OLEH: SHAIMON S JUMADI
MENZIARAHI MANGSA TEMBAKAN...... Samsudin dan Rahimah melawat mangsa tembakan Tahir Mamong di Wad HDOKS kelmarin
SANDAKAN:- Perbezaan idologi
politik bukanlah satu penghalang untuk berintraksi satu sama lain kawan tetap
kawan yang susah perlu dibantu.
Ini jelas kedua pemimpin
daripada Batu Sapi iaitu Datuk Haji Samsudin Yahya Ketua Bahagian UMNO
Batu Sapi an Rahimah Asrah Ketua Wanita
Bahagian UMNO Batu Sapi yang berjiwa rakyat bersama rombongannya
melawat/menziarahi Mohd Tahir Mamong di Wad Hospital Duchess of Kent Sandakan
yang kena tembak oleh perampok (perompak) minggu lepas di Melangking Estate.
Kata Rahimah kita sesama insan perlu bantu membantu apa lagi dia
mengenali Tahir Mamong sudah sekelian lama walaupun perjuangan tidak sehaluan atas dasar kita simpati apa yang
berlaku menimpa dirinya.
“Kami berdoa semuga Tahir
cepat sembuh apa yang terjadi menimpa pada diri ada hikmah disebaliknya” ujar
Samsudin/Rahimah.
Samsudin merayu kepada pihak
Polis agar membuat operasi besar-besaran di Ladang Melanking dan Ladang Tung
Sang untuk memburu dan menjejaki perompak-perompak itu yang masih keliaran dalam ladang-ladang berhampiran kemungkinan
akan melakukan lagi rampokan
diladang-ladang lainnya” ujarnya.
No comments:
Post a Comment