DARI KACAMATA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
sabahinsider14.blogspot.com
TERDAPAT
banyak masalah timbul di beberapa kawasan taman-taman perumahan di bawah selia Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
tentang alam sekitar seperti longkang-parit sampah sarap lampu jalan dan rumput
panjang ada yang telah diselenggarakan atau yang tidak diselanggarakan
langsung.
Apa yang saya tulis ini jujur
saya katakan kita tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) ia hanya badan pentadibir saja yang kita pertikaikan
ialah sikap Ahli Majlis (Kaunsilor) yang telah dilantik untuk memegang
satu-satu tanggunjawab dalam menjaga satu-satu hal.
Kegagalan kaunsilor
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh MPS untuk menyalurkan segala
maklumat berkaitan tentang sesuatu masalah di kawasan taman-taman perumahan dan
lain-lain tempat punca kegagalan pihak MPS untuk melakukan kerja-kerja
penyenggelaraan adalah berpunca daripada kaunselor yang kurang aktif.
Masyarakat dan penduduk
setempat terang-terang sudah menyalahkan
bulat-bulat kepada pihak MPS dalam konteks yang sama walaupun MPS mempunyai
beberapa merinyu (Inspektor) dalam beberapa bahagian tidak mencukupi hanya
beberapa kerat tenaga mereka sudah membuat tinjauan di satu-satu lokasi yang
bermasalah.
Makanya kerajaan khususnya
MPS melantik orang-orang yang layak untuk dijadikan kaunsilor sebagai mata dan telinga untuk membantu menyalurkan segala
maklumat yang berkaitan apa saja masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat
agar segera dipantau atau diatasi.
Pokok pangkalnya proatif
kaunsilor dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak MPS atas sokongan
lantikan daripada wakil-wakil rakyat perlu ditingkatkan agar tidak timbul
kepincangan dalam urusan hal ehwal pentadbiran yang dijalankan oleh MPS sebagai
agensi/badan pentadbiran disesebuah daerah.
Semoga melalui coretan ini
ianya bermanfaat kepada ahli-ahli Majlis MPS agar dapat memperbetulkan segala
kelamahan-kelamahan untuk berkhidmat kepada masyarakat bagi kesejahteraan
sejagat.
No comments:
Post a Comment