PULAU NUNUYAN LAUT PERLUKAN BEKALAN AIR BERSIH PAIP DAN LAMPU OPERASI 24 JAM

NUKILAN DARI HATI KEHATI
SHAIMON S JUMADI

PAGI tadi kira-kira jam 10.00 pagi saya terpanggil untuk membuat lawatan ke Kampung Nunuyan Laut kira-kira 50 batu nautika jauhnya dari Bandar Sandakan kalau menaiki bot laju hanya memakan masa 28 minit saja untuk sampai ke pulau tersebut.

Pulau Nunuyan Laut adalah dibawah lingkungan kawasan Parlimen Libaran dan di DUN Sungei Sibuga  yang rata-rata penduduknya adalah  terdiri daripada keturunan suku  Banjar, Suluk dan Bajau .
 
Memang tidak dinafikan Pulau Nunuyan banyak mendapat pelbagai kemudahan asas seperti Klinik Kesihatan, Sekolah, Masjid dan juga bekalan elektrik daripada pihak Sabah Elektrik Sdn Bhd  (SESB).

Cuma yang agak menyedihkan kampong itu langsung tiada bekalan air bersih seperti paip air, mereka rata-rata membina telaga (perigi) sendiri  masing-masing dengan mengguna water pump  machine  untuk menyedot  air untuk sampai kerumah.

Saya pergi Pulau Nunuyan telah di temani oleh Pagawai Khas II Parlimen kawasan Sandakan  Dayang Zubadai Datu Tahil dalam  temubual dengan Ketua Kampung Nunuyan Laut KK Halid Abdullah yang telah berkhidmat selama 19 tahun sebagai Ketua Kampung di Kg Pulau tersebut.

Dalam temubual tersebut beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian segala kemudahan asas untuk keperluan penduduk berkenaan cuma beliau  mohon  jasa baik kepada pihak kerajaan agar dapat membekalkan air bersih seperti air paip demi menjamin kesihatan.


Begitu juga walaupun kampong itu mempunyai bekelan elektrik daripada SESB tapi hanya boleh digunakan dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam.

“Saya bagi pihak penduduk Kampung Nunuyan Laut merayu  kepada pihak SESB agar dapat membekalkan elektrik ke kampong ini  beroperasi selama 24 jam.

“Saya percaya jika pihak SESB boleh membekalkan bekalan tenaga dalam tempoh  24 ini juga memberikan kemudahan kepada penduduk kampung yang 90 peratus mereka adalah golongan nalayan boleh membuat air batu (ais batu) untuk dibawa kelaut untuk disimpan didalam tong ikan-ikan  hasil tangkapan mereka “ katanya lagi.

Sejurus selepas kami dari rumah KK Halid kami terus menuju ke markas  Esscom yang terdiri daripada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)  seramai 17 orang dibawah takbir Inspektor Donald anggota berhuasal dari Bumi Kenyalang.

Mereka ditugaskan untuk membuat roandaan dipersisiran sepanjang pantai untuk mengawal rapi bagi menjamin tahap keselamatan di Pulau  tersebut.

Dalam temuramah khas dengan wartawan kana The Sabah Insider Donald memberitahu mereka ditugaskan di Pulau tersebut cukup gembira kerana segala kemudahan telah disediakan oleh pihak pemerintah.

Kemudian Dayang membawa saya pergi ke bangunan Sekolah Kebangsaan Nunuyan Laut dan sempat berbicara mengenai pasarana  di sekolah berkenaan dengan pegawai dan Guru Besar.


Kata guru besar sekolah berkenaan walaupun terdapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik menggunakan Solar boleh  gunapakai masalahnya tenaga solar berkenaan tidak dapat menampung  keperluan untuk membekalkan tenaga elektrik terdapat berapa buah bangunan pra sekolah dan dua buah rumah mewah yang dikhaskan untuk menempatkan Guru Besar dan Penolong Kanan Guru tidak mempunyai bekal elekrik.

Saya dan Dayang Zubaidah mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung Nunuyan Laut KK Halid Abdulah dan Inspektor Donald dan juga Guru Besar kerana memberikan kerjasama sepenuhnya dalam kami membuat kerja kupas mengupas semoga tersiarnya aktikel ini pihak-pihak yang berwajib dalam mengambil perhatian khususnya mengenai bekalan air paip dan bekalan elektrik 24 jam di kampung yang  bersangkutan itu


SAPI TURUT menceroboh kawasan  SK Nunuyan Laut panggil Esscom  nanti tembak satu-satu baru dia  tahu  




Hampir ketinggalan satu perkara perlu diselongkar atau dibongkar sejajar dengan kosep The Sabah Insider “Membongkar Kemungkaran-Mempertahankan Kebenaran” iaitu pagar sekolah banyak bolong sana bolong  (Belubang) sini ia perlu dibaiki kerana banyak asu (anjing-anjing) masuk keruangan kawasan sekolah termasuk juga lembu-lembu (sapi)  turut menceroboh (mana Esscom)   ke kawasan sekolah kerana pagarnya sudah bobrok (rosak)  perlu dibaiki segera



No comments:

Post a Comment