OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SEKONG:-
Sebilangan besar penduduk Taman Anggerik di kawasan DUN Sekong dan Parlimen
Batu Sapi melahirkan kekecewaan terhadap pihak berkuasa tempatan khususnya
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sudah enam tahun perumahan Taman tersebut
duduki namun belum pernah nampak pihak MSP walaupun sekali membersihkan kawasan
sekeliling.
Seluruh parit mahupun
longkang di sana sini tersumbat oleh hakisan dan sampah sarap dan penyejab
utama longkang tersumbat dan air bertakong jadi tempat pembiakan nyamu Aedes.
Beberapa orang penduduk
perumahan Taman Anggerik yang turut menyertai gotong Royong anjuran DAP bersama
penduduk setempat mereka mendakwa pihak MPS hanya pandai memungut cukai pintu tetapi soal
kebajikan penduduk langsung tidak dihiraukan.
Contoh banyak parit dan
longkang semuanya tersumbat menyebabkan air berakong ini sudah jelas tempat
nyamuk aedes bertelur.
“Kami berterima kasih kepada
pihak parti Pakatan Rakyat DAP/PKR walaupun mereka ahli-ahli pembangkang yang
sering didakwa oleh ahli-ahli parti BN/UMNO sebagai petualang dan pengkhianat bangsa dan Negara namun para pemimpinnya termasuk orang-orangnya
mempunyai dasar keperi manusia sanggup menganjur gotong-royong menggunakan wang
ringgit dan tenaga sendiri deni mahu menyekamatkan
penduduk Taman Anggerik kalau begini
conform PRU 14 nanti tentunya kami akan beri undi kepada calun-calun Pakatan” ujar penduduk.
Sementara dalam komen Ahli
Parlimen Sandakan Stephen Wong menjelaskan beliau merasa kecewa terhadap sikap pegawai-pegawai
MPS yang langsung tidak mahu memberikan
kerjasama untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling Taman Anggerik
yang mempunyai penduduk hampir 1000 orang.
“Saya sudah menulis surat rasmi kepada pihak MPS hanya meminta
bantuan meminjam peralatan itu saja
untuk kegunaan gotong royong tersebut
mereka langsung tidak memberi kata putus sama ya atau tidak.
Walaupun saya wakil rakyat pembangkang tapi kita
mempunyai peranan yang sama untuk membantu rakyat kita dipilih oleh rakyat kita
harus kembali kepangkuan rakyat kita
buat kerja gotong royong ini bukan untuk siapa untuk rakyat dan penduduk Taman
Anggerik” jelas Wong.
Apapun Wong bagi pihak Parti
Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PKR termasuk para penduduk Taman Anggerik
kerana sudi bekerja sama dan turut
menyertai dalam membantu gotong royong tersebut walaupun mereka tanpa di bayar
gaji sesenpun namun menampakan mereka mempunyai semangat toleransi dan
berkempromi antara satu sama lain sehingga berjayanya program gotong royong
tersebut berjalan lancar tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak.
Gotong Royong yang dimulakan
pada jam 7.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari telah dsertai seramai 50 orang dan 70
peratus adalah penduduk luar dan turut
hadir Timbalan Ketua Cabang PKR Bandar Tommy Yapp dan ahli-ahli Majlis
Tertinggi DAP Frankie Poon George Hiew dan Calvin Chong.
“Tidak juga saya mengucapkan
kepada Jabatan Kesihatan Sandakan kerana sudi bekerjama dalam menyertai gotong
royong inilah contoh terbaik bahawa Jabatan Kesihatan sentiasa memberikan
kerjasama walaupun gotong royong dianjurkan oleh DAP kerana semata-mata untuk
mempastikan setiap penduduk adalah dalam
keadaan selamat tanpa adanya dijangkiti wabak denggi gotong royong bukan kerana
parti pembangkang tapi demi kebajikan dan kesejahteraan semua lapisan
masyarakat semoga dalam keadaan baik” ujar Wong.
No comments:
Post a Comment