SANDAKAN NATURE CITY TERCEMAR OLEH BAU BUSUK MPS GAGAL BERSIHKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kekotoran yang terdapat di lorong bangunan Blok 16 Bandar sudah sekian lama tidak dibersihkan bau busuk betul-betul mencemarkan  nama baik Bandar Sandakan yang bergelar Nature City dimata pelancong luar yang sering berkunjung ke daerah ini.

Dimana tanggunjawab pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebagai sebuah badan pertadbir khususnya  dalam menjaga alam sekitar kenapa kekotoran yang melanda dilorong bangunan Blok 16 tidak diselenggarakan.


MPS GAGAL bersihkan kekotoran lorong Bangunan blok 16 jijik dipandang mata pelancong asing yang lalu diorong ini.

Mana sudah para kaunsilor yang telah dilantik dalam memainkan peranan  untuk memantau satu-satu kawasan yang dipertanggungjawabkan.

Atau mereka sengaja dan membabi buta tuli tidak mendengar aduan orang ramai mengenai fenomena itu sehingga menjijikan pandangan mata bukan saja dikalangan pelancong asing bahkan dimata warga Sandakan sendiri.


Mereka tahu Sandakan adalah nombor 2 bandar terbesar selain Kota Kinabalu, Bandar Sandakan adalah bergelar Nature City (Bandar Semula Jadi) dengan terpampangnya papan-papan tandah (Bill Board) begitu besar di sana sini yang menunjukkan Bandar Sandakan adalah tarikan utama pelancong, akan tetapi sayang sekali bandar Sandakan boleh dikatakan Kabar inda dari rupa tidak sejajar dengan gelaran Sandakan Nature City kerana terdapat kekotoran di sana sini.

Sampai bila Sandakan terus dilanda bau busuk yang boleh mengundang pelbagai penyakit kerana membiak tikus-tikus mondok dan lalat-lalat.


No comments:

Post a Comment