OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SARAN....James Ratib Saran Ahli-Ahli UMNO dan BN Sokong Kepimpnan Musa Orang No 1 Sabah banyak Membawa Pembangunan dan Kemajuan di Negeri ini
SANDAKAN:- Ahli Jemaah Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) Datuk James Ratib merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN
Kawasan Sugut berkata tanah seluas 20 ekar yang terletak di Tanah Merah dekat
sini pada masa terdekat ini bakal
dibangunkan sebagai Pusat Perkhidmatan
Nelayan.
Katanya tujuan tanah itu dibangunkan sebagai
pendaratan bot-bot untuk mendapatkan bekalan minyak diesel dan pihak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan masa yang sama Kepengguan
(KPDNKK) dan Jabatan Kastam harus memantau agar tidak berlakunya penyewelengan.
Datuk James Ratib demikian
dalam ucapan alu-aluan dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke 22/2015
Persatuan Nelayan Sandakan (PNK) (PENGESAN) antara lain menjelasan jika terbinanya bangunan
diatas tanah 20 ekar itu selain menjadi pusat khidmat nelayan juga sebagai
pusat penjualan pukat dan segala kelengkapan nelayan.
Tambah James Ratib dalam usaha
memastikan kebajikan ahli-ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di negeri ini
terus terbela, satu formula dan mekanisme terbaik sentiasa diambil bagi
membolehkan mereka dapat berdaya saing ke peringkat lebih besar.
Katanya perkara utama untuk meningkatkan sosio ekonomi para nelayan
dengan mengembalikan hak PNK yang sebelum ini dijalankan agensi badan berkaitan.
Menurut beliau, adalah tidak adil hak-hak sepatut pihak PNK melaksanakannya tetapi jatuh kepada orang lain sedangkan pada dasarnya PNK juga berhak sebagaimana peraturan yang sedia ada.
Beliau berkata, masanya sudah tiba bagi menentukan hala tuju PNK yakni memastikan peranan pentingnya yang lebih kompleks ke arah merealisasikan matlamat kerajaan untuk menjaga keperluan penduduk di negara ini.
Katanya, PNK dilihat berdaya saing sehingga ke peringkat luar negara asalkan berani menceburkan diri tambahan pula produk berasaskan perikanan yang dipasarkan membawa banyak manfaat daripada segi keuntungan.
"Jadi, keadaan inilah membuatkan saya sentiasa bertungkus-lumus mencari mekanisme yang terbaik dengan mempastikan hak-hak PNK dikembalikan kepada mereka supaya sosio ekonomi para nelayan ini akan dapat dipertingkatkan lagi.
"Syukur alhamdulillah, perjuangan kita supaya penjualan minyak sudsidi secara peruncitan dikembalikan kepada Persatuan Nelayan akhirnya menjadi kenyataan.
"Inilah sebenarnya usaha murni yang dapat memperkasakan hala tuju PNK agar ianya boleh berdaya saing. Saya harap para nelayan berusaha dengan lebih gigih untuk memasarkan produk yang bukan saja di negara kita tetapi juga sehingga peringkat antarabangsa," jelasnya.
Hadir sama Pengarah LKIM Sabah, Haji Othman Abdul Latif; Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) Jaafar Alam dan Pengerusi PENGESAN, Asmaul Gindong serta ahli-ahli PNK dari daerah ini.
Mengulas lanjut, James selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.39 Sugut memberitahu dia sentiasa berusaha memastikan kebajikan dan bantuan yang ada benar-benar sampai kepada PNK.
Ini katanya, kepentingan ahli-ahli yang bernaung di bawah PNK hendaklah diberikan keutamaan kerana peranan mereka dalam memacu ekonomi negeri amnya dan negara khususnya adalah tidak dinafikan.
"Oleh sebab itu, saya sentiasa memikirkan hala tuju PNK agar peranan mereka bukan saja dapat meyakinkan rakyat tetapi juga mampu mengembangkan produk berasaskan perikanan yang dihasilkan selama ini.
"Perkara paling utama ialah mengembalikan hak-hak PNK yang sepatutnya mereka laksanakan. Saya bersyukur, semuanya sudah selesai dan tentu sekali usaha ini akan dapat meningkatkan lagi sosio ekonomi para nelayan sekaligus setanding dengan nelayan yang lebih berdaya maju," ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh ahli-ahli PNK.\

Mengenai mesyuarat agung tersebut, Ketua Umno Bahagian Beluran ini
menegaskan menjadi kelaziman kepada setiap organisasi untuk melalui proses
pertandingan selaras dengan amalan demokrasi.
Jelasnya, pertandingan yang diadakan adalah baik kerana menandakan proses pembangunan dalam sesebuah badan agar penambahbaikan dapat dilakukan.
Begitu pun, ujarnya, ahli-ahli perlu bijak memilih pemimpin untuk diberikan kepercayaan dan jangan sampai terpilih seseorang yang tidak tahu menjalankan tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sambil berpesan kita sebagai penduduk Sandakan khususnya ahli-ahli UMNO
dan penyokong Barisan Nasional (BN)
harus memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap
pucuk pimpinan Ketua Menteri Sabah yang
juga selaku Pengerusi Perhubungan UMNO/BN negeri kerana semenjak Datuk Seri
Musa Aman menjadi Ketua Kerajaan dalan Negeri orang nombor 1 di Sabah kita telah
melihat sendiri banyak bangunan-bangunan
perdana mencakar langit tumbuh macam sendawan termasuk kemudahan-kemudahan asas sama ada di Bandar dan dikawasan
pedalaman dan dipersisiran pantai telah berubah wajah.
“Saya kagum dengan pendidirian Musa Aman yang begitu bersungguh-sungguh
membangunkan Sabah dalam aspek perdana
pembangunan yabg boleh dibanggakan oleh segenap penduduk Sabah” ujarnya
“Dengan ini saya sendiri mengajak rakyat Sabah khususnya para penyokong
BN agar sama-sama berikrar akan taat setia dan sedia berdiri teguh dibelakang
kepimpinan Musa yang tiada tolok bandingannya” Ikrar James Ratib
Dalam perkembangan yang berkaitan Haji Othman ketika bercakap kepada pemberita
memberitahu tanah seluas 20 ekar di pesisir Tanah Merah berhampiran Bandar Nam
Tung akan dibangunkan sebagai Pusat Pendaratan Ikan.
Katanya,
dengan terlaksana pusat tersebut segala aktiviti perikanan akan tertumpu di
situ seperti penjualan ikan dan minyak bersubsidi yang mana para nelayan akan
mendapat insentif nanti.
"Pusat ini sedang dalam perancangan kita untuk dibina di pesisir Tanah Merah memandangkan potensi daerah Sandakan yang sentiasa menghasilkan produk perikanan yang segar dan sentiasa meyakinkan keperluan masyarakat.
"Memang tepat cadangan bagi membina pusat ini di kawasan berkenaan yang sekali gus menggalakkan bot-bot terus berlabuh membawa hasil tangkapan nelayan untuk dijual kepada orang ramai.
"Jika ianya menjadi kenyataan nanti akan memberi kesan yang baik kepada sosio ekonomi golongan nelayan terutama daripada segi mereka tidak perlu pergi jauh sebab semua aktiviti melibatkan perikanan ada di situ," tambahnya.

No comments:
Post a Comment