OLEH:
CHARLES P ANDIANG
KEDAI JUAL HANDSET....Mulai mogok tidak mahu menjual repaid/reload sebab GST
KOTA KINABALU:- Sejak kelmarin kebanyakkannya kedai-kedai di sekitar Bandar Kota Kinabalu, Sandakan dan
Tawau yang menjual handset yang
merangkumi menjual repaid/reload tidak
puas hati kewujudan Cukau Perkhidmatan Jualan (Goods Service Tax) GST kerana
merasa tertipu.
Mereka jadi serba salah mahu
mengenakan GST repaid/reload masih banyak stok tidak dikenalan GST ada dua tiga
kedai sudah memulakan GST ini kesan buruknya bukan saja kena kepada pengguna
malahan juga terhadap para pekedai yang
turut terlibat kena tempiasnya.
Dalam tinjauan wartawan The
Borneo Insider.Net dari Kota Kimabalu ke daerah Sandakan dan Tawau sempat bertanyakan tentang GST dalam 10 orang
hanya dua tiga orang yang suka GST sebab mereka golongan koperat selebihnya
mereka adalah terdiri golongan dari penduduk kurang berada.
Dalam perkembangan yang
sama Sabah Insider bertanyakan beberapa
peniaga di sekitar Bandar Kota Kinabalu rata-rata melahirkan rasa kesesalan kepada
tindakan kerajaan kerana mengenakan GST terhadap 80 peratus jenis barangan keperluan.
“Kalau begini kami orang
cina mahu bincang dengan semua persatuan cina di Sabah agar tidak memberi undi
kepada mana-mana calun Barisan Nasional (BN) pada PRU 14 nanti kalau menang
nanti rakyat akan bertambah menderita lagi bagus kita kasih undi sama PAS,PKR
dan DAP” kata Michael Chong seorang peniaga.
Menurut laporan rasmi yang
tersiar di kaca TV media portal media cetak bahawa Tan Sri Hassan Malik Menteri Perdangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PNDKK) kononnya sebanyak 8,282 jenis barangan
akan turun selepas wujud dan pelaksanaan GST tetapi pada hakikatnya 80 peratus
barang-barangan keperluan harian semakin hari semakin meningkat harganya dinaikan
anta 20 sen hingga Rm3,00.00.
Ini diikuti oleh banyak
restoran India di seluruh negeri sudah
mengenakan GST itu memang wajar tetapi
jangan menaikan harga makanan dan minuman terlalu tinggi contoh roti canai
telur sebelum GST harga RM2.20 sekarang selepas GST naik hingga RM2.70 sen.
Jika KPNDKK telus
benar-benar telus dalam memantau kenaikan harga kepada para peniaga sudah
pastinya tiada berlakunya penyelewengan di kalangan peniaga mengambil
kesempatan dalam mengaut keuntungan hingga 80 peratus setiap barang yang dijual.
No comments:
Post a Comment