OLEH: SHAIMON S JUMADI
PENGHALANG LALU LINTAS.....Bas mini yang mengangkut penumpang berhenti didepan simpang jalan PPR Taman Murni mengundang kecelikaan kepada pengguna jalan lain. JPJ harus pantau kenakan saman menima RM2.500.00.
SANDAKAN:- Pihak Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) digesa agar mengambil tindakan dan menyaman kepada
para pemandu Bas Mini memungut penumpang tidak berhenti di perhentian bas tapi
berhenti didepan simpang jalan masuk ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
Taman Murni
Amirhamza Zakaria Pengerusi
Jawatankuasa Penghuni PPR Taman Murni
berkata tindakan para pemandu Bas mini
yang menurunkan atau mengambil penumpang bukan di perhentian bas amat
membahayakan kepada pengguna jalan yang lain kerana berhenti di simpang jalan.
“Saya bagi pihak penduduk
Taman Murni meminta jasa baik pihak JPJ agar membuat pemantau setiap hari
dipersimpangan jalan masuk ke kawasan permahan ini jangan berpakaian seragam di
sebaliknya pakai baju biasa agar para pemandu tidak mengenali adanya
pegawai-pegawai JPJ yang membuat intipan keatas bas-bas mini itu” ujarnya.
No comments:
Post a Comment