MP SANDAKAN..... KERJASAMA KETENTERAAN MALAYSIA-FILIPINA DAN INDONESIA HARUS DIPERTINGKATAN BAGI MENGAWAL PERAIRAN SABAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Saturday July 16/2016


SANDAKAN:- Memandangkan kes penculikan diperairan Sabah bersempadan dengan lautan Filipina  semakin meningkat soalah-olah system ala perdagangan Barter Trade.

Lantas Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt (DAP) menggesa kerajaan untuk bekerjasama dengan kerajaan Filipina dan Indonesia untuk mengambil tindakan segera bagi membasmikan pengganas Abu Sayyaf yang sering memasuk ke perairan Malaysia atau laut lepas dan menjalankan penculikan anak kapal serta pelancong.

Beliau percaya bahawa hanya melalui tindakan bersama oleh tiga kerajaan barulah berkesan untuk mengelakkan jenayah menculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Beliau melahirkan perasaan kesal dan terkejut ketika mendapati lima orang suspek pengganas Abu Sayyaf telah menculik 3 warga Indonesia dari sebuah kapal nelayan tempatan di kawasan perairan Lahad Datu.

Wong berkata bahawa Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negera haruslah memandang serius dan berurus dengan peristiwa ini dengan mengambil tindakan kadar segera dan tegas.

Ia adalah disebabkan hal ini telah menjejaskan keselamatan rakyat dan penduduk di kawasan pantai timur Sabah. Beliau juga ingin menyoalkan bahawa mengapakah peristiwa begini masih berlaku lagi sedangkan terdapat perintah berkurung pada masa peristiwa tersebut berlaku.

Beliau menanya mengapakah kerajaan masih gagal mencegah atau menyelesaikan masalah penculikan Abu Sayyaf sedangkan kerajaan telah membelanjakan duit rakyat begitu banyak untuk mengukuhkan keselamatan maritim?

 
Katanya, kini adalah masa untuk bekerjasama dengan Filipina dan Indonesia untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengganas ini, jika tidak, Sabah, terutamanya di Pantai Timur tidak akan wujudnya keamanan, rakyat juga akan hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Dengan kerapnya berlaku penculikan di Sabah  para penlancong asing mula rasa bimbang untuk melawat ke  Sabah kerana keselamatan mereka tidak terjamin.


No comments:

Post a Comment