OLEH: AZMI AZMAN
FOTO: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Pergerakan
Wanita UMNO merupakan tulang belakang dan sayap kanan kepada perjuangan UMNO
Bahagian disaran meningkatkan kerjasama bagi menggembling tenaga untuk mempertabatkan
perjuangan UMNO dipersadah politik tanah air.
Perjuangan kaun wanita juga
amat diperlukan bagi membantu merealisasikan dan memantabkan perjuangan UMNO
khususnya berdepan dengan musuh-musuh politik yang sentiasa ingin menggugat
kestabilan keharmonian dan perpaduan erat di kalangan ahli-ahli UMNO.
Samsudin berkata UMNO adalah parti untuk orang Melayu
khususnya bumiputera perjuangannya adalah untuk membela nasib kaum dan bangsa
Melayu dalam meningkatkan ekonomi dan pelbagai aspek disamping itu UMNO juga
adalah rakan perjuangan dalam komponen Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti
lain seperti MCA,MIC Gerakan, PBS, LDP, UPKO dan PBRS yang berperanaan untuk
membela kaum masing-masing di tanah air.
Katanya lagi sejak BN/UMNO
memerintah negeri Sabah bermula dari tahun 1994 sehingga sekarang rakyat
dinegeri ini banyak menikmati kemudahan-kemudahan asas yang disalurkan oleh
kerajaan BN untuk rakyat jelata tanpa
mengira siapa mereka.
Contoh yang terdekat tambah
Samsudin dikawasan-kawasan luar Bandar penduduk-penduduknya telah menikmati
pelbagai kemudahan seperti jalanraya Klinik Desa, Sekolah, bekalan elektrik,
surau-masjid, air paip dan sebagainya.
Dari itu kata Samsudin rakyat pada hari ini harus
bersyukur dengan pemimpin-pemimpin BN yang sentiasa memikirkan dan
menitikberatkan soal kebajikan rakyatnya yang banyak menyalurkan projek-projek
pembangunan. Perdana.
“Kami selaku Pergerakan
Wanita UMNO Batu Sapi sama ada diperingkat Bahagian,Cawangan dan akar umbi
berikrar akan taat setia kepada pimpinan
Ketua Bahagian dalam menerajui kepimpinannya sehingga akhir hayat itu janji
kami” tegas Rahimah.
Mesyuarat Berkelompok
Cawangan-Cawangan Wanita UMNO Batu Sapi
yang dilangsungkan hari ini telah dihadiri lebih 161 ketua-ketua
cawangan daripada pelbagai kampung.
Turut Hadir ialah Puan Vijay
dari MIC Sandakan termasuk AJK Bahagian UMNO Batu Sapi.
No comments:
Post a Comment