KUPASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14.blogspot.com.
PENCEROBOH TANAH NCR... Usir Penduduk Kampung Sinurai dalam daerah Ranau
SEJAK dari tahun 1995 lagi kalau Ahli-Ahli
Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) yang berketurunan suku Sungai, Kadazan,
Murut dan Dusun dari awal-awal lagi mengambil perhatian penuh dalam menjaga
hak-hak asasi orang Sabah khususnya anak jati tulen Sabah agar tidak jatuh
ketangan orang-orang luar dari Semenanjung yang kini telah menepoli tanah-tanah
adat NRC di beberapa kawasan tertentu sudah pasti perkara pencerobohan
tanah-tanah adat tadi dapat dibendung.
APA SUDAH JADI.....Penduduk Kg Sunurai ini jadi pelarian ditempat sendiri PATI dari Indonesia dan Filipina bermaharajalela membina rumah di sana sini tidak dirobon dasar kerajaan ternak PATI
Sekarang agak terlambat sudah dan sukar untuk
membendung atau memantau terhadap
tanah-tanah adat NCR kerana 80 peratus tanah-tanah tadi banyak diceroboh dengan membuka ladang-ladang
sawit di sana sini oleh orang-orang luar.
TUNTUT TANAH NCR....Di Kuamut kes hingga ke Mahkamah Tinggi Sandakan
Kadang-kadang bila kita mengetahui dan
mendengar kes-kes tanah adat dirampas dan ceroboh oleh orang-orang
daripada Semenanjung begitu mudah
membuka ladang-ladang sawit di berapa tempat seperti di Kuamut, Kinabatangan,
Beluran dan di kawasan-kawasan pedalaman agak menyedihkan juga orang-orang
Sungai, Murut dan Dusun yang sudah mendiami tanah-tanah adat NCR begitu lama
sehingga ke empat generasi telah hilang begitu juga hak-hak asasi mereka tanpa
ada rasa belas kesihan.
KES TERBAHARU....NUNUN seorang penduduk Kampung Benang Sugut mendakwa tanah adat yang didiami oleh penduduk lebih 100 tahun kini diceroboh oleh Syarikat Ibu Emas dari semenanjung.
Ada juga kes pencerobohan tanah-taah adat ini
hingga di bawa kemahkamah Tinggi selalunya yang kendalikan kes ini ialah Datuk
Kong Hong Ming Syabas Datuk Kong kerana
membela nasib orang-orang kampung yang semakin hari kian tertindas hilang
segala hak asasi mereka.
Sementara Jabatan Perhutanan bertindak ganas
macam askar rejim Israel tanpa ada rasa simpati rasa belas kesihan tiadak rasa peri
kemanusian tergamak membakar rumah-rumah mereka meradu segala tananam sawit
yang sudah bertahun-tahun mengeluarkan hasil sebagai sumber pendapatan menjana
ekonomi rakyat diluar Bandar.
Dengan khabarnya dengan tindakan kakitangan
Jabatan Hutan membakar rumah-rumah diatas tanah adat NCR ada sekeluarga yang rentung
tetapi tidak diambil tindakan sehingga kes itu hilang begitu sahaja begitulah ceritanya.
Kenapa dan mengapa para ADUN di Sabah yang
berbangsa Sungai, Kadazan, Murud dan Dusun terus diam seribu bahasa membisu tidak pernah
menyuarakan hal-hal yang berlaku sebegini rupa di persidangan Dewan Undangan
Negeri untuk mempertahankan hak-hak asasi orang Sabah anak tulen Sabah.
Semasa kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS kita
tidak pernah mendengar kes-kes orang Malaya mengambil atau menceroboh
tanah-tanah adat NCR tetapi setelah kerajaan BN mengambil alih pemerintahan
dari PBS disini mulanya kes-kes percerobohan tanah-tanah adat semakin hari
semakin menjadi-jadi macam sudah jadi satu trend dan budaya orang-orang
Semenanjung monopoli tanah-tanah adat di
Sabah.
Yang menjengkelkan sudah mereka ceroboh tanah-tanah
orang kampung mereka usir suruh
keluar daripada kawasan tanah itu yang
juga menjadi sesebuah kampung sambil membawa polis taukey tadi mengupah polis
suruh tembak satu-persatu penduduk yang enggan berganjak atau berpindah, apa
lagi polis ikut telunjuk taukey begitu kejam buat kepada orang-orang kampung.
Sebagai kesimpulannya sampai bila kes
pencerobohan tanah-tanah adat ini boleh selesai hanya satu jalan saja kalau
ADUN-ADUN berbangsa Sungai, Kadazan Murut dan Dusun bersatu hati menentang
sudah pasti perkara pengambilan tanah-tanah adat NCR boleh diatasi.
Orang-orang asing PATI yang mempunyai kad
pengenalan nombor H033XXXX H.024XXXX dan H.0505XXX begitu mudah membina
rumah-rumah diatas tanah kerajaan sehingga menjadi satu kampung jangan
jauh-jauh pergi ke Kampung Paris 1 Paris 2 dan Paris 3 dan pergi ke Kampung
Gari Nunoh siapa penghuninya kerajaan tak berani ganggu mereka tetapi kalau
bangsa Sungai, Kadazan, Dusun dan Murut sudah menjadi mangsa keadaan buat
selama-lamanya.
Sungguh malang sekali nasib penduduk asal
sabah berbanding dengan penduduk warga
penyu PATI yang banyak mendapat
keistimewaan daripada kerajaan BN.
Sedarlah wahai ADUN-ADUN sabah yang berbangsa Sungai,
Murut, Dusun dan Kadazan jangan mudah diperkotak katikan bantulah mereka bagi mempertahankan tanah-tanah adat walaupun
tidak mempunyai geran tapi tanah yang mereka duduki sudah 4 generasi kuburan nenek moyang mereka banyak dikubur atas tanah
adat itu.
No comments:
Post a Comment