MOHD HAKIMI PELAJAR TAHUN LIMA SK KEM TENTERA MAUT DILANGGAR OLEH CIKGUNYA SENDIRI

OLEH: SHAIMON S JUMADI




MAUT Murid Tahun Lima SK Kem Tentera maut dilanggar oleh cikgunya sendiri di depan PPR Taman Murni Semoga Roh Arwah Mohd Hakimi Rizam dicucuri rahmat.    Al Fatihah...Amin







SANDAKAN:- Satu kemalangan jalanraya telah berlaku di depan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni kelmarin  dulu  jam 6.20 pm di mana seoarang pelajar tahun lima SK Kem Tentera dilanggar oleh cikgunya sendiri.


DISINILAH Hakimi dilanggar oleh kereta cikgunya SS 7488 hingga menemui ajal.


Menurut saksi yang melihat kejadian itu di mana murid tersebut yang dikenali  Mohd Hakimi Rizam 11 baru pulang selepas bermain rakbi dia ikut kereta seorang guru kemudian dia turunkan disebelah bahu jalan,  apa bila Hakimi coba menyeberang tiba-tiba dia langgar oleh sebuah kereta yang dipandu laju SS7488.

Tidak menyedari  orang yang dilanggar itu adalah anak muridnya sendiri mangsa dikejarkan ke Hospitan Duchess Of Kent Sandakan tetapi meninggal dunia kerana cedera para bahagian kepalanya pecah.

Guru berkenaan telah pergi ke ibu Pejabat Polis untuk membuat laporan mengenai insiden itu.

Jenazah Hakimi di bawa balik ditempat di Masjid Taman Murni untuk di semadikan.

Apapun bapa kepada arwah Hakimi iaitu Rizam tidak boleh berbuat apa-apa mungkin sudah suratan takdir menentukan bahawa kematian anak itu dilanggar kereta sudah ditentukan oleh Allah.

KESEDIHAN...... Keluarga dan Rakan Karip Bapa Arwah Hakimi iaitu Rizam yang turut  menziarahi



“Cuma saya minta cikgu yang melanggar anak kesayangan saya hingga mati semua perbelanjaan kos pengkebumian sehingga makan 100 hari adalah ditanggung oleh cikgu yang enggan  mananya disebut takut menjejaskan tugasnya” ujar Rizam.

Sementara Pengeruri Penghuni PPR Taman Murni Amirhamza Zakaria yang ditemui memberitahu kalau jalan raya itu dibubuh garis kuning dan bonggol termasuk juga kon sudah tentu kemalangan sebegini rupa tidak berlaku kerana jalan itu jika taruh bonggol sudah pastinya para pemandu lebih berhati-hati memandu kenderaan di hadapan kawasan perumahan.

“Saya sudah dua kali menulis surat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada tahun 2013 lagi tetapi amat menducitakan sehingga kehari ini tiada jawapan yang diberikan oleh kedua jabatan tersebut” Tegas Amir.

Kata Amir sejak PPR Munrni didiami pada tahun 2011 ini baru kali pertama penduduk perumahan ini mendapat kemalangan sehingga membawa maut.

“Memang tidak dinafikan banyak orang luar dilanggar mati dijalan raya ini didepan perumahan ini apapun ini berpuncanya kegalanan pihak JKR dan MPS untuk meletakan tanda garis kuning dan juga bonggol. Ujarnya.



No comments:

Post a Comment