LEBIH 700 ORANG PENDUDUK SETEMPAT MEMBANJIRI KONSERT MALAM MESRA AIDILFITRI BERSAMA MP SANDAKAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sunday July 17/2016


SANDAKAN:-  Sempena menyanbut hari Raya Aidilftri yang ke 11 (bersamaan 11hb Syawal 1437H)  Pejabat Parlimen Sandakan telah menganjur persembahan untuk menghiburkan masyarakat setempat malam tadi yang bermula pada jam 7.00 hingga jam 10,00 malam.

Persembahan pentas yang di namakan Malam Mesra Aidilfitri 2016 Bersama  YB Stephen Wong Tien Fatt Ahli Parlimen Sabndakan  itu  diadakan di gelanggang Bola Kerajaan di Flat MPS Sim- Sim dekat ini.

Selain para jemputan  disajikan pelbagai  juadah mereka juga turut dihiburkan  pelbagai persembahan nyanyian, cabutan tiket  bertuah dan tarian kebudayaan.

Lebih 700 orang penduduk  disekitarnya datang menyaksikan Majlis Malam Mesra Aidilfitri  Bersama MP Sandakan bagi kali keduanya.


Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Wong mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penduduk setempat kerana memberikan kerjasama  sepenuhnya dalam  menjayakan program ini dalam berjalan  lancar tanpa ada apa-apa ganguan.


“Saya sebagai ahli parlimen yang telah dipilih akan  lebih gigih berkhidmat untuk rakyat jelata tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama inilah misi dan visi saya untuk membantu masyarakat yang memerlukan mengikut kemampuan saya” katanya.





Terima kasih Uncle seorang budak lelaki bertuah dapat hadiah Hamper di sampaikan oleh Setiausaha DAP Sandakan Brayan Chang Shak Hung

No comments:

Post a Comment