OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-Ekoran tragedy kes rompakan bersenjata yang dilakukan
oleh orang-orang asing melibatkan kes pembunuhan seorang Pengurus Ladang Tung Sang dan kes
menembak seorang peniaga Mohd Tahir
Mamong di Ladang Melaking baru-baru ini
dan kedua-dua insiden itu tidak harus dipandangan ringan oleh pihak
keselamatan khususnya ESSCOM untuk menjejak para penjenayah itu.
Dalam konteks ini Ahli Parlimen Kawasan Sandakan Stephen Wong menjelaskan bahawa kawasan Sukau yang terletak di Kinabatangan,
Pantai Timur Sabah, berlaku 2 kes pembunuhan yang melibatkan pekerja asing
dalam masa seminggu menunjukkan walaupun ESSCOM ditubuhkan di Pantai Timur
Sabah, tetapi kesannya adalah kurang memuaskan, tahap keselamatan tidak dipertingkatkan,
malah bertambah serius.
Beliau berpendapat bahawa, pihak berkenaan menubuhkan ESSCOM untuk
menjaga keselamatan Sabah Timur, walaupun dengan peruntukan yang banyak dan
juga telah melaksanakan perintah berkurung sebanyak 17 kali berturut-turut,
untuk mengelakkan segala aktiviti haram di atas laut, tetapi disebabkan pekerja
asing amat ramai dan ekonomi merosot, menyebabkan keselamatan semakin teruk.
Wong berasa amat terkejut, kerana berlakunya 2 kes pembunuhan
dalam seminggu adalah jarang berlaku di Sandakan mahupun Sabah.
Beliau bimbang, kini terdapat lebih daripada 500 ribu orang
pekerja asing di Sabah, melebihi 1 juta orang bukan warganegara atau pendatang
asing, jika tidak ditangani dengan baik, termasuk masalah ekonomi dan masalah
buruh, ini pasti akan mengancam keselamatan masyarakat, pihak berkenaan harus
memandang serius terhadap masalah ini.
Wong juga mengemukakan soalan di Persidangan Parlimen mengenai
struktur, perkembangan, bajet peruntukan dan perbelanjaan ESSCOM sejak
penubuhan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan berkata, kini
tahap keselamatan ESSZONE masih terkawal.
Menteri menjawab soalan tersebut melalui jawapan bertulis,
mendedahkan ESSCOM kini terdapat 2.5% perjawatan terdiri dari Pengurusan
Tertinggi, 44% gred Pengurusan dan Profesional dan 53.5% adalah pegawai
sokongan.
Selain itu, pihak berkenaan juga mendedahkan sejak ESSCOM
ditubuhkan pada 1 April 2013, peruntukan dan perbelanjaan belanja mengurus dan
pembangunan bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual.
Wong berkata, walaupun jumlah perbelanjaan pada tahun 2013 dan
2014 melebihi RM18juta, tetapi sehingga kini keselamatan Sabah Timur masih
belum dipertingkatkan. Beliau mengkritik kerajaan setiap tahun memberikan bajet
yang banyak kepada pihak polis dan tentera termasuk ESSCOM, tetapi masih tidak
berkesan, beliau berharap pihak berkenaan dapat mewujudkan sasaran supaya dapat
menggunakan peruntukan dengan berkesan.
Selain itu, beliau juga mengkritik walaupun kerajaan menggunakan
wang yang banyak, malah melaksanakan beberapa undang-undang baru untuk membasmi
jenayah, tetapi kerajaan tetap tidak menuruti semangat demokratik, menggunakan
“Akta Hasutan” dan” Undang-undang Pencegahan Keganasan” untuk menentang parti
pembangkang dan bukannya terhadap kes jenayah.
Beliau menyifatkan tindakan
tersebut adalah salah menggunakan sumber, kerajaan mengambil wang rakyat untuk
menggaji anggota polis menyiasat parti pembangkang adalah tidak betul, kerana
parti pembangkang merupakan bahagian yang penting dalam politik demokratik,
tetapi kerajaan pula membazirkan wang rakyat, mengarahkan polis Special Branch
mengekori, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap parti pembangkang,
bukannya menggunakan sumber dengan betul, membuat rondaan untuk membasmi
jenayah.
Kata beliau, walaupun Perintah Berkurung telah dipanjangkan
melebihi 17 kali, tetapi masalah tetap timbul, pihak berkenaan harus
mendapatkan cara penyelesaian, termasuk membangunkan ekonomi, menangani masalah
pendatang asing dan pekerja asing.
Beliau berharap kerajaan dapat membentangkan
perancangan yang berkesan dalam RMK11 yang bakal dibentang di Parlimen. Beliau
berkata, anggota polis bukanlah ditugaskan untuk mengambil tindakan
terhadap parti pembangkang, tetapi untuk menangkap penjenayah!
No comments:
Post a Comment