OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Jabatan Kastam dan pihak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran
agar menghentikan segala tindakan penguatkuasaan dengan segera berhenti dari terus menggangu gugat para
peniaga yang masih belum dapat menyesuaikan diri dan menghadapi kesukaran, dan
berharap kerajaan dapat membantu para peniaga menyesuaikan diri dengan sistem GST,
bukanlah terus menindas mereka pada masa ini.
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang banyak
menerima aduan dan rungutan daripada para peniagaan di mana pihak Kastam dan KPDNKK tak henti-henti
terus menggangu dan menghantui para
peniaga terbabit yang belum selesa dengan perlasanaan GST.
Beliau berkata, kerajaan berkeras-keras untuk
melaksanakan GST, mengakibatkan kini pasaran huru-hara, banyak barang yang dikenakan
GST masih tidak jelas, peniaga turut berasa keliru dan susah, namun kerajaan
pula bukan sahaja tiada memberikan bantuan , malah terus memberi tekanan kepada
peniaga untuk membayar cukai.
Wong menerima banyak aduan daripada peniaga,
khususnya peniaga kecil dan sederhana yang menghadapi banyak kesukaran terhadap
perkara ini, dan masih tidak jelas dengan senarai barang yang dikecualikan GST,
memerlukan bantuan daripada kerajaan dan jabatan berkenaan.
Beliau menyerang kenyataan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang
menunjukkan kerajaan amat puas hati dengan sistem pelaksanaan GST, dan dijangka
dapat memperoleh pendapatan sebanyak RM22 billion kepada kerajaan persekutuan.
“Ini adalah jelas bahawa mereka menindas rakyat
demi mengaut keuntungan, orang lain melaksanakan GST untuk mencapai pembaharuan
cukai, tetapi kerajaan pula menganggap ia sebagai alat untuk mengaut
keuntungan, ini adalah sangat tidak munasabah! Yang lagi terlampau ialah,
kerajaan seolah-olah ingin mengorek wang daripada rakyat untuk membayar hutang
Negara sebanyak RM740 billion, ini amat membebankan rakyat!”
Wong mendedahkan bahawa, walaupun GST telah
berlangsung selama 10 hari, tetapi masih ramai peniaga sedang menunggu sistem perakaunan
GST yang belum sampai stok.
Tanpa sistem perakaunan yang memenuhi spesifikasi,
peniaga tidak dapat memberikan resit yang sah kepada para pelanggan, dan ini
telah melanggar undang-undang. Oleh itu, sedangkan masih banyak masalah
teknikal yang perlu ditangani, kerajaan patut menghentikan segala tindakan
penguatkuasaan buat sementara, supaya para peniaga yang menghadapi masalah
berkenaan dapat menyesuaikan diri, sekurang-kurangnya diberikan tempoh
penangguhan selama setengah tahun, membolehkan pasaran kembali kepada normal.
Wong yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah
berkata, masalah dan kejadian yang huru-hara ini membuktikan kerajaan langsung
belum bersiap sedia untuk melaksanakan GST, kini pasaran bertambah suram
menunjukkan Malaysia masih belum bersedia untuk melaksanakan GST. Kata beliau,
bukan sahaja peniaga kecil, perusahaan besar seperti 7-11 juga melakukan
kesilapan. Banyak perniagaan dan kedai tradisional juga telah ditutup.
Selain itu, beliau juga memarahi pegawai
Jabatan Kastam dan menteri berbohong kepada rakyat demi “memperindahkan” GST, berkata
selepas pelaksanaan GST sebahagian besar barang tidak akan naik harga, serta banyak
barang akan turun harga. “Ini adalah pembohongan yang besar, pegawai,menteri
dan Perdana Menteri harus memberi penjelasan, menyenaraikan barangan yang
diturunkan harga, supaya rakyat mengetahui dan membeli mengikut senarai
tersebut.”
Beliau bertambah, kini pasaran bukan sahaja
suram, malah selepas pelaksanaan GST, peniaga dan restoran turut menaikkan
harga, terutamanya di Sabah, ini membuktikan GST tidak membawa manfaat kepada
pasaran.
Wong menegaskan bahawa, sebelum rang
undang-undang GST dibahaskan di Parlimen, beliau telah berkali-kali menyeru
kerajaan menangguhkan pelaksanaan GST, dan memansuhkan pelaksanaan di Sabah,
kerana Sabah dan Malaysia masih belum bersiap sedia. Tetapi beliau amat kecewa
kerana kerajaan berkeras-keras melaksanakan GST, menjejaskan kehidupan rakyat.
No comments:
Post a Comment