TUN MAHATHIR PERSOALKAN MANA PERGI DANA 1MDB?

SOKONG PEMIKIRAN BUKAN INDIVIDU
(Mahathir muncul sebagai pendikar)

NUKILAN ISMAIL Y BUNGSU
PRINSIP saya cukup jelas, saya sokong pemikiran dan tindakan yang baik tetapi jika tindakan tak betul maka sesiapa saja baik PM atau sang raja tetap saya bantah sebab kita sama saja di mata Allah kala mati bakal bawa pahala/amal yang kita lakukan di dunia ini.

Ramai pemimpin menyokong parti bila ketuanya membawa kebaikan, tetapi bila ketuanya lupa diri maka ada pemimpin meninggalkan parti itu bermakna ia punya prinsip sokong pemikiran, tindakan dan bukan individu.
Prinsip ini bermakna tidak mungkin kita ikut individu yang mahu terjun ke gaung dan jika ada jelas yang berkenaan bodoh sebab punya prinsip sokong individu bukan pemikiran dan tindakan.
Memang saya akui Mahathir seorang pemimpin yang bijak sebab dia seorang doktor manusia yang harus bertindak ikut ilmunya dan bukan pandangan orang lain. pandangan orang lain sekadar ilmu tambah untuk dia bertindak sebagai doktor yang mahu membedah pesakit. di situlah kelebihannya Mahathir.
Kelebihan itu juga ia gunakan kala dia tahu di Sabah bakal susah dikuasai dan akhirnya dia halalkan pemberian IC kepada pendatang asing secara meluas dan kesannya berbondong orang asing keluar masuk kala pintu terbuka luas dan kemudian begitu mudah mendapatkan IC terus menjadi pengundi BN dengan niat kekalkan kuasa dan ini kita tidak terima sebab menyusahkan rakyat lokal sendiri.
Sekarang ini Mahathir tiba-tiba muncul sebagai pendikar yang hebat dan apa lagi kaki ampu, bodek yang tidak mendapat habuan dari Najib terus menjadi pencacai dan memuji Mahathir sebagai penyelamat tetapi sayang taringnya sudah tiada setelah selesai duduki kerusi sakti selama 22 tahun dan usia sekarang 89 tahun.
Memang apa saja yang Mahathir katakan itu kita setuju, tetapi bukankan dia sama saja dua kali lima kala berkuasa dulu dan bukankah anaknya itu muncul sebagai orang terkaya di Malaysia dan kala mahu muflis dia arah petronas beli kapal buruk milik anaknya sendiri dengan harga mahal iaitu 1.8 bilion?
Kalau Najib duduki PM dan kasih kaya adiknya sendiri yang juga muncul terkaya di Malaysia dan kemudian bantu anak tiri bikin filem porno di barat/tak diizin tayang di Malaysia dengan kos dekat setengah bilion dan kemudian sesuka hati isteri najib guna jet, beli cincin dan kondo puluhan juta di barat, lalu apa salahnya?
Bukankah itu juga berkat didikan Mahathir dan kenapa pula Najib yang disalahkan dan semula dipersoalkan ke mana perginya dana 1MDB dan gasak wang poket rakyat termiskin dengan cara laksana GST?
Ah, sama saja dua kali lima dan lima kali dua. Kong atas king, king bawah kong sama dengan kong kali kong. PR jangan mudah goyah dan harus jalan terus hadapi PR-14 untuk merubah kerajaan yang maknanya selamatkan negara dari kerakusan pemimpin yang tamak, gila kuasa dan salah guna kuasa hingga rakyat Malaysia menderita.

No comments:

Post a Comment