OLEH:
CHARLES P ANDIANG
KOTA KINABALU:- Orang ramai diseru supaya
berwaspada dengan tujuh warga asing yang diburu polis kerana disyaki terlibat
dalam dua rompakan bersenjata di pantai timur Sabah.
TAHIR MAMONG salah seorang mangsa rompakan bersenjata di Estate Melangkin Jalan Sukau.
Suspek, dipercayai terlibat dalam rompakan yang
menyaksikan pengurus ladang berusia 50 tahun Yuen Wing Wah ditembak mati dan
pemilik ladang Danny Wong, 30, cedera di daerah yang sama pada 13 April.
Satu kejadian yang sama berlaku beberapa hari
kemudian pada 17 April apabila pemilik kedai runcit berusia 50 tahun iaitu
TMohd Tahir Mamong telah ditembak di dada dalam kejadian yang berlaku pada
waktu siang.
Dia kehilangan dua jam tangan dan telefon
bimbit, tetapi berjaya melarikan diri dengan memandu laju selepas ditembak.
The Borneo Sabah Insider difahamkan
mereka tidak akan terlepas begitu
saja kerana pihak ESSCOM sedang giat
memburu ke 7 orang asing disemua kawasan ladang sawit di Kinabatangan dan
ladang-ladang sawit yang lain.
No comments:
Post a Comment