DARI KACAMATA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
sabahinsider14.blogspot.com
KEWUJUDAN Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods
Services and Tax/GST yang sekarangpun sudah dilaksanakan oleh kerajaan bermula 1hb April ini walaupun pahit terpaksa ditelan bukan seorang
dua orang yang meraih keperitannya malahan seluruh masyarakat di Negara ini.

Malang sekali
terdapat berapa kedai runcit kita tidak tahu sama ada mereka
berdaftar dengan pihak Katam atau
disebalinya mereka terikut mengenakan
caj GST 6% tambahan lagi banyak barang-barang niaga mereka turut dinaikan
sehingga 80 peratus daripada 30 sen sehingga RM2,00.
Contoh peniaga khususnya
penjaja-penjaja kecil di berapa kiosh juga terikut-ikut mengenakan caj GST
kepada pelanggannya yang membeli barangan mereka.
JERUK TAMBAH ASAM AMOI (FAH MOI) Dikenakan caj GST tambah 50 sen
Seandeainya merekapun
berdaftar dengan pihak yang berkenaan orang tak kisah sangat sebab ini salah satu peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak Kastam dan KPDNKK.

Diminta orang ramai jika
kamu terasa tertipu oleh mainan para peniaga yang mengambil kesempatan
mengenakan GST tanpa resit kamu jangan segan atau malu rasa takut buatlah
laporan rasmi kepihak Kastam atau KPDNKK gambar kedainya atau kiosh .
Sudahlah GST membebankan rakyat ditambah lagi mainan para peniaga memgambil kesempatan dalam kesempitan untuk meraikan keuntungan yang tidak munasabah ini namanya sudah jatuh ditimpa tangga.
No comments:
Post a Comment