THE SABAH INSIDER ONLINE AKAN BEKERJAMA DENGAN PARTI DAP-PKR AMANAH DAN PERGERAKAN DS SHAFIE APDAL DALAM PENYIARAN BERITA-BERITA PANAS …..KATA KEMELLIA




OLEH: AZMIE AZMAN (SEMPORNA)
www: sabahinsider14.blogspot.com
Friday July 22/2016

SEMPORNA:- Semakin  hari semakin ramai rakyat Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak meminati membaca berita-berita yang tersiar pelbagai diportal online  termasuk media portal The Sabah Insider Online.

Peranan utama media portal online sama juga peranan surat-surat khabar menyiarkan bahan-bahan dan berita/artikel panas dan sensasi sebagai wadah bacaan kepada masyarakat setempat.

Mengikut  rekod   View Page portal The Sabah Insider Online  kini telah menunjukan jumlah angka  mencecah  246,362 ribu pembaca di seluruh Negara ini respond orang ramai khususnya para peminat media diawang-awang  telah meningkat yang membanggakan.

Pengerusi Ahli Lembaga media portal The Sabah Insider Online Datuk Seri Paduka Kemellia Hassan (gambar) berkata disebabkan pada masa ini ramai penulis-penulis sambilan telah mengirim banyak artikel-artikel untuk  dimuatkan diruang portal ini untuk sajian bacaan orang ramai.

Isu-isu menarik yang terdapat diportal The Sabah Insider tambah Kemellia ialah isu pergolakan politik yang menimpa UMNO Sabah dan pembongkaran  kes 1MDB kes dana RM2.6 billion yang tiada kesudahannya yang menjadi kemarahan rakyat Sabah yang  berbilang kaum.

“Saya bukan seorang ahli politik saya hanya seorang pengamal media portal online yang bertanggungjawab sepenuhnya mentadbir bagi menentukan ala tuju  perjalanan Sabah Insder dengan teratur dan kemaskini” katanya.

Saya telah arahkan kepada pihak editorial termasuk Ketua Editor  Charles P Andiang  Sub Editor Thomas Singgiuk (Kota Kinabalu) dan Editor Kanan  Shaimon S Jumadi @ Balan-Balan A/L Penanggalan  (Sandakan) sebagai seorang wartawan kanan mereka mesti  berlaku adil saksama dalam menyiarkan berita-berita atau artikel  tidak boleh  berat sebelah (bias) sesuai dengan motto The Sabah Insider Online (Neutral and Flexible (Hot Spot News).

Selain itu juga peranan The Sabah Insider menyiarkan berita-berita tentang aktiviti kerajaan  disamping itu media portal ini juga bertanggungjawab sepenuhnya menyiarkan berita-berita  mengenai aktiviti-aktiviti harian antaranya Parti DAP-PKR-AMANAH dan termasuk pergerakan  program Jelajah Anti UMNO DS Shafie  Keseluruh Sabah untuk dimuatkan diportal ini.







No comments:

Post a Comment