OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Ahli Parlimen Kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan
Malaysia dan jawapan bertulis daripada Menteri Kesihatan Datuk Subramaniam di
Dewan Rakyat terdapat perubatan di Sabah
masih jauh ketinggalan berbanding dengan negeri yang lain, Kerajaan Persekutuan
harus meningkatkan sumber perubatan, menambahkan peruntukan dan bajet dalam
RMK11 yang bakal datang, supaya standard pembangunan perubatan di antara Sabah
dengan Semenanjung dan seluruh negara adalah sama-rata.
Beliau
berkata, mengikut cara pengiraan organisasi antarabangsa, salah satu cara untuk
menyemak keadaan sumber perubatan bagi sesuatu negara, adalah dengan mengira
nisbah katil dan doktor kepada penduduk. Disebabkan populasi penduduk Sabah
semakin meningkat, lebih banyak sumber perubatan perlu dibekalkan, untuk
memastikan setiap orang dapat menikmati kemudahan perubatan.
Menurut
jawapan bertulis daripada Kementerian Kesihatan kepada MP Sandakan di Dewan
Rakyat, kerajaan sedang dalam usaha untuk meningkatkan nisbah bilangan katil di
hospital Sabah bagi setiap 1,000 penduduk daripada 1.92 pada tahun 2012 kepada
2.5 menjelang tahun 2030.
Secara
keseluruhannya pada tahun 2013, terdapat 24 buah hospital termasuk Institusi
Perubatan Khas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) di negeri Sabah dengan
jumlah katil rasmi sebanyak 4,555 buah. Berdasarkan perangkaan penduduk yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk di Sabah pada
tahun 2013 adalah 3.428 juta. Pada tahun 2013, nisbah katil hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia kepada penduduk di Sabah adalah 1.3 katil bagi
setiap 1,000 orang, manakala tahun 2005 adalah setiap 1,000 orang 1.2 katil.
Pada
tahun 2013, nisbah katil paling tinggi adalah daerah Beaufort iaitu 3.8 katil
bagi setiap 1,000 penduduk, manakala nisbah yang paling rendah adalah daerah
Kinabatangan iaitu 0.4 katil bagi setiap 1,000 penduduk.
Dengan
ini, Wong mengkritik kerajaan tidak menyediakan sumber perubatan yang
mencukupi, kerana dari tahun 2005 setiap 1,000 orang 1.2 katil, sehingga tahun
2013 setiap 1,000 orang 1.3 katil, hanya menambah 0.1 katil, walaupun tiada
penurunan, tetapi ini menunjukkan kerajaan tidak berusaha untuk menambahbaik
dan meningkatkan nisbah.
Selain
itu, menurut jawapan yang diberikan dalam Dewan Rakyat, pada tahun 2013, jumlah
doktor yang berkhidmat di negeri Sabah adalah 2,778 orang. Jumlah ini meliputi
doktor yang berkhidmat di sector Kerajaan dan swasta. Nisbah doktor kepada
penduduk di negeri Sabah pada tahun 2013 adalah seorang doktor kepada 1,234
orang berbanding tahun 2005, iaitu seorang doktor kepada 2,485 orang.
Secara
keseluruhan, jumlah doktor di Malaysia pada tahun 2013 adalah 46,916 orang
meliputi sektor awam dan swasta. Nisbah doktor kepada penduduk Malaysia pada
tahun 2013 adalah seorang doktor kepada 633 penduduk.
Namun
begitu, beliau berpendapat bahawa statistik ini akan meningkat jika
mengecualikan doktor di sektor swasta, kerana bukan setiap orang mampu
mendapatkan perkhidmatan hospital swasta, manakala hospital kerajaan kekurangan
sumber perubatan pastinya akan menyebabkan ramai orang tidak mendapat
perkhidmatan perubatan .
Wong
berkata, mengikut statistik didapatkan oleh beliau, pada tahun 2005, nisbah doktor
kepada penduduk di Sabah adalah setiap doktor kepada 2,719 orang, merupakan
negeri yang paling kekurangan doktor. Pada ketika itu, nisbah doktor kepada
penduduk seluruh negara ialah seorang doktor kepada 1,396 orang, dan Kuala
Lumpur telah mencatat nisbah yang unggul iaitu setiap doktor kepada 396 orang,
jauh lebih rendah berbanding dengan sasaran WHO iaitu setiap doktor kepada 600
orang.
Tetapi,
pada tahun 2013, walaupun nisbah doktor kepada penduduk seluruh negara ialah
seorang doktor kepada 633 orang, hampir mencapai sasaran, tetapi keadaan di
Sabah tidak baik, setiap doktor kepada 1,234 orang, lebih teruk daripada nisbah
tahun 2005 di Kuala Lumpur, masalah ini perlu dipandang serius.
Beliau
berharap kerajaan dapat menyediakan perancangan dan memberikan sumber dan
peruntukan yang mencukupi semasa membentangkan RMK11 di persidangan Parlimen
yang akan datang, supaya jurang nisbah doktor kepada penduduk Sabah dapat
dikurangkan dalam 5 tahun yang akan datang, menambahkan bilangan doktor di
Sabah supaya selaras dengan tahap antarabangsa. Beliau berharap kerajaan dapat
memandang serius terhadap masalah ini , kerana walaupun masalah sumber
perubatan di Sabah telah bertambah baik, tetapi masih jauh ketinggalan dan
kekurangan berbanding dengan Semenanjung atau Kuala Lumpur.
Beliau
juga berharap dalam RMK11, kerajaan dapat memasukkan lagi banyak rancangan yang
memanfaatkan rakyat Sandakan, seperti menaiktarafkan kemudahan asas hospital
Sandakan contohnya membina tapak letak kereta, menubuhkan pusat rawatan tumor
supaya pesakit kanser dapat menerima rawatan di Sandakan, dan membekalkan
peralatan radioterapi kepada hospital Sandakan, memudahkan pesakit di Sandakan
dan Pantai Timur Sabah mendapat kemudahan perubatan, pesakit tidak perlu
bersusah-payah pergi ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu untuk mendapatkan
rawatan.
No comments:
Post a Comment