OLEH: SHAIMON S JUMADI
SUGUT:- Seorang
penduduk dari Kampung Benang Sugut Nunun Ajib 57 (gambar) selaku ketua pemohon tanah seluas 540 ekar
di Kampung Benang yang membabitkan 37
peserta nombor PT: 88083151-3168 dan PT: 2009081475 yang sudah dikelaurkan geran
atas nama Ibu Emas adalah perbuatan sabotaj.
Beliau berkata kedudukan
tanah tersebut sudah bertahun-tahun lamanya sejak dizaman nenek moyong mereka
lagi sebagai tanah adat warisan turun menurun.
Kata Nunun lagi itu pada
mulanya adalah tanah terancang untuk penduduk kampung Benang bercucuk tanam
sebagai sumber pendapatan, tapi malangnya disebabkan mantan ADUN Sugut itu
telah bersekongkol dengan pemilik Syarikat Ibu Emas untuk mengeluarkan geran tanpa
pengetahuannya.
“Yang amat menghairan kenapa
tanah adat (NCR) boleh digerankan atas nama Ibu Emas yang pemiliknya cina daripada
Semenanjung” ujar Nunun.
“Saya bagi pihak penduduk
Kampung Benang Sugut meminta jasa baik pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Malaysia (SPRM) agar campur tangan untuk menyelesaikan penyelewengan ini”
tegasnya.
Yang paling kami marah
tambah Nunun pihak Syarikat Ibu Emas
selalu menggangu kepada penduduk kampung berkenaan kami mahu diusirkan keluar
dari kampung Benang sedang kami sudah berpuluh-puluhan tahun lamanya kami duduk dikampung ini sejak dizaman moyang lagi mereka senang=senang
hendak mengusir.
“Kami sudah nekad apapun
terjadi menimpa kepada diri kami walaupun seinci kami tidak akan berganjak
untuk meninggalkan kampung ini yahg
sudah jadi warisan kami” tambahnya.
Macam mana kami mahu lari
dari kampung tersebut kata Nunung sedangkan tanah perkuburan nenek moyang, emak bapa adik beradik semuanya
dikebumikan diatas tanah tersebut.
Disini saya mewakili
penduduk Kampung Benang yang merupakan penyokong setia kepimpinan Datuk James Ratib sekalu Ketua Bahagian UMNO
Beluran yang juga ADUN Sugut saya merayu agar beliau turut campurkan untuk
menyelesaikan tanah kami yang telah diselewengkan oleh mantan ADUN Sugut Datuk Surady
Kayong yang bersekongkol dengan syarikat Ibu Emas.
No comments:
Post a Comment