong
yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berpendapat bahawa, kerajaan sepatutnya
menyemak semula prestasi kewangan, bukannya memaksa orang miskin membayar
cukai.
Prestasi kewangan kerajaan yang kurang ketelusan dan tidak memuaskan,
mengakibatkan banyak pembaziran, kerajaan harus mengambil tindakan mengatasi
masalah berkenaan, termasuk menghentikan rasuah, barulah dapat menjimatkan
perbelanjaan kerajaan. Jika dapat mengurangkan pembaziran dan rasuah, maka
kerajaan pasti dapat memperoleh pendapatan cukai lebih daripada RM22 billion.
Sebagai
contoh, Malaysia adalah negara pengaliran keluar wang haram yang ke-5 teruk di
seluruh dunia. Pada tahun 2012 sahaja, RM170.7billion telah mengalir keluar.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan pembaziran dana awam, seperti kes
penyelewengan dan hutang 1MDB sebanyak RM46billion, kes projek lembu sebanyak
RM250 juta, Kes Pelabuhan Klang sebanyak RM12.5billion, Pembelian jet baru
Perdana Menteri RM465juta, kes kewangan pangkalan tentera udara, laporan audit
mendedahkan RTM membayar RM100juta kepada Telekom tanpa menandatangani
perjanjian dan lain-lain, semua ini adalah kes penyelewengan dan pembaziran
yang serius, jika dapat dibendung, maka negara kita pasti dapat menjimatkan
lebih banyak perbelanjaan.
Kata
beliau, masih terdapat banyak kes yang berulangan berlaku, pihak berkenaan
tidak memandang serius dan mengatasi masalah. Kerajaan yang tidak integriti dan
kurang ketelusan mengakibatkan banyak kes pengaliran wang haram dan rasuah
berlaku.
Mengurangkan kejadian rasuah dan wang haram untuk menambahkan lebih
banyak pendapatan negara, adalah lebih baik daripada mengenakan GST untuk
mendapatkan RM22billion.
Beliau juga berpendapat bahawa, GST akan
menyebabkan masalah jurang kemiskinan semakin serius, kerana golongan miskin
dikenakan cukai yang lebih banyak dari segi kadar, perbelanjaan bulanan
bertambah, tambahan pula kini pasaran suram, lagi susah untuk meningkatkan
pendapatan.
Pada masa ini, Malaysia merupakan salah satu negara yang mengalami
jurang kemiskinan yang teruk, Sabah juga merupakan antara negeri yang paling
miskin di dalam negara, jika GST terus dilaksanakan, ini akan terus
meningkatkan jurang kemiskinan, menindas kepentingan orang miskin, menyebabkan
orang kaya semakin kaya, yang miskin pula semakin miski
No comments:
Post a Comment