OLEH: SHAIMON S JUMADI
GAMBAR KELIHATAN......Juhari memberikan ucapan dimajlis tersebut
SANDAKAN:
Masyarakat disaran dan perlunya memberikan penghargaan yang tinggi kepada
Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) berikutan jasa serta sumbangan baktinya
dalam memastikan keamanan negara tanpa mengira masa semata-mata untuk
keselamatan semua pihak.
Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri (Sabah), Juhari Haji Janan, berkata komitmen setiap anggota Rela yang sentiasa berganding bahu dengan pasukan keselamatan lain membantu melicinkan lagi usaha mengawal demi kepentingan masyarakat itu sendiri.
Menurut beliau, sumbangan pasukan Rela memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terkawal sekali gus membantu usaha-usaha membanteras sebarang aktiviti yang tidak sihat terutamanya jenayah di sekeliling.
Beliau berkata, masyarakat setempat wajar memberikan kerjasama kepada pasukan keselamatan tersebut dengan menyalurkan maklumat bagi membolehkan mereka menjalankan pemantauan yang membantu membanteras apa jua permasalahan.
Katanya, kerjasama ini penting memandangkan Rela antara pasukan keselamatan yang berdisiplin tinggi selain sentiasa turun ke bawah menjalankan tugas semata-mata untuk kepentingan semua.
"Penghargaan yang tinggi sepatutnya diberikan kepada pasukan Rela sebab tanggungjawab anggotanya yang menjalankan tugas dengan penuh amanah tanpa mengira siang mahu pun malam.
"Mereka bekerja tanpa mengira penat-lelah kerana yang penting sekali adalah ketenteraman awam. Menyedari peranan anggota-anggota Rela begitu besar dalam konteks keamanan negara, jadi kita mesti hargai mereka.
"Saya akan mencadangkan kepada kementerian berkaitan agar pasukan Rela yang menjalankan tugas di kawasan pesisiran pantai ini supaya diberikan senjata untuk menjaga keselamatan penduduk setempat.
"Ini penting memandangkan peranan mereka telah banyak membantu menangani bermacam masalah termasuklah jenayah apatah lagi apabila bertugas di pesisiran pantai umpamanya," jelasnya.
Juhari berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Rela Bersama Masyarakat di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru Sandakan kira-kira dua batu nautika dari pusat bandar ini pada Ahad lepas.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pertandingan nyanyian (dewasa dan kanak-kanak); tarik tali; badminton; bolatampar; lumba perahu; tarian; sukaneka dan pertandingan kawad kaki.
Program yang meriah ini turut diserikan dengan kehadiran artis dari Kuala Lumpur iaitu Adilla (Gegar Vaganza) dan Papa J (Sehati Berdansa) yang menyampaikan beberapa lagu hits menghiburkan penduduk kampung tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata golongan belia yang berminat perlu tampil untuk menjadi ahli Rela dengan mendaftar kepada platun-platun sedia ada.
Ini katanya, sumbangan pasukan Rela amat besar kepada masyarakat terutamanya dalam konteks keamanan negara ditambah lagi disiplin tinggi pasukan yang membentuk seseorang terus bertanggungjawab dalam menjalankan amanah.
"Sebenarnya, pasukan Rela ini sudah lama wujud dan berkhidmat kepada masyarakat tetapi di belakang tabir.
"Akan tetapi, sekarang ini mereka sudah di hadapan masyarakat bersama-sama pasukan keselamatan lain dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur atas kejayaan menjayakan program kemasyarakatan yang begitu meriah sekali gus mendekatkan lagi Rela dengan masyarakat setempat.
Penduduk Kampung Tanjung Aru yang ditemui rata-ratanya teruja dengan penganjuran Program Rela Bersama Masyarakat kerana memeriahkan kembali perkampungan mereka dengan pelbagai aktiviti menarik setelah 15 tahun lamanya.

No comments:
Post a Comment