RAKYAT YANG TENTUKAN ( bukan pemimpin UMNO/BN tentukan menang atau PAKATAN HARAPAN kalah)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
www///sabahinsider14.blogspot.com
Monday August 01/2016

DITEGASKAN  disini  para pemimpin UMNO jangan  suka cakap takbur cakap sumbar egoh-temberang sombong dan angkuh bukan para pemimpin UMNO/BN yang tentukan  sama ada UMNO/BN menang atau  Pakatan Harapan kalah pada PRU nanti.

 Rakyat  yang  ada kuasa menentukannya  menang  atau kalahnya parti itu  bukannya  pemimpin yang tentukan.

Rakyat punya senjata yang boleh menukar kerajaan dan rakyat juga boleh tukar kerajaan bila-bila masa  saja jika rakyat mahu.

Makanya DS Shafie Apdal kata tidak mustahil kerajaan yang ada boleh tumbang kalau rakyat bersatu sebab " yang tentukan kerajaan Sabah ialah rakyat sendiri" Katanya ketika berucap di Tenom sempena majlis URAI di Kg Paal Tenom pada 30 Julai, 2016 lalu.

Slogan SABAH UBAH jelas memberikan semangat yang cukup kuat dan sempena majlis itu sekitar 10-15 ribu rakyat hadir sama dan keadaan itu merupakan satu amaran buat UMNO/BN Malaysia.

" Ini Sabah peruntukan dikasih hanya RM3 bilion, tak kan saya tak boleh tadbir dan jangan kata saya tak layak tadbir" Kata DS Shafie yang sudah berkhidmat di Semananjung hampir 30 tahun dan duduki 7 kerusi menteri dan kuasai peruntukan RM15 bilion setahun.

" Bila sampai waktu akan saya jelaskan secara terperinci perubahan yang dimaksudkan" Katanya dan soal parti baru DSSA mohon bersabar dan menunggu sedikit masa lagi kita sama-sama tumbangkan UMNO/BN kasih lenyap dimuka bumi Sabah.


No comments:

Post a Comment