RAHIMAH BANGGA KEJAYAAN KWBBS BERJAYA MENGELUARKAN RPODUK SENDIRI KINI DIPASARAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: ROZIANA SARABI

SEKONG: Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi (KWBBS) ditubuhkan  untuk Parlimen Batu Sapi ia merupakan sebuah koperasi usaha sama gabungan tenaga kerja para kaum wanita untuk menjana dan meningkatkan ekonomi wanita sebagai sumber pendapatan harian bagi membantu kehidupan keluarga.

TERIMA KASIH.... RAHIMAH  MENGHADIAHKAN OLE-OLE  BERUPA PRODUK MAKANAN KELUARAN  KWBBS KEPADA DATUK HAJAH ARMANI DATUK MAHIRUDDIN 


KWBSS ini telah diasaskan oleh seorang wanita yang gigih dan mempunyai pandangan jauh kearah mempertabatkan kaum wanita dalam menuju misi dan visi khusus bagi menjana ekonomi.

Orang yang saya maksudkan itu beliau tidak lain tidak bukan Rahimah Asrah merupakan  seorang pendidik (Guru) yang juga Ketua Wanita Bahgian UMNO  Batu Sapi.
  
Koperasi ini telah ditubuhkan pada 25hb  April 2014 baru setahun jagung telah berjaya mengeluarkan  dan menghasilkan 12 jenis produk makanan  yang kini sedang dalam pesaran.

Hasil usaha sama ahli-ahli seramai 50 orang berjaya menghasil 12 produk itu  dan ini telah menanpakan kesungguhan wanita-wanita Batu Sapi ingin menuju kejayaan dan cemerlang dalam mempertingkatkan  ekomoni.

Nampaknya usaha murni Rahima tidak sia-sia begitu saja telah dimenfaatkan sebaik-baiknya oleh kaum Wanita Batu Sapi dalam mewujudkan kerjasama yang erat disamping menjalinkan hubungan siratulrahim yang harmoni antara sama lain.
  
Dalam erti kata lain tidak ada kerjasama terjalin di kalangan ahli-ahli KWBBS sudah tentu KWBBS tidak mencapai  sasaran dan kejayaan seperti yang dikecapi ini lantaran  jasa baik dan usaha murni yang diusahakan oleh Rahimah perlu dsemai disetiap sanubari kepada wanita Batu Sapi.


Pada tarikh 13hb Februari 2015 KWBBS telah mendapat ikhtiraf sebagai sebuah koperasi berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan telah menerima sijil tauliah.


Sejarah yang sukar dilupakan oleh ahli-ahli KWBBS iaitu pada 24hb April, 2015 genap usia setahun di mana  ADUN Sekong Datuk Haji Samsun Yahya telah melancarkan 12 produk hasil kerja dan usaha ahli-ahli KWBBS.
  
Turut hadir pada pelancaran produk tersebut ialah Pengurus Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Sandakan Puan Marni Sulainan.


Antara 12 produk yang sempat dipameran kerepek pisang, batang buruk, serunding daging, popia balado dan banyak lagi produk yang tak sempat disebutkan satu-persatu.

Dalam ucapan Samsudin antara lain memuji sikap wanita Batu Sapi yang begitu gigih mengusahakan pelbagai jenis makan sebagai produk keluaran KWBBS.

 Katanya dengannya KWBBS ia secara tidak  langsung  bukan sekadar untuk membantu wanita di Batu Sapi dalam menjana ekomoni tetapi dengan adanya KWBBS ia membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada wanita-wanita lain yang berminat untuk mengusahakan produk-produk buatan sendiri lantas ia boleh dijual dengan harga borong kepada KWBBS.

No comments:

Post a Comment