OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Tindakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Saten yang memarahi pegawai
Jabatan Imigresen Persekutuan dan Negeri dengan perkataan (Bodoh-Malas)
kerana mengakibatkan ramai pendatang haram memasuki Sarawak dan
videonya tersebar luar di Internet ini
merupakan satu tindakan berani dan wajar dicontohi oleh mana-mana pemimpin
kerajaan BN.
Timbalan
Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong mencabar
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mencontohi Adenan, membetulkan Jabatan
Imigresen dan memastikan semua pegawai hal ehwal imigresen menjalankan tugas
dengan baik, melarang pendatang haram memasuki Sabah.
Kata
beliau, Adenan geram dengan masalah pendatang haram dan memarahi pegawai,
menunjukkan beliau bertekad untuk melarang pendatang haram memasuki Sarawak,
tindakan beliau amat disanjungi. Jika Sarawak tidak mengambil langkah
pencegahan, maka negeri tersebut bakal menjadi seperti negeri Sabah yang kedua tidak
putus-putus dibanjiri pendapatan haram.
GAMBAR HIASAN
Namun
demikian, seribu lebih pendatang haram hanyalah kes kecil di Sabah, kerana kini
populasi pendatang haram di Sabah dijangka adalah beratus-ratus ribu kali ganda
berbanding dengan Sarawak.
Wong
berkata, beliau amat kecewa dengan pemimpin Sabah, jika pada 1970 hingga ke
tahun 80an kerajaan Sabah terdapat pemimpin seperti Adenan, maka hari ini Sabah
tidak akan menjadi begini dibanjiri ooleh pendatang haram. Disebabkan tiada pemimpin yang reti mempertahankan
kepentingan rakyat Sabah, rakyat Sabah telah dikhianati oleh pemimpin.
Menurut
kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, beliau mengakui dirinya
mengizinkan pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram, kerana beliau
memberikan kad pengenalan mengikut cara yang “sah”, menyebabkan masalah
pendatang haram semakin meleluasa. Masalahnya ialah, apabila Mahathir berbuat
demikian, mengapakah pemimpin Sabah pada ketika itu tidak mempertahankan
kepentingan Sabah, terutamanya hak kuasa hal ehwal imigresen adalah hak kuasa
kerajaan negeri, tetapi pemimpin Sabah tetap tidak berupaya menghalang masalah
ini, menyebabkan kini kita menghadapi akibat yang buruk.
Wong
yang juga Ahli Parlimen Sandakan mencabar Musa Aman, adakah Musa berani
bertindak seperti Adenan, memarahi Mahathir dan pegawai Jabatan Imigresen yang
lalai dalam melaksanakan tugas, serta bertindak secara serius untuk menghalang
kemasukan pendatang haram?
Kini Musa Aman dan Pairin diberi kuasa untuk
mengetuai Jawatankuasa Teknikal di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja, adakah
mereka yang sebagai Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri berani untuk
menyelesaikan masalah pendatang haram sebelum pilihan raya umum?
Sekurang-kurangnya mengemukakan cara penyelesaian yang khusus?
Yang
paling penting ialah, adakah parti komponen BN yang bukan UMNO berani
mempertahankan kepentingan Sabah, belajar dari Adenan, bergabung mengkritik
dasar persekutuan yang tidak adil kepada Sabah dan Sarawak, dan bersama-sama
dengan Pakatan Rakyat menolak UMNO?
No comments:
Post a Comment