MP SANDAKAN MINTA POLIS KETATKAN KAWALAN RAPI DISETIAP KAWASAN PERUMAHAN UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Saturday July 16/2016

SANDAKAN:- Ekoran jenayah pecah rumah di Sandakan semakin membimbangkan  terhadap penduduk setempat pihak Polis harus mempertingkatkan kawalan rapi khususnya di kawasam-kawasan taman perumahan bagi membanteras jenayah. 
Memang tidak nafikan pihak PDRM ada membuat rondahan  disetiap kawasan perumhan akan tetapi pencuri lebih pintar  sebaik saja polis pindah kelain tempat untuk menjalankan tugas mereka pencuri sudah siap sedia untuk memelakukan suatu.
Dalam pada itu A hli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt (DAP) menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan bagi mengukuhkan dan meningkatkan kecekapan siasatan, supaya pencuri yang terlibat akan ditangkap dengan secepat mungkin untuk mengelakkan berulangnya jenayah yang sama.
Hal ini disebabkan beliau telah menerima aduan mengenai kes pecah masuk sering berlaku di Sandakan, khususnya di Bandar Ramai-ramai, di sana terdapat 5 kes pecah masuk berlaku dalam seminggu.
Selain itu, sebelum ini Bandar Letat Jaya juga terdapat kes sebegitu. Beliau berkata bahawa keselamatan Sandakan semakin terjejas, di mana kes jenayah sering berlaku dan mengancamkan keselamatan nyawa dan harta orang ramai.
Wong juga memberitahu bahawa ketika mangsa melaporkan kes kepada pihak polis, mereka telah disoal oleh pegawai polis dengan soalan-soalan yang tidak berlogik, contohnya ketika melaporkan jumlah kerugian, mangsa telah disoalkan untuk mengemukakan bukti, seperti resit untuk mengesahkan kerugian mereka.

Beliau berkata bahawa isu ini telah dikemukakan kepada Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain dan akan dibincangkan pada perjumpaan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment